Temerloh - Titik Tengah Semenanjung Malaysia

Satu info menarik yang aku br jumpak dr FB. Link asai posting dlm fb, ada kat bawah... Kat nama penulis.

Menarik bg aku, sebab aku baru tau yg temerloh tu center of Semenanjung Malaysia.

Aku ingatkan belah KL or selangor nun. Hahaha...






1. Daerah Termeloh bukan sahaja terkenal dengan Bandar Ikan Patin, malah kini mempunyail kedudukan Titik Tengah Semenanjung Malaysia.

2. Terletak di Kampung Paya Siput, Lancang di antara jalan raya lama yang menghubungkan Karak dan Temerloh.

3. Melalui kaedah topografi, kiraan jisim dan kaedah matematik, JUPEM telah memilih utk mengambilkira kiraan matematik sebagai asas penentuan titik tengah tersebut.

4. Titik rujukan peta boleh dirujuk sebagai:

03 29 33U / 102 13 10T
3.4925U / 102.219444T
RSO: x 469519.6934 / y 386358.7627

5. Titik sebenar jatuh di bawah sebuah madrasah dalam tanah wakaf sekolah pondok dan titik tengah telah dialih sedikit (1 saat).

6. Mercu monumen dicondongkan menghala ke arah kiblat dgn pacakan 5 batang buluh mewakili rukun Islam.

7. Sebelum ini ada yang beranggapan KM 0 di Kuala Lipis adalah titik tengah SM tetapi yang sebenarnya, mana-mana kiraan jarak perbatuan antara bandar-bandar atau pekan-pekan adalah berdasarkan kedudukan Pejabat Pos.

8. Jika berkebetulan ke Temerloh menangkap patin, singgahlah di monumen titik tengah tersebut yg kini dalam fasa akhir pembinaan.

Temerloh bandar kelahiran admin.
Bangge koi!

Omรจn Necrofis
14.9.2019

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: