Well said, my friend
UKM tu bkn ke ada program early childhood yg terbaik.. Apa reason depa nak simpan makhluk perosak mcm tu? Nak contain dia?
Kalau aku, sorry la. Jenayah dia buat bukan sembarangan. Kau orang ingat ketagihan pd kanak2 ni boleh dibuang mcm kerasukan jin ke apa?
Bukan semua orang patut diberi peluang kedua. Nak2 lagi jenayah kategori tak bermoral mcm ni.
Orang mcm dia ni bkn saja patut disekat dari bergerak bebas, juga patut masukkan dalam senarai pesalah laku seks, kena sekat dari akses kepada internet dan tak boleh pakai smartphone, tak boleh ada kamera dan sebagainya lah!
Kepada yang rasa nak bagi peluang kononnya, buka posting ni dan baca kat setiap satu gambar. Kena fahamkan diri dulu kenapa jenayah pedofilia ni tak patut diberi peluang langsung untuk bermasyarakat tak kira betapa genius pun.
Aku perlukan korang untuk share hal ini supaya orang tahu KENAPA JENAYAH PEDOFILIA SUKAR UNTUK DILUPAKAN. Orang perlu tahu apa impact pada mangsa juga ahli keluarga.
Until now,bapa Nurin Jazlin masih struggle demi keadilan anaknya. Jadi apa kau rasa mudah untuk jenayah pedofilia ini dilupakan?
Ya aku akan ulang tayang kes ini sampai bila2 even dah berlalu lebih 10 tahun. Jika aku ingat bermaksud kau semua pun perlu ingat apa impact kejadian ini pada mangsa. Dan korang perlu tahu,jenayah ni tak lupus bahkan semakin banyak. Even isu haruan makan anak tu pun,anak2 yang jadi mangsa adalah dibawah umur bahkan ada yang baru lahir!
Pedofilia juga tidak mengenal jantina. Anak kau perempuan atau lelaki,kalau dia boleh grooming,itulah peluang bagi kaum bangsat ni.
"Saya bimbang. Saya tidak membencinya kerana dia,saya membencinya atas perbuatannya." Syed Azmi mengulas tentang Nur Fitri
So tak salah kalau aku nak remind perbuatan seorang pedofilia yang pernah tertangkap pada sekitar tahun 2015 barangkali.
Ada 30 ribu bahan lucah kanak2 disimpan oleh dirinya,kemudian diantara banyak2 bahan itu dilakukan oleh dirinya sendiri. 17 pertuduhan termaksud pertuduhan menghasilkan serta menyebarkan imej pornografi kanak-kanak.
Masih merasa ia ringan pada anda?
Jika meminta peluang,silakan.
Jika meminta kepercayaan,barangkali tidak akan pernah ada.
Terpulanglah pada diri anda. Cuma jika anda melabel kami membuka aib siperlaku,anda salah. Kami ada pilihan untuk berada didalam keadaan berjaga2.
Apa yang aku nak menekan disini bukan soal peluang yang diketengahkan,tetapi kepada beberapa manusia yang merasakan jenayah pedofilia ini sekarang enteng untuk dipandang.
Pedofilia memang dilabel sebagai masalah mental,tetapi ia juga termaktub didalam perbuatan jenayah.
Kalau kau rasa "alaa dia tengok2 gambar je pun,sekadar simpan" tapi kau kena ingat,
Tsutomu Miyazaki pedofilia Jepun tu pun belajar dari gambar juga. Tapi diakhiri membunuh & merogol 4 orang kanak-kanak. Bahkan dia merekod sendiri perbuatan dirinya terhadap mangsa sebagai "trofi".
Hasil dari tengok-tengok & simpan gambar tulaa..
Source : here
XOXO Lots of loves -H3H-
0 comments:
Post a Comment