Tetralogi Sunan

Aku mmg kipas susah mati writer Ramlee Awang Murshid a.k.a  RAM. Dia mmg idola aku dlm penulisan, utk capai ke tahap tu...terlalu jauh rasanya.

Boleh dikatakan aku ada hampir semua penulisannya. Tp yg paling terkesan adalah tetralogi Sunan. Kisah Sunan, seorang hamba Allah yang sangat taat...buatkan aku terasa sangat2 kerdil.

Bagaikan Puteri

Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sinopsis belakang buku:

"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung."

Haryani dan Laksamana Sunan.. saling jatuh cinta. Pertemua kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

BAGAIKAN PUTERI... penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik. Hanya kerana cinta... manusia sanggup berperang!

 Sinopsis belakang buku:

Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Akhir Kurun ke 15: Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang
ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera
bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat
ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila
melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan
teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu."

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih
ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu
kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat
tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya
kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan
menyayangi awak."

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada
mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari.
namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata
mereka sebagai satu janji?

Cinta Sang Ratu...
Mengulang kisah perkelahian di langit
yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
semata-mata kerana cinta.

Sinopsis di website Alaf21

Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca
Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani?
Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang
ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera
bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat
ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila
melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan
teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih
ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu
kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat
tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya
kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda
sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana
ceritanya semakin PANAS!!!


sinopsis belakang buku:

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...


sinopsis/blurb
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yg dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yg menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yg dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yg berliku, malah terkurung dlm cinta segi tiga yg terlafaz dan tersembunyi.

CINTA SUFI

kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yg nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dgn rasa cinta dan pengorbanan.

sinopsis novel Sutera Bidadari...

Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa. 

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding. 

Saifullah - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Ramlee Awang Murshid - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.
 
Kepada yg berminat nk baca ulasan buku2 Ramlee Awang Murshid...bole klik sini ja.... 

Yg pasti...ada sambungannya
x sabar aku nk tunggu sbb sambungannya pasti kesinambungan kisah cinta Sunan dan isterinya Ratna. Cinta kerana Allah.

0 comments: