Keluarga Besar Hj Mohd Rejab

Keluarga Besar Hj Mohd Rejab
Syawal 2016

Keluarga Besar Puan Zaiton

Keluarga Besar Puan Zaiton
Jan 2013 - Cameron Highland

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik!!

Aku harap belum terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik.
Tak lupa kepada cikgu2 yg mendidik aku secara rasmin di Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang (SKSL) dari darjah satu sampai darjah enam (1988-1993). Paling aku xkan lupa cikdu Hasnah, Cikgu Hamidah, Cikgu Adib, Cikgu Shamsuri dan ramai lagi sepanajng aku di SKSL. Dlm byk2 aku sgt2 ingat kat CIkgu Hamdiah sbb usaha keras dia buatkan aku sngat2 sukakan maths.

Apa yg cikgu Midah buat? Setiap hr dr darjah empat sampai darjah enam, bila sampai masa maths, Cikgu Midah akan suruh semua org keluaq dan beratur kat luar kelas. Nak masuk kelas kena hafal sifir duliu. Btoi br boleh masuk. Kalo hr tu x kena hafal sifir, cikgu Midah akan amik abt 5 minutes before start pengajaran utk but test congak. Siap ada 1 buku nama Congak. Tiap2 kali, cikgu Midah akan bg 10 soalan. So kena congak cepat2 sblm dia move pi soklan len. 1 soklan salah, 1 rotan dan 10 pembetulan. Sampai la, benda tu masih melekat dlm otak aku. Aku sgt sukakan congak, sbb mengurangkan kebergantungan kepada otak jepun.

Form 1 sampai form 3 aku masuk Sekolah Menengah Ibrahim (SMI), waktu di Ibrahim aku sgt2 aktif dgn scout. Cikgu yg paling aku Suka Cikgu Khoo yg ajar Art, dan Ustazah Jariah (adik Ustaz Harun Din dan Ustaz Hassan Din).

Form 4-5 aku terbang ke Sekolah Menengah Teknik Alor Setar. Cikgu Kelas aku nama Cikgu Jason, Cikgu Jason menyambung minat aku dlm Maths. Byk sgt kenangan aku waktu di Teknik ni, hahahaha.
Dengan FB, aku menyambung silaturrahim dgn beberapa org cikgu di Teknik antara warden dulu Cikgu Ishak dan Pak Hos cikgu Elektrik dan jugak CIkgu Scout aku. Kalo nk senaraikan suma cikgu mmg x abes...terlalu byk.

Di 3 UiTM yg aku masuk sepanjang habiskan study aku, yg paling menangkap ingatan aku En Zack yg ajar Control dan Puan Irni yg ajar netwrok analysis...not to forget Cik Wan Salha yg ajar Power. 

Ajaran dan budi kalian xkan terbalas. 

Kepada kwn2 yg kini bergelar guru/pendidik...didiklah anak-anak dgn hati yg ikhlas supaya anak-anak mendapat ilmu yg sebaik-baiknya.

Dalam hidup, kita sentiasa ada cikgu samada secara langsung ataupun tidak. Kepada semua yang mengajar aku secara x langsung, seperti kawan2, cikgu mengaji Quran, family...thanks to all. Tanpa kalian, ntah bagaimana aku nk belajar mencorakkan kehidupan ini. Love you all much. ^_^


No comments:

Pakej Meja Pengantin - Kg Bujang

Pakej Meja Pengantin - Kg Bujang

Taman Sg Lalang

Taman Sg Lalang

Semeling

Followers