Keluarga Besar Hj Mohd Rejab

Keluarga Besar Hj Mohd Rejab
Syawal 2016

Keluarga Besar Puan Zaiton

Keluarga Besar Puan Zaiton
Jan 2013 - Cameron Highland

Tuesday, May 10, 2011

Pergi Tak Kembali


Inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un.

2 Mei 2011, 1640....kami kehilangan tokwan yang sangat dikasihi pada usia 80 tahun. Sejak dari seminggu sebelumnya kami dan keluarga yang lain berulang alik ke kota hampir setiap hari dan malam.

Bukan tokwan x pernah sakit, tapi bila tokwan rebah kali ni...semua orang rasa lain. Selalunya bila tokwan sakit, dia akan dok dirumah pakcik di pdg serai ka, rumah pak njang di tikam batu atau rumah chaq di kepala batas. Tapi kali ni tokwan nk dok umah dia ja.

Sejak seminggu sakit, tokwan x mau makan...cuma boleh minum tp itupun dlm kuantiti yg sikit. Tokwan ada kencing manis, bila x boleh makan...badan akan makin sakit. Chaq bawak balik ayaq...dan drip kat umah. Nasib baiklah ada anak2 yg nurse yang boleh membantu.

3 hari sebelum pemergian, tokwan dah tak boleh bercakap. Semua anaknya balik termasuk paksu dan tam yang ada di KL. Cuma 2 drp 28 org cucu x dak. Zulhairi dan Syida. Paknjang tak bg Zulhairi sbb dia tgh exam dan Syida di MRSM besut.

Aku dan hubby x sempat bersama disaat2 akhir, sbb balik utk siapkan sedikit order yg telah dipersetujui lebih awai. Mungkin bukan rezeki kami berdua. Alhamdulilla, derita tokwan x lama...walaupun berat kehilangan tokwan, tp Allah dah tetapkan itu yang terbaik untuknya.

Tokwan selamat dikebumikan pada pagi 3 Mei 2011. Semoga roh tokwan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan2 yang beriman. Insya-Allah.







Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


-Rabbani, Pergi Tak Kembali-

No comments:

Pakej Meja Pengantin - Kg Bujang

Pakej Meja Pengantin - Kg Bujang

Taman Sg Lalang

Taman Sg Lalang

Semeling

Followers