Salam Raya from H-H-H

Selamat Hari Raya AidilFitri! Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah melimpahkan keberkahan bagi kita semua dan menjadikan kita peribadi yang lebih baik.

Maaf zahir dan batin, ya. Semoga kita selalu dalam kebaikan.




Semoga ikatan keluarga kita semakin kuat dan penuh kasih sayang.



XOXO Lots of loves -H3H-

Sweet 17th anak ibu

A simple celebration between just ibu dan anak.

For buatkan dia tiramisu fav dia as his another birthday kek.
Sebabnya dia sgt suka tiramisu. So satu bekas ni, dia sorang. Xdan dah ibu nak tabur choc...dia nak dah.

Untuk anak ibu, semoga semakin dewasa dan bijak. Matang, sihat, murah rezeki, bahagia dunia akhirat dalam rahmat Allah.

You are my pride, my joy.
Love beyond words.

Semoga umur kita panjang untuk saling menemani dan berkasih sayang bersama abah hingga ke syurga.

Ibu sayaaaang awak.







XOXO Lots of loves -H3H-

Happy Birthday Wawan & Ayan

Happy birthday my 2 kesayangan.
Alhamdulillah....17 tahun dah depa berkongsi birthday. It always a double jpy to celebrate this date.






Extra joy, sebab sok raya. Kakak anak beranak dah balik untuk raya.
Wawan dengan semua cucu. Complete.








Ayah punya fav pavlova.






A simple celebration, tapi bahagia.

XOXO Lots of loves -H3H-

Sahur 29 Ramadan

Apakah ni sahur terakhir Ramadan tahun ni?
Bergantung kepada tengok anak bulan malam ni.

If esok dah raya, maknannya....ni sahur terakhir Ramadan tahun ni.

Semoga umur kita panjang untuk bertemu Ramadan lagi di tahun depan.

Sup gearbox, pakchoy garlic, ayam gurin dan air asam


XOXO Lots of loves -H3H-

Make over



Try make over shawl lama dengan manik Kristal yg beli kat TikTok hari ni 

Dan dan nampak berseri, kan?

XOXO Lots of loves -H3H-

Iftar 29 Ramadan


Rasanya ni Iftar terakhir kat rumah untuk Ramadan tahun ni. Sok besday ayah dengan anak. Moh le kita bukak posa kat sg lalang.

Sup gearbox for today. Tak habis kaluuuu....kita perangat buat soq esok. hihihi.
Sayur sawi, telur dadar dan husband beli roti john.


XOXO Lots of loves -H3H-

Bazar Ramadan Jam Besar

Jom ronda bazar dulu sebelum balik rumah.
Aku ...nak cari tudung bawal bersulam bunga...sulam tangan. Tapi...semua bidang 45. Sedih sangat. Sok nak ajak husband pi cari kat Lotus Bakar Arang tengok. Kat area bazar rakyat tu. dengan harapan...ada. If xdak...may be nak ajak pi tengok kat Lagenda Heights...kalo x silap ada kedai tudung bawal situ.

Dulu memang ada 1 kedai tudung bawal yang cantik dan elok tapi kedai tu dah jd kedai telekung siti khadijah.


Abah pasrah melayan jugak anak nak wefie depan jam besar. Hihihi




Sudahnya, husband yang beli kopiah dengan kain pelikat. Aku kawad pi mai pi mai ja...hahaha

Ramai orang, tapi mcm ramai yang pusing-pusing macam aku. 








XOXO Lots of loves -H3H-

Manik Kristal

Hasil DIY manik beli kat TikTok 🤭.
Ok kan? Cantik kan? 🤪

Konon-kononnya nak pakai Raya ketiga nanti, masa tangkap gambaq family kat studio. Gituuuuuu.

Tapi...tgk mood hari tu jugak. Sebab ada 3 pilihan 🫣


XOXO Lots of loves -H3H-

Iftar 26 Ramadan



Menu hari ni :
Kambing goreng kunyit
Pakchoy garlic
Telur masin
Abah beli - coq udang berkuah

XOXO Lots of loves -H3H-

Sahur 26 Ramadan


Menu :
Daging goreng berlada
Pekasam
Sambai belacan
Kucai goreng telur

Hampir kehujung Ramadan...aku bersyukur sebab diberikan kelapangan dan kekuatan untuk masak sahur dan iftar tahun ni. Walopun x setiap hari...tapi almost everyday. Iftar jumaat sabtu, balik rumah parents, x masak la. Tapi Iftar rasa mcm hari2, sebab setiap hari memang sahur kat rumah.

Walopun bukan lah masakan yang hebat...just a simple menu....syukur masih mengenyangkan kami sekeluarga dan cukup untuk selera kami. 

Setakat la, husband x pernah kata x sedap. If ada yang kurang...dia akan bgtau...if masam sikit, if pekat sikit....mcm tu dia tegur aku yang baru dok belajar masak. Kalo dia teruih kata x sedap...rasanya sentap dan sedih dah kot nak masak.

Makasih ya, keep supporting me. 😘

XOXO Lots of loves -H3H-