Young Living - Info

Essential oils... An investment to your wellness 😊

1 drop at a time

#nurhijriahjourneywithYL
#younglivingessentialoils
#eoyoungliving
#cerealoiler
#yleoinfo


XOXO Lots of loves -H3H-

#lukisanbyRayyanHiwayat

Inilah jadinya bila lama sangat dok rumah....hahahaha...

Bole la anak oiiii...dari dok melangut tengok YouTube ja.




XOXO Lots of loves -H3H-

Dinner : Char Koayteaw Ketam Nipah

Malam ni, kami try kedai baru dekat simpang nak masuk Pokok Asam, dari Tikam Batu. 

Nampak menarik tp x meet selera kami 😅. Tapi... Habis jugak. Jangan dibazir ya 😆






XOXO Lots of loves -H3H-

Manjani : Meet my beautiful Kak Pasiah

After years tak jumpak... Alhamdulillah... Manjani menjadi asbab pertemuan kami. Terima kasih, kak Pasiah sebab menerima kunjungan kami untuk share tentang Manjani.

Untuk orang Kulim... Labu Besar secara spesifiknya... Bole dapatkan Manjani ni Kayla Salon & Spa ya.

MANJANI... magnet cinta wanita ❤️🌹

Manjani ialah resepi turun menurun yang kini dikomersialkan untuk memudahkan dan memberi manfaat kepada lebih wanita untuk merawat dan menghargai diri. ❤️

Beautiful - Powerful - You 

Nak tau lebih lanjut ... Bole DM atau wasap
 http://www.wasap.my/6019-5676761/NakmanjaniMJ001 😁

#manjani
#femininecare
#femininecareproducts
#untukwanitayangdahberkahwin
#resepitradisi
#kkmapproved





Bawah ni, pakej yg ada kat Spa kak Pasiah ya. Aku nak try....sbb dah lama x berurut dan manjakan diri 💞








XOXO Lots of loves -H3H-

Young Living - Tips and Use

Hari ni... Sakit2 bahu... Mcm stress sangat muscle kat bahu tu dan rasa macam bernafas x berapa nak lepaih kata bahasa mudah. Tapi bukan sesak nafas. Bukan penat. Cuma rasa tak selesa.

So, amik PanAway.... Sapu kat bahu. Dan amik RC untuk sapu kat dada. RC untuk respiratory care ya. Bagus sangat.

Malam ni kita diffuse RC+Purification. A good blend untuk Respiratory Support relief.

Look at what I found. Apa kegunaannya PSK untuk ibu2 yang sedang berpantang. Rasanya mesti ramai yang tak sangka, set PSK ni banyak manfaatnya jugak kpd ibu2 yg baru melahirkan dan sedang berpantang.

Percaya atau tak... Set PSK ni dijual dengan harga RM750, sedangkan harga sebenarnya ialah RM1420. Penjimatan sebanyak RM670. Banyaaakkkkk tuuuuu..... Sebab itulah set ni dinamakan sbg PREMIUM STARTER KIT.

Berminat nak beli set PSK ni dan nak Tahu lebih banyak tentang khasiat dan kebaikan EO2 ini, contact ja saya. I am happy to share my experience.

Young Living oil, bukan sekadar pewangi bilik ya. 😉

#nurhijriahjourneywithyl
#younglivingessentialoils
#eoyoungliving
#cerealoiler
#oilbymyside









XOXO Lots of loves -H3H-

NurH mini garden

Let's say goodbye to these sawi... Benih cakap salad 😞... 😭😭😭😭

Jenuh dah kepung dari kumbang 🐞🐛 dengan kucing 🐈 😭😭😭. Tapi... Tetap hampir hancur dikerjakan kumbang dgn kucing... Blom masuk ulat lagi 😞

Jom tanam benih yg Dylla Fadzilah Aziz bg la...

#nurhijriahminigarden
#hobbybaru






XOXO Lots of loves -H3H-

CASH is the King...bukan Beras & Maggi



Ujian Semakin Perit...

Tertiba teringat suatu kisah disebuah surau di USJ Subang Jaya, beberapa waktu yang lepas..

Terdengar perbualan seorang pemandu teksi dan AJK Surau selepas selesai solat Subuh..

"Saya nak minta bantuan pihak Surau bantu saya bayarkan bil api saya dah tertunggak..

"TNB dah bagi warning akan potong letrik kalau tak bayar dalam masa 3 hari, saya mohon bantuan RM75 tuan"..pohon seorang pakcik dalam pakaian seragam putihnya...

"Ohh SOP Surau ni tak boleh bagi cash sebab dah banyak kes penipuan" jawap AJK dalam keadaan acuh tak acuh..

"Cuba Pakcik ke Masjid kat sana tu, mungkin mereka boleh bagi cash sebab kutipan mereka banyak"...sambung AJK 

"Saya dah pergi Tuan, tapi mereka kata kena isi borang & tunggu kelulusan AJK katanya"

"Itu pun kena bagi banyak maklumat & kena tunggu seminggu baru dapat jawapan.Dan bukan semua diluluskan sebab mereka akan buat pemeriksaan dulu" keluh pakcik tu...

"Saya terpaksa datang kesini sebab dah putus usaha & bekalan tunai.

Minyak teksi saya pun dah kuning" rayu pakcik tu ..

"Maaf Pakcik memang SOP kita tak boleh bagi tunai...Tapi kalau nak bantu makanan saya boleh bagi..

"Pakcik boleh pergi ambik kat Kaunter Asnaf kat depan sana tu.Ambik yang dalam beg Jakel warna oren tu.."

Tapi dengan syarat Pakcik memang tak mampu & ambik satu kampit aje tau...takut nanti terambik hak orang lain pula" syarah AJK dengan nada seorang penceramah...

"Takpa la Tuan, terima kasih, bekalan beras kat rumah saya masih ada lagi . Biar golongan Asnaf saja yang ambik hak mereka tu" jawap pakcik dengan perasaan kecewa sambil menuju kearah teksinya Proton Saga yang sudah uzur..

Sebelum sempat beliau berlalu, bangkit seorang jemaah bekas pegawai Tentera terus bersuara lantang menegur AJK Surau..

Kau ni tak habis-habis dengan SOP SOP...

SOP kau ni, Suruh Orang Pergi" syarahnya sambil menjeling kearah AJK tadi..

Kemudian beliau membentangkan sejadahnya serta membuat suatu pengumuman yang cukup berkesan ...

Sebijik aku pernah dengar dari Guru ku Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki ketika membicarakan Kitab Sairus Salikin.

"Kalau telinga Tuan-Tuan dengar orang yang meminta sedekah secara terang-terangan "wajib" kita menghulurkan bantuan walaupun sepuluh sen sebab dia dah jual maruah diri nya"

"Kita kena bantu saudara kita ini supaya maruahnya dapat dikembalikan dengan cara terhormat bukan menolaknya dengan alasan yang remeh...

Tersentak hati ku dengan hujah Kolonel yang amat dalam tu.. 

Selang beberapa saat kemudian menderu jemaah lain termasuk AJK yang masih terpinga dengan teguran Kolonel bersara tu meletakkan beberapa helai wang kertas termasuk beberapa keping wang RM50 keatas sejadah...

Aku hanya memandang dengan seribu penyesalan....

Tanpa mengira jumlah dikutip Kolonel & beberapa jemaah menyerahkan wang tersebut sambil memeluk erat pakcik yang tampak sangat terharu dengan rezeki yang tidak terduga...

Banyak pengajaran yang ku dapati dari insiden ini..

Lebih berkesan dari ceramah-ceramah Subuh sebelum era PKP...

- Bawa lah dompet duit bila ke Surau....

- Hanya suatu usaha yang kecil dapat memberikan kebaikan yang besar pada mereka yg amat memerlukannya.

- CASH is the King...bukan beras & maggi

- Bersangka baik pada yang meminta terutama pada mereka yang baru cuba untuk meminta kerana bukan mudah nak jual maruah diri untuk menagih simpati orang..

Subuh 20 Disember 2020.

XOXO Lots of loves -H3H-

Manjani : Beautiful - Powerful - You

"Behind every successful woman is a tribe of ithe successful women, who have her back."

MANJANI... magnet cinta wanita ❤️🌹

Manjani ialah resepi turun menurun yang kini dikomersialkan untuk memudahkan dan memberi manfaat kepada lebih wanita untuk merawat dan menghargai diri. ❤️

Beautiful - Powerful - You 

Nak tau lebih lanjut ... Bole DM atau wasap
 http://www.wasap.my/6019-5676761/NakmanjaniMJ001 😁

#manjani
#femininecare
#femininecareproducts
#untukwanitayangdahberkahwin
#resepitradisi
#kkmapproved





XOXO Lots of loves -H3H-

Quote for the day

Jangan pernah jemu untuk bermimpi menggapai setinggi bintang....

Jangan pernah jemu untuk berusaha menggapai cita2 mu yang setinggi bintang.

Jangan lupa untuk berdoa dan terus berdoa walopun bintang mu sudah digapai 😊

#nurhijriahlittlesay
#nurhijriahjourneywithYL
#younglivingessentialoils
#eoyoungliving


XOXO Lots of loves -H3H-

Quote of the day


Give.
But don't allow yourself to be used.

Love.
But don't allow your heart to be abused.

Trust.
But don't be naive.

Listen.
But don't lose your own voice.

#rayyanhiwayat

XOXO Lots of loves -H3H-