Perginya Tok.....

Innalillah...

Baru ja post tentang tok.

Aku dapat panggilan dari husband, tok kembali tenat.
Selang beberapa minit sebelum aku keluaq semula dari rumah untuk ke rumah tok, tok sudah dijemput NYA.

Lembut rasa lutut. Tok pergi jua.
Tamay sudah derita tok di dunia ni.

Semoga perjalanan tok ke rumah abadi di cucuri rahmat dan dipermudahkan.

 

Image result for innalillah
 
Image result for al fatihah
 
 


XOXO Lots of loves -H3H-

Bilangan kes penolakan vaksin 2013-2016

ORANG KEDAH, INI BUKAN PENCAPAIAN Yang Boleh Dibanggakan, Anak Anda Nanti Juga Akan Berkawan Dengan Anak Orang Lain, Vaksinkan Anak Anda Untuk Melindungi Mereka Dan Kanak-Kanak Lain Yang Berkawan Dengan Anak Anda Daripada Pelbagai Penyakit.


XOXO Lots of loves -H3H-

Nenek tenat 😭

Pagi ni dikejutkan dengan Berita tok tenat.

Semua anak cucu dipanggil balik.

Same goes to me and my lil hero. Ibu pi amik dia kat sekolah. Kena pulak masa dia rehat. So, kena tunggu dia makan dulu sebelum dapat kan sign guru Kelas.






Beberapa kali tok agak tenat hari. But, alhamdulillah... Tok still with us.

Nampak kesakitan tok. And we're so helpless beside her. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan tok. Semoga Allah member ikan keringanan atas kesakitan tok.

Aku dah balik dr kg.... As anak sekolah esok. So, x bole ka balik Lewat2 sgt. But, husband still kat kg. Itu perlu nya pi asing 😅

XOXO Lots of loves -H3H-

Bank Islam oooo Bank Islam...

Masa nk buat loan rumah dulu... We been informed loan kita use BFR... Which means... Fix rate. Tak macam BLR yg flactuate.

But... This round is.... Kali kedua bank Islam revise monthly payment yg bukan dua tiga ringgit. Last time naik lebih kurang rm60+, kali ni rm22.59 pulak 😪


Letihhhh.....

Kebetulan, terbaca pulak artikel ni.... Panjang lebaq dia cerita....

From fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216314515429049&id=1039012744

KONSPIRASI TERBESAR EKONOMI DUNIA YANG MENGHANCURKAN SOSIAL DAN KEMANUSIAAN.

Hari ini kita mampu untuk beli sebuah rumah RM500,000 hanya dengan pinjaman. Kita ukur kemampuan kita bergaji RM5000 sebulan dengan pembayaran bulanan. Lalu kita nampak kita mampu menanggung hutang itu. Lalu kita bayarlah rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang anda langsaikan ialah RM1,500,000. RM1 Juta ialah faedah yang diambil oleh bank itu sendiri.

Anda rasa itu biasa saja bukan?

Tahukah anda, jika tiada riba di dalam dunia ini, rumah yang anda beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 SAHAJA. Nanti dulu, gaji anda pula mungkin mampu sampai RM10,000 (pada nilai bukan pada kertasnya).

Kali ini, kami akan mengupas topic “bosan” ini yang jarang orang nak hiraukan sangat. Ramai orang tak tahu pun, riba itu disebut sebagai dosa ke-empat terbesar selepas menyengutukan Allah, sihir dan membunuh. Berzina dengan ibu sendiri juga dosanya tak sebesar dosa riba.

Hari ini, Jabatan Agama Islam menangkap penzina dan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman TETAPI mengapa riba yang menjadi dosa ke-empat terbesar dalam Islam tidak pula ditangkap. Malah, ia dibiarkan berleluasa di semua peringkat.

Mungkin ada yang mengatakan yang kita sudah tidak riba lagi, dan kita menggunakan SISTEM EKONOMI ISLAM dan sistem perbankkan Islam. Mahulah kami simpulkan, dari pengertian riba yang sebenarnya, bahawa sistem perbankkan Islam juga hanya menukar nama dan memperkenalkan akad tanpa perubahan actual dalam kekejaman kewangan. Hari ini kita pasti akan keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan bayar semula RM1,500,000 berbanding konvensional yang sedikit terbuka dengan spekulasi pasaran yang secara purata mungkin lebih rendah dan kadang-kadang (atau jarang-jarang) lebih tinggi dari Islamik.

Sebab itu, perbankkan Islam kini menjadi agenda ekonomi dunia. Kerana ia lebih menguntungkan dari sistem konvensional. Seperti ayam yang disembelih dengan BETUL TEKNIKNYA oleh Ah Seng dan juga ayam yang disembelih oleh Pak Karim yang baca Bismillah. Itu sahaja bezanya. Secara teknikal ia sama cuma secara kulit ia kelihatan Islamik. Malah kadangkala cara sembelihan dan pengurusan karkas Ah Seng mungkin jauh lebih bersih dan sihat pun.

Sebelum ada yang bersilat melatah dan mengeluarkan komen-komen yang buruk tanpa membaca habis artikel ini, mari kami tunjukkan mekanisma bagaimana riba ini menghancurkan manusia.

RIBA IALAH AGENDA PENGHAMBAAN MODEN

Hari ini, seorang bayi yang dilahirkan telah tertulis hutang piutangnya. Seorang lelaki dewasa yang dikatakan MERDEKA telahpun berhadapan dengan hutang pelajaran, kad kredit dan hutang kenderaan motor. Berapa ramaikah yang masih bebas dari riba? Adakah lagi? Jika mahu ditanggap oleh Jabatan Agama Islam kerana melakukan riba, pastinya tak cukup penjara nak disumbatkan pesalah-pesalahnya.

PENJELASAN SECARA TEKNIKAL

Hari ini, kita berbelanja bukan mengikut kemampuan saku tetapi kita berbelanja mengikut kemampuan kita mampu bayar sebelum kita MATI. Natijahnya, seorang lelaki biasa akan mula komited dengan hutang-hutang mereka seperti hutang kereta (9 tahun atau selama-lamanya kerana sentiasa akan beli kereta baru), hutang rumah pula (40 tahun / sampai mati), hutang kahwin (5-10 tahun), Hutang belajar (5-15 tahun) dan hutang kad kredit.

Semua ini membuatkan KITA MENJADI ORANG TERJAJAH dan bukannya orang merdeka. Kita tak mungkin mampu untuk berlepas diri dari segala kekangan hutang itu sehingga kita terpaksa bekerja SELAMA-LAMANYA untuk membayar hutang yang kita mulakan pada usia kita 20-an.

Lihat sini dengan tenang. Jika tanpa riba, kita bergaji RM3,000 dan kita mampu berkereta bernilai RM10,000 sahaja. Pengeluar kereta juga akan mengeluarkan kereta pada pasaran mampu dengan kadaran RM10,000 sebuah kereta. Maka kita akan menabung ATAU BERKONGSI wang untuk sampai RM10,000 dan pergi ke kedai untuk beli, bayar dan bawa pulang dengan senang hati.

Insuran pun memadai dengan THIRD PARTY sahaja. INSURANCE FIRST PARTY tidak jadi wajib melainkan atas kesedaran pemilik untuk insurankan kereta mereka. Apabila insuran tidak wajib, maka ia satu pilihan yang mampu kita pilih dan insuran juga akan jadi rendah premiumnya kerana kita ada pilihan. Tidak seperti sekarang, insuran FIRST PARTY jadi wajib maka berapa sahaja mereka nilaikan… kita wajib bayar tanpa banyak soal. Itu juga cabang riba, satu perniagaan secara paksa, menindas dan mengambil untung berlebihan.

Pada kes itu, kita akan berbelanja mengikut kemampuan saku. TETAPI apabila riba diperkenalkan, maka kita yang bergaji RM3,000 MAMPU MEMBAYAR KEMBALI PINJAMAN SEHINGGA RM50,000. Maka penjual kereta juga bertindak mengikut situasi pasaran yang orang sudah mampu memiliki kereta bernilai RM50,000. Maka harga kereta juga akan jadi sebanyak itu.

Itu tidak termasuk perlaksanaan riba dalam semua lapisan. Sebutir skrew di sebuah kereta yang sepatutnya bernilai RM10,000 itu juga dikilangkan oleh sebuah kilang yang MEMINJAM BANK untuk modal pengeluaran mereka. Lalu, kos riba itu ditanggung secara efek domino dalam keseluruhan rangkaian bekalan. Pengilang enjin pula akan beli skrew dan nut dari kilang itu secara hutang. Dan hutang itu juga ada kos nya. Walaupun tidak dinyatakan dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan kita BELI TUNAI pasti dapat diskaun lagi. Sebenarnya ia bukan diskaun tetapi itulah harga sebenar. Jika debeli secara hutang atau ‘consignment’ ia akan jadi tinggi sedikit harganya. Itu juga berlaku riba.

Tak termasuk lagi kes kilang enjin itu yang terpaksa meminjam bank juga untuk mengilang engin. Kalau nak dalami lagi, cuba gali sampai ke lombong besi yang menggali besi untuk dibuat skrew tadi. Riba berlaku dalam segala lapisan dan kosnya akan terus dibawa ke hadapan.

jelas sekali riba berlarutan dalam semua rangkaian bekalan. Maka, kereta yang sepatutnya berharga RM10,000 dengan kos pembuatan RM7,000 akan meningkat kos pembuatannya menjadi RM30,000 dan dijual pula pada harga katalah RM50,000 mengikut KADAR KEMAMPUAN PASARAN MEMBUAT PINJAMAN, bukan berdasarkan kos pembuatan sebenar.

Kerana tiada pilihan, kerana riba sudah menjadi SISTEM EKONOMI, maka kita terpaksa memakan riba itu juga. Sedangkan, Allah sudah katakana bahawa pemberi dan penerima riba kedua-duanya sama sahaja.

PESANAN LARANGAN RIBA ADALAH PESANAN TERAKHIR NABI

Dalam khutbah wida, Nabi telah menyatakan larangan riba secara spesifik. Tidak pula ada larangan dosa-dosa lain seperti makan babi, minum arak atau yang lain-lain lagi. Tetapi RIBA itu nabi sebut secara spesifik. Jika ia tidak penting, pasti Nabi juga tidak menyatakannya pada khutbah baginda di Arafah semasa Haji Wida baginda.

Nabi tahu, riba ialah senjata pemusnah SENYAP. Ia telahpun diamalkan oleh orang Yahudi sendiri dalam proses urusniaga jahilliyah sedangkan ia adalah larangan Allah yang dinyatakan dalam semua kitab-kitab Allah dari Taurat sampai kepada Al-Quran. Hatta, pengharaman riba berlaku dalam Agama Kristian pada Era Medieval tetapi mengapa kini kita sudah tidak merasakan riba itu tidak berdosa sepertimana zina?

Jika kita katakana kita tiada pilihan? Nanti bakal ada yang katakan, mereka yang berzina juga tiada pilihan kerana perkahwinan menjadi semakin sulit? Dosa riba lebih besar dari zina. Perkahwinan pula untuk mengelakkan zina, tapi berapa ramai pula yang terpaksa ambil loan dengan riba untuk berkahwin?

MEKANISMA KEMUSNAHAN SENYAP

Hari ini, kita yang kononnya merdeka dan menikahkan anak gadis kita sendiri sebagai walinya telah hilang KEMERDEKAAN yang menjadi salah satu syarat sah seorang wali. Bagaimanakah kita ini? Kita belum merdeka dari hutang. Kita sentiasa rasa kita tak boleh nak mati hari ini kerana kita masih ada hutang yang tidak mahu kita wariskan kepada anak-anak dan isteri kita nanti. Maka kita sudah jadi manusia yang tidak sedia untuk dipanggil Allah. Langsung, kita menjadi manusia yang tidak rindukan Allah. Hari-hari kita akan bangkit untuk bekerja dari pagi sampai ke malam JUGA UNTUK BAYAR HUTANG. Kita kata kita CINTA ALLAH tetapi sehari kita hanya beri Allah 25 minit sahaja (5 minit untuk setiap waktu). Mungkin ada yang rajin sikit, mereka berikan 1 jam sehari untuk Allah. Sedangkan baki masa itu digunakan untuk mengejar wang ringgit untuk membayar hutang kepada TUAN kita.

Bukankah itu sama seperti seorang hamba? Berapa ramai antara anda yang belumpun gaji masuk ke akaun tetapi telah ada bahagian orang lain dari pendapatan itu. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kahwin, hutang ceti, hutang kad kredit, hutang belajar dan macam-macam lagi.

Adakah masa untuk anda bangunkan ummah?
Bilakah masa untuk anda perkasakan Islam?
Adakah lagi baki masa untuk anda melaksanakan sunnah?

Ataupun anda hanya panggil bersolat di masjid dan surau sehari semalam sebagai wacana pembangunan umat? Bilakah solat berjemaah anda itu mampu untuk menjadi satu disiplin actual gerak kerja yang memajukan Islam atau hanya sekadar ritual tanpa perlaksanaan? Mengapa pula masjid kini berkunci pada bukan waktu solat? Mengapa masjid Nabi dan masjid komuniti sekitar Madinah dahulu bukan sekadar tempat solat? Di masjid sekarang ini, mengapa hanya cantik tetapi sekadar menjadi lapangan solat? Di mana perekonomian? Di mana baitulmal? Di mana fungsi social? Di mana fungsi pembinaan umat? Di mana fungsi pembangunan keluarga? Di mana segala fungsi masjid yang dahulu ada dalam masjid nabi tetapi hari ini masjid hanya jadi pusat solat. Jika tidak dikunci malam hari akan jadi pusat zina bagi mereka yang nak cari port selamat melampias nafsu.

Semua berada dalam hutang dengan kadar kemampuan PALSU. Mereka tak seluk saku untuk lihat kemampuan tetapi menjengah PUSAT RIBA berapakah mereka layak untuk berhutang.

Golongan BERHUTANG adalah salah satu dari golongan ASNAF menurut Al-Quran dan layak menerima zakat. Jika dikira begitu, hari ini kita kebanyakannya di Malaysia ini adalah golongan ASNAF. Jika apa yang terjadi pada kita hari ini adalah yang haq, maka kita akan menzalimi baitulmal yang terpaksa memberikan kita bantuan zakatnya? Siapa pula nak membayar zakat jika semuanya adalah PENGHUTANG?

Ataupun, pada zaman Nabi dahulu tiada orang berhutang. Jika adapun yang berhutang itu adalah golongan yang sangat terdesak dan mereka berhutang kerana mereka lapar dan keputusan makanan mungkin. Inilah orang yang layak menerima pembelaan baitulmal dan tergolong dalam 8 kategori asnaf.

HALUSNYA KONSPIRASI MEREKA

Selagi Islam belum pupus, selagi itulah musuh Islam akan terus menghancurkan Islam. Tidakkah kita belajar bagaimana Skim Ekonomi Ponzi yang dilaksanakan oleh USA telah menumbangkan gergasi ekonomi ini? Krisis Ekonomi Sub-Prima yang disebabkan juga oleh hutang-hutang dan riba-riba yang dilaksanakan secara sistemik.

Kita pula, nak ikut model kejatuhan itu. Household Debt (Hutang Isirumah) di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Seterusnya, anda tahu apa akan berlaku pada kita nanti.

SOLUSI MELAWAN RIBA

Kami dalam satu komuniti kecil ini telah 90% bebas dari riba. Kami bangunkan model baitulmal kami sendiri dalam komuniti kecil ini. Dan laksanakan wakaf sebagai satu perkongsian pintar yang pewakaf tidak kehilangan haq tetapi bertambah kaya dari segi akses kepada perbendaharaan baitulmal kami. Kami berharap, baitulmal yang ada kini mampu memberikan satu reformasi besar dalam perekonomian.

Hari ini, baitulmal hanya menjadi tempat orang miskin meminta bantuan zakat. Mengapakah itu sahaja fungsinya? Mengapakah tidak seperti yang berlaku pada zaman nabi dahulu yang mana fungsi baitulmal ialah seperti rangkuman fungsi-fungsi berikut (dalam dunia moden)

1. Bank Negara
2. Pemungut Jizyah (cukai)
3. Pusat Zakat dan Infaq
4. Pusat Wakaf
5. Amanah Wasiat
6. National Treasure / Perbendaharaan
7. Kementerian Kewangan
8. Kementerian Pembangunan Usahawan
9. Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa
10. Insuran
11. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
13. Kebajikan Masyarakat
14. Pusat perangkaan ekonomi
15. BANYAAAAAAAKKKKKKK LAGI FUNGSI YANG KINI DITIADAKAN.

Sebab itu, apabila BAITULMAL yang dahulu menjadi satu nukleus kemajuan perekonomian Islam kini tercantas fungsinya menjadi sangat minor dan tidak mampu mengubah apa-apa dan tak mampu membendung riba yang kini menjadi darah daging kita.

Kami telah lakukannya selama 8 tahun. Kami akan bebas dari riba 100% dalam 1-2 tahun lagi. Itupun dari hutang-hutang lama pengasas-pengasas kami yang dilakukan sebelum kami memulakann baitulmal kami sendiri.

Kami tidaklah sekaya baitulmal diluar yang boleh secara terang-terangan mempromosikan pembayaran zakat di saluran mereka. Kami hanya menerima zakat dari kalangan pengasas-pengasas kami yang 20 orang ini dan juga beberapa individu-individu lain yang sanggup menyumbang tanpa kami janjikan dengan pengecualian cukai pendapatan.

Walaupun tidak kaya dari pembayar zakat, kami telahpun menyemai sedikit itu dalam perniagaan dan pendidikan anak-anak kami sehingga perkembangan perniagaan kami mampu untuk seiring dengan keperluan pendidikan anak-anak kami. Dan anak-anak kami yang telah keluar dari Universiti pula mampu kembali dan memajukan lagi perniagaan-perniagaan kami di sini.

MEMANG ADA CARA DAN JALAN KELUAR. Tetapi hari ini,

Berapa ramaikah yang mahu menjengah Al-Quran apabila mereka menghadapi masalah?
Jika ada, berapa ramai pula yang fahami ayatnya?
Berapa ramai pula yang laksanakan penyelesaian yang Allah berikan dalam Al-Quran itu?
Atau kita hanya sekadar mengeluh TANPA ADA USAHA MELAKUKAN ISLAH

Kita jadi seperti anjing yang menyalak-nyalak hingar kerana ada paku di tempat tidurnya TETAPI tidak pula mahu berganjak dari tempat tidur berpaku itu.

Fikirkan semula…
Benarkah kita sudah merdeka?

WARGA PRIHATIN

XOXO Lots of loves -H3H-

Always a baby boy

That strong mother doesn’t tell her cub, Son, stay weak so the wolves can get you. She says, Toughen up, this is reality we are living in.

Bukan mudah nak ajaq anak tunggal untuk jadi kuat dan berdikari, especially this baby boy.

But...Being a mother to a little boy and helping him discover the world is one of the greatest experiences in a woman’s life, which makes objective goals dull in comparison. The connection between a mother and her son opens the gate to a new world of wonder and love.

Today is another day to treasure.






XOXO Lots of loves -H3H-

NIKAH ITU SIMBIOSIS BUKAN PARASITISME

From fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2282139218672202&id=100006284387224


Kemarin, entah macamana terlalu kat wall sorang sahabat.

Dia share video viral ceramah sorang ustaz pasal isteri di awal pernikahan VS beberapa tahun kemudian.

Masa awal nikah, rumah sentiasa kemas, bilik tidur wangi, cadar katil simetri, bantal pun susun selari, bantal peluk betul-betul centre kat tengah katil.
Takda satu sampah pun atas lantai.
Pintu almari tertutup rapi.
Langsir dihias seimbang kanan dan kiri.
Tingkap licin takda sebutir kotoran.
Bawah bantal tersedia daun pandan.
Fuh harumnya bau wangi-wangian.

Isteri pun mekap comel-comel, tangan kaki berinai.
Buku lali ada gelang loceng bunyi ting ting ting.
Pakai pulak baju seksi.
Rambut letak bunga-bungaan.
Perfume sampai 15 jenis.
Mata kening terkebil-kebil nak goda suami.
Excitedlah toklaki.
Nak keluar gi mengail pun tak jadi.

Sekarang dah 6 tahun nikah, semua dah berubah.
Hilang sudah kecantikan si isteri.
Dah tak wangi.
Dah jarang pakai baju seksi.
Atas kepala dah takda bunga-bungaan menghiasi.

Rumah pun dah start bersepah.
Bawah bantal dah takda daun pandan, yang ada taik kucing (gurau).

Ustaz kata, sebab tulah suami malas nak balik rumah.
Sebab isteri dah tak pandai jaga suami.
Gi main badminton, gi mengail, gi main dam 3-4jam layan kawan-kawan lelaki lagi seronok.

Cuba kalau isteri buat macam malam pertama.
Comel, seksi, wangi, pastu menari pulak.
Fuh, kompom suami tak gi keluar dah.
Melekat saja di rumah.

Kakhana faham ustaz hanya niat bergurau.
Audience pun seronok dengar tak kira lelaki mahupun perempuan.

Tapi, tiba-tiba hati rasa sebak.
Allahu.
Entah kenapa tersentuh sangat hati saya, ustaz.

Pertama sekali saya minta maaf, bukanlah niat nak membela wanita.

Cuma saya takut ramai lelaki salah faham, terutama yang belum nikah tu.
Saya risau para lelaki semua masuk ke gerbang perkahwinan hanya harapkan kepuasan nafsu semata.
Saya juga risau lelaki-lelaki berkahwin dengan mindset:

 “Balik keja isteri kena tunggu depan pintu, siapkan air teh panas untuk aku”

“Isteri kena layan nafsu aku setiap hari”

“Senanglah lepas kawin nanti, dah tak payah susah-susah basuh baju, sidai kain, lipat baju. Uniform kerja pun ada orang gosokkan setiap malam, bolehlah bangun lewat skit”

“Untunglah lepas kawin nanti, hari-hari ada isteri masakkan. Bangun pagi pun breakfast dah tersedia, takdalah kena makan mamak dah pepagi”

“Bestnya lepas kawin, ada orang kemaskan rumah, lepas makan pun takyah basuh pinggan dah, isteri buat semua”

Seolah-olah pernikahan itu satu #KESENANGAN untuk lelaki tapi #KESUSAHAN untuk wanita.
KEUNTUNGAN untuk lelaki tapi BEBANAN untuk wanita.

.
Sedangkan si isteri kat rumah hari-hari macam medan perang.
Dari celik mata sampai pejam mata semua benda dia urus seorang.

.
Ustaz cuba bayangkan, mungkin situasi lepas 6 tahun kawin dah tak sama macam 6 hari pertama lepas kawin.

Lepas 6 tahun kawin, anak dah berderet ustaz, 4 orang rapat-rapat, selang 1-2 tahun sorang.

Berdua-duaan dengan suami TAK SAMA DAN TAK AKAN SAMA dengan hidup dengan anak-anak kecik yang perlu diuruskan.

Saya cuba explain ya.

Anak yang 5 tahun & 3 tahun biasanya juara berkreativiti (baca: sepahkan rumah).
Jadi selalunya baru kemas rumah tak sampai 5 minit dah sepah semula, itu biasa.
Baru habis mengemop dah ada yang terbabas kencing atas lantai, itu biasa.

.
Anak yang 2 tahun dan 2 bulan pulak masih menyusu badan. Mungkin kain baju yang berbasuh tak sempat nak sidai, yang dah kering belum sempat nak lipat. Sebab selang 1-2 jam, si kecil 2 orang tu nak menyusu tandem kanan dan kiri.

.
Mungkin juga dapur tak sebersih dulu, lantai tak sekilat dulu. Yelah, baru je nak kemas, empat-empat anak meraung berebut perhatian si ummi.

.
Baru je nak sinsing lengan basuh pinggan, yang sulung terkencing pulak dalam seluar, yang kedua terberak, yang ketiga main kasar dengan adik, yang baby dah menangis sebab sakit.

.

Sungguh tak sama, dah nikah 6 tahun dengan baru nikah 6 hari😔

Mandi pun kadang ala kadar, apatah lagi nak berseksi-seksi berwangi-wangi.

Badan pun cuma mampu pakai "perfume" natural bau susu masam setiap hari😫

Anak bangun menyusu gilir-gilir sepanjang malam, kadang terlalu exhausted sampai tak terlayan kehendak suami.

Nak ambil perancang, suami pula tak bagi.

Kata cik abang, dapat baby tu kan rezeki.

.
Lebih sadis kalau ditambah dengan BABY TUA yang bernama suami, tapi tak pandai urus diri sendiri, dan tak pula ringan tulang bantu isteri.

Suami hanya tahu bila balik kerja, rumah kena tiptop.
Makanan terhidang atas meja.
Anak-anak bersih dan wangi.
Kain baju dah siap basuh dan berlipat rapi.
Baju untuk esok dah siap gosok hari ini.

Nak tolong basuh pinggan? Hello, tu tugas isteri.

Nak sidai kain kat luar? Oh never, jiran kata aku kena queen control nanti.

Nak basuh berak anak? Sori aku geli.

Nak vacuum dan mop rumah? Jatuhlah maruahku sebagai suami.

Nak lipat kain? Uii dayuslah aku macam ni.

Jika begini,
Janganlah harapkan layanan 5 star dari isteri.
Kalau suami langsung tak bother nak bantu uruskan anak & rumahtangga sekali.

Isteri itu pun manusia biasa. Bukan robot, bukan malaikat.
Dia punya perasaan.
Dia juga keletihan.

Sedangkan Nabi pun uruskan dirinya sendiri, jahit baju sendiri, repair kasutnya sendiri, ringan tulang bantu isteri, angkatkan air dan perahkan sendiri susu kambing untuk santapan keluarganya.

Nabi sangat berlembut terhadap isteri, jaga hati isteri, tak pernah tinggi suara apatah lagi maki hamun isteri.

Dengan akhlak suami yang begitu mulia persis sang Nabi, selayaknyalah Nabi sebut, "Jika dibolehkan manusia sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suami"'

Suami sebegini memang layak dapat penghormatan dari isteri, bukan saja sebab suami tu bagi nafkah kat isteri, bukan saja sebab kedudukan (dan tanggungjawab) suami lebih tinggi, tapi juga sebab suami tu sendiri sangat muliakan isteri.

Tapi sayang, hadith ni selalu disalahguna nak agungkan kedudukan lelaki sampai boleh buat isteri macam #hamba, kerah isteri macam #bibik sampai takda sikit pun tenaga yang tersisa.

.
Kakhana jumpa ramai sangat isteri yang berkorban sampai TERKORBAN.

Terkorban kesihatan fizikal.
Terkorban kewarasan mental sampai depresi.
Terkorban kecantikan dan pengurusan diri.
Terkorban ketenangan emosi.
Terkorban amal ibadah fardhi.

Saya hormat cara ustaz didik wanita islam untuk muliakan suami dalam hidup berumahtangga.

Dan saya akui ada juga ceramah ustaz yang ingatkan suami supaya hargai isteri, ingatkan suami pada pengorbanan isteri.
Terima kasih ustaz.

Cuma yang ni, saya respon pada satu particular video tu saja.

Just nak ajak sama-sama bermuhasabah.

Bahawa perkahwinan memang SUSAH DAN BERAT bagi seorang isteri, TAPI JAUH LEBIH BERAT bagi seorang lelaki bergelar suami. Suatu TANGGUNGJAWAB BESAR yang menambah beban buat suami, bukan tempat membuang beban ke bahu isteri.

Maaf lagi sekali, tulisan ni bukan berniat nak lebihkan wanita berbanding lelaki.

Hanya reflection terutama untuk diri sendiri.

Kakhana tau, ramai suami-suami hebat yang tak kekok buat kerja rumah, tak kisah tukar lampin anak, ringan tulang lipat kain kemas rumah, walau di celah-celah kesibukan mencari nafkah, walau saban malam busy dengan urusan dakwah tarbiyah.
Anda semua suami mithali, moga Allah berkati hidup tuan-tuan.

Dan tabik spring juga untuk isteri yang banyak handle urusan anak-anak dan rumah sendiri, tanpa rehat, tanpa cuti.
Anda semua memang ohsem, macam isteri & ibu dalam komik kat bawah ni😭
But please remain healthy, emotionally & physically💚 get help if you need it.

Terima kasih encik suami, mengemudi keluarga penuh santun.
Moga Allah balas dengan sebaik-baik ganjaran.

Kakhana,
Bukan isteri sempurna

Kredit: Komik Afiq & Nazry ➡️ boleh follow untuk banyak lagi komik-komik yang best dan menginsafkan!

XOXO Lots of loves -H3H-

BERSALIN NORMAL VS CEASER?

From fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2354157317937246&id=100000290035873

BAGAIMANA AKU LALUINYA SERENTAK.
DOCTOR GOOGLE vs DOCTOR HOSPITAL?
.
Sampaikanlah walau sepotong ilmu dan ayat.
.
Dah havoc issue Doula lah, gentle birth semua ni, Nad rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu dan rasa tentang pengalaman kelahiran Yang Nad lalui yg doctor katakan ia sangat rare dan jarang berlaku. Dan asbab dari kepakaran doctor juga Nad dan both baby selamat.
Doctor takkan akan bukak cerita tentang patient mereka sebab sulit tapi meh patient sendiri open story supaya terbukak kepala otak korang yg nak
Mencuba-cuba bersalin suruh Doula sambut kelahiran tu.
.
Mungkin ada dr kawan-kawan yang dah pernah dengar cerita aku ni tapi percayalah masih Ramai Ibu-Ibu di luar masih tak sedar tentang pentingnya ilmu tentang kelahiran semua ada percentage risiko tersendiri samada kecil atau besar dan juga penting nya orang yang bertauliah ada ketika waktu kita melahirkan anak.
.
2013 Nad di sahkan pregnant anak kembar. Hati memang happy Tak payah cerita la Sbb Kami dah 3 tahun menunggu. Tapi mcm biasa lah mak- mak mengandung Ala milenium ni semua benda kita buat research daripada segi pemakanan, kandungan dan issue paling hot ialah gentle birth.
Google dan Facebook grouping is my Bestfriend time ni 😭
.
Bermula checkup monthly everything going smooth. Muntah2 , double pain d morning sickness tu biasalah, kaki bengkak dan mengidam makan.
Nad jugak Ahli dalam group gentle birth dan benda yg paling rs seriau perkara pertama bila kita dgr dari Cakap2 org ialah pergi ke hospital diorang nasihatkan kita Czer.
Sebabnya ialah Nad pregnant MCDA twin (kembar berkongsi uri dan air ketuban) risiko tinggi berbanding dengan DCDA twin tidak berkongsi uri dan air ketuban.. Tapi ada pula SUARA2 yg mengatakan doctor cuma nak buat duit byk Sbb tu suruh kita Czer. 🤷🏼‍♀️ So mana satu nak dengar ni?
.
Maka bermulalah journey untuk kita tegakkan keadilan mahu juga gentle birth dan kita buat research yg sememangnya ibu2 hamil anak pertama ni memanglah mudah terpengaruh cakap-cakap doctor google ni.
Kita fikir secara logik nak juga normal delivery.
Baby Nad yg pertama memang dah engaged Utk Normal delivery dan 2nd baby juga bersedia maka hati sangat2 lah nak gentle birth tanpa kita fikir risiko2 yg lain dengan harapan orang lain Boleh bersalin kembar Normal kot kat rumah je takde ape pun tapi time aku kenapa pulak tak boleh.
Fuhhh hebat sungguh para2 consultant tak bertauliah ni bermain dengan emosi smpai kita semua fikir ini konspirasi doctor adalah agen Yahudi semua.. Ya Rabbi sampai macam
Tu Doctor jugak yg kena 😂😂.
.
Sehinggalah Nad jumpa doctor Norehan semula which is doctor klinik swasta yg Nad jumpa ms mula2 dpt tau pregnant twin dulu.
Dia kata u better go to Government Hospital Sbb sy ada Ramai Kawan2 pakar yg mmg berpengalaman kat sana Utk handle gentle birth yg kandungan berisiko.
Alamak!! Aku fikir balik dengan tipikal thinking aku yg tak habis2 terdengar-dengar nasihat2 manusia doctor google ni Kalau ko pegi refer Gov macam ko pegi hantar free2 je Utk Czer. Dgn layanan Yang ada kata memanglah outlah, takda masa doctor nak layan ko punya plan nak gentle birth tu.
Time tu berbelah bagi Masih lagi dengar cakap-cakap acah2 good consultant ni..
.
Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati supaya aku ni tak jadik manusia selfish hanya kerana Sebab nak kan sangat follow gentle birth plan aku so aku tolak Segala risiko2 Lain dengan hanya BERGANTUNG HARAP-HARAP SEMUA AKAN OK DAN BOTH BABY KELUAR DENGAN NORMAL.
.
On 26 March Nad - 36 weeks Pregnancy refer ke Pakar di Hospital Sultan Ismail atas nasihat Doctor Norehan.
Honestly Nad bgtau Nad nak gentle birth dan doctor bagitau kita Boleh bagi u bersalin normal setelah ambil kira perkara-perkara lain.
Doctor check bukaan pukul 1 ptg memang sudah ada 4cm dan diorang siap sedia utk sambut kelahiran.
Terus aku mcm terpinga-pinga Sbb mmg rasa tak sakit dan bukan ke pakar Doctor google kata selagi takda sakit contraction Jgn pergi Hospital 😭?
Bila Tanya Doctor tauliah Rupanya rumors tu mmg Tak bole pakai Sbb cara kelahiran dan rasa contraction Adalah berbeza setiap org.Kalau aku pusing2 mall Tiba-Tiba bersalin Doctor Hospital juga yg kita kena refer. 😌
.
Terus Nad di warded dan diletakkan dalam ward Khas HDW. Penuh Wayar atas perut Utk monitor jantung baby. Dalam pemikiran aku ialah weh kenapa beria sangat diorang ni jaga aku. AKU OK JE KOT!
.
Tapiiii itu adalah dari perspektif manusia seperti kita Yang kurang ilmu dan tidak ada tauliah. Tapi bagi doctor kelahiran kembar adalah kelahiran berisiko tinggi lagi2 Yang berkongsi uri dan air ketuban.
Which is aku cannot brain ada Doula kata alahh ade Ramai je yg OK bersalin kat rumah ade je kembar bersalin position sujud rukuk semua. 😭
Weh seriously semudah tu je ko jump into conclusion cakap mcm risiko tu tak ada pun!!!!
.
NOW HERE U HEAR MY TURNING POINT STORY Tolonglah bukak Hati dan Minda ibu2..
.
Tepat pukul 9.28 malam Alhamdulillah aku dapat bersalin secara normal kembar pertama Sumayyah Hannan Yang Aku nak sangat normal delivery.
Which is masa aku bersalin aku dimonitor lebih dari 3orang doctor bersama pasukan sorak nurse yg mmg hebat.
Kembar pertama Sumayyah Hannan lahir pukul 9.28mlm berat 2.2kg.
.
Perjuangan untuk melahirkan kembar kedua Nur Sumayyah Aqilah.
Allahuakbar. Inilah perjuangan, dugaan & nikmat yang aku paling tak boleh lupa seumur hidup.
Disinilah titik tolak Yang aku betul-betul appreciate what this all doctor do for me.
.
Aku memang betul-betul keletihan sbb dr malam td aku mmg tak boleh nak lelap sangat.
Husband aku genggam tangan aku dia cakap Teruskan Utk 2nd delivery twin dan dia adalah orang yg sgt penting berada di sebelah aku supaya aku tak tertido Sbb keletihan dan sentiasa ada semangat.
.
Aku perasan ada sorang doctor perempuan Chinese pegang perut aku ,sorang lagi doctor tengah scan, sorang lagi doc perempuan tengah Check baby.
Doctor yang tengah scan dia check Aqilah dah pusing ke bawah. Tapi Doc tu ckp dengan doc yang pegang perut aku dia macam pusingkan Aqilah dari luar.
Doc lelaki yang tgh scan tu aku ingat lagi nama dia Dr Badrul .Dia suruh aku push. Tapi aku tiba-tiba rasa Aqilah pusing dengan sangat kuat.
Dia tanya dengan nada cemas "Pukul berapa?"
Doc lagi sorang jawap . "Its 10.05 pm".
Dia jawab dengan nada tegas
" We need to do it FAST!"
Dia tengok doc perempuan yang seluk aku tu muka berkerut-kerut sambil explain dengan doc sebelah dia. Aku tak sure ape diorang cakap tapi Doctor Badrul tu suruh doc tu ketepi. Tiba-tiba doc Cina yang pegang perut aku tu terlepas sbb Aqilah pusing dengan kuat.
Doc Badrul ckp dengan nada cemas. " Ur baby dah pusing lagi Nadia. Hand Presentation.
Doc Badrul pandang muka aku buat keputusan dengan pantas..
"Nadia, kita kena operate u. Baby u dah breech presentation.(songsang) Kita tak boleh keluarkan normal sbb maybe akan patah or cacat. Nak pusingkan kita dah takda masa lagi sbb jantung baby dah slow"..
Berderai air mata aku kat situ. Rasa nak meraung pun ada.
Bukan sebab sakit tapi sebab hati ibu mana yang tak sedih tengah saat kritikal camtu dengar benda yang menakutkan. Aku jawab " Buatlah ape pun doc. Janji keluarkan anak saya dengan selamat". Time tu aku dah tak fikir ape dah even nyawa aku sendiri.
.
Doc Badrul jerit sister kat luar suruh standby nak masuk operation theater. Husband suruh aku mengucap banyak-banyak. Aku tengok ade sorang doctor ni pegang alat monitor jantung tak lepas dari tangan. Dia jerit kat Doctor Badrul. "Cepat Doc, tadi 90 skrg dah 70 " Itu bermakana jantung Aqilah dah makin slow.
Aku? Dah tak boleh nak fikir apa. Aku rasa dalam 6,7 orang doctor dengan nurse berlari tolak katil aku pegi bilik operate. Memang fast furious laju gila weh menjeri-jerit nurse suruh bagi laluan pada Yang lain sebab nak Selamatkan aku dan Aqilah.
1st time la aku rase camtu selama ni tengok kat drama TV je kan. Tapi sebenarnya wujud weh..
Dan korang bayangkan aku tingkat 4 pegi ke tingkat 5 ada nurse dah siap jaga lif pastu ada doc yg berlari sambil pegang perut aku tu nak monitor jantung baby..
Kagum betul diorang mengadap situation yg memanglah tersangat cemas..
Sebab tu sampai sekarang aku cannot brain lepas Doula Yat kata kita bawak jela pegi Hospital Kalau ada problem. Eh Kau tau x kalau hospital jauh nak tunggu ambulance lagi dengan situation mcm ni aku yg pegi naik satu tingkat bangunan pun Doctor and nurse tolak mcm kat F1 kat Sepang kot 😭
.
Last sebelum masuk pintu Husband aku sebelum dia kena tahan luar garisan kuning bilik tu. Aku menangis fikir mungkin tu kali terakhir aku pandang muka dia dan aku tak sempat nak tatap wajah Hannan.

*****
Masuk operation theater. Dah standby beberapa orang nurse dan doctor yg dah siap tukar baju.
Fast furious giler diorang ni weh.
Doc Badrul cakap. Nadia, kita nak bius u. Mengucap ya. Pastu
Aku pun mengucap. Terus tak sedar.
Sampai sekarang aku tak bole brain kes orang yang taknak bius time operate tu. Terer betul dia 😂
........
Pukul 2 pagi baru aku tersedar ada sorang doc perempuan ni senyum cakap.
"Nadia, anak awak 2nd twin dah selamat, cuma sekarang kita admit dia dalam NICU, sbb dia lambat sikit nangis masa kita keluarkan dia. Awak kena banyak berehat dulu sebab banyak hilang darah kita akan pantau di HDW sampai HB awak normal.."
.
Alhamdulillah.
Aqilah lahir pukul 10.48mlm. Khamis malam Jumaat. 1 jam 18 minit selepas Hannan lahir. Berat 2.3kg
Perasaan aku time tu cuma boleh ucap Alhamdulillah sebab doc cepat buat keputusan dan yang paling penting aku berada di tempat yg betul) (HOSPITAL)
Aku tak dapat nak buat dua-dua bersalin secara normal kadangkala kita sebagai manusia kena tahu batas kebolehan manusia lain dan ketentuan
Aku pasti semua orang dr side patient mahupun medical staff hospital dah cuba buat yang terbaik.
.
2 bag darah aku Terima Sbb aku ada tumpah darah masa bersalinkan 2nd twin ditambah pula dengan keadaan Sumayyah Aqilah yg sudah distress atau lemas.
Bayangkan Kalau aku Cuba untuk gentle birth dekat rumah Cuba korang fikir apa Yang jadik pada aku dan baby? 😭
.
Cerita aku ni mungkin adalah 1 dari beribu kes Yang mereka handle dengan tenang dan sabar.
Pada aku diorang ni memang Unsung Heroes , Wira Yang tidak didendang.
Adalah sangat tak patut kita ketepikan nasihat mereka yg bukan saja ada tauliah tapi juga pengalaman hanya sebab janji manis consultant google ni.
.
Dari spend duit pegi consultant mengarut yg takda ilmu Perubatan Lebih baik simpan duit untuk upah bidan-bidan terlatih bertauliah jaga kita selepas bersalin.Banyak je agency yg tawarkan khidmat jaga lepas bersalin contoh macam MyBidan House.
Pada aku which is lagi logik benda tu dr ko dengar nasihat Doula yg takda tauliah ni.
.
Thanks for read. Maaf jika terlalu panjang.
Sampai kan lah pada semua. Mungkin post aku ni Boleh selamatkan nyawa Ibu dan tak susah pun nak klik button share tu.
.
Special Thanks to
Doc O&G Hospital Sultan Ismail
Doc Norehan
Nurse HSI dan kakak MyBidan

XOXO Lots of loves -H3H-

Hapus tol off peak

From fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156239916772879&id=574017878



Tadi, bila aku baca fasal mantan Perdana Menteri kata penghapusan tol lewat malam hanya menguntungkan pemabuk dan golongan LGBT, aku jadi amat marah.

Aku marah bersebab, dan ini ada 5 Cerita mengapa ‘generalization’ begitu tidak sepatutnya diluahkan oleh seorang bekas pemimpin negara.

1. Dulu aku pernah kerja di HSBC Bank sebagai Eksekutif di bahagian Sterling & Foreign Currency. Kami bekerja mengikut waktu UK ( United Kingdom ). Masuk kerja 2 petang dan pulang 2 pagi.

Tol Percuma di Lembah Klang pada waktu lewat malam melegakan golongan seperti kami ini. Kami bukan kaki botol. Kami cari rezeki.

2. Sewaktu zaman pengajian di kampus. Aku berjualan di Uptown Danau Kota setiap malam. Keluar berniaga naik kancil 660 turbo yang penuh dengan barang jualan selepas Isyak dan pulang sekitar jam 2 pagi.

Tol Percuma di Lembah Klang pada waktu lewat malam melegakan golongan seperti kami ini. Kami bukan kaki botol. Kami cari rezeki.

3. Sekarang, dak-dak aku di bahagian operasi bekalan ikan segar akan mula bekerja seawal jam 9 malam dan pulang ke gudang sebelum Subuh. Edaran ikan memang berlaku tengah malam.

Tol Percuma di Lembah Klang pada waktu lewat malam melegakan golongan seperti kami ini. Kami bukan kaki botol. Kami cari rezeki.

4. Aku punya ramai kenalan dan kawan-kawan yang cari rezeki sampai awal pagi. Mereka berniaga di pasar, bekerja di pasar borong, menghantar barang, bekerja kilang dan bekerja mengikut shif malam. Mereka memang menggunakan laluan tol antara waktu 11 malam dan 5 pagi.

Tol Percuma di Lembah Klang pada waktu lewat malam melegakan golongan seperti kami ini. Kami bukan kaki botol. Kami cari rezeki.

5. Kitaran ekonomi yang berlaku setiap hari memang aktif antara jam begitu. Edaran barangan segar seperti sayur, buah, ikan, daging dan ayam memang dibuat awal pagi. Ketika orang yang bekerja 8-5 tidur lena. Ada sekelompok manusia yang tak pernah dipedulikan masyarakat akan mula aktif cari rezeki.

Tanpa aktiviti logistik dan kitaran kerja awal pagi ini, mungkin esok siang harinya pasar tak ada barang, kedai runcit tutup, kedai makan tak beroperasi dan dapur di rumah pun tak berasap. Mereka ini semua bukan pemabuk dan golongan LGBT.

Kawan-kawan, belajar jadi masyarakat yang positif dalam menerima arus perubahan. Kita bukan terima kerajaan baru untuk hapuskan PTPTN dan kleptokrasi semata-mata. Kita juga sebenarnya sedang belajar untuk menerima satu budaya baru dalam hidup.

Kita belajar untuk memahami orang lain. Dan kita sedang belajar untuk menyelami kehidupan di sebalik kehidupan. Kita sedang pupuk hati belajar erti hidup.

Apabila kita tidak berada di situ, kita tidak akan tahu. Dan apabila kita tidak tahu, kita akan terus menjadi masyarakat yang hebat di ‘keyboard’ semata-mata.

Tol Percuma di Lembah Klang pada waktu lewat malam melegakan golongan seperti kami ini. Kami bukan kaki botol atau LGBT. Kami cari rezeki. Kami membantu bangunkan ekonomi.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan

XOXO Lots of loves -H3H-

Persediaan...

Malam ni, lepas maghrib...sambil menunggu isyak...anak cucu bacakan Yassin buat tok.

Kata Chaq, doc kata tok punya condition sangat tidak memberangsangkan. Her organ is failing day to day. Sakit tua....sebab tu family tak bawak tok ke hospital as takdak apa yg pihak doctor dan hospital bole buat lagi.

Chaq kata, bersedialah. Doakan....Allah mempermudahkan perjalanan tok dan meringankan kesakitan tok.

Setiap malam, kita bacakan Yassin untuk tok. MIL dah tak balik since rabu lepas.
Kami, practically balik setiap hari.

Untuk menghadapi satu kehilangan, bukan mudah. Bersedia untuk menghadapi kehilangan itu, perit.




Untuk anak2, bagi depa...hari2 seronok sebab bole main ramai2. Bole berhimpun ramai2. Bole tidoq ramai2.





XOXO Lots of loves -H3H-

Doula : Peneman ibu atau pengganti doktor?



Analisis Al Hijrah TV
Topik - Doula : Peneman ibu atau pengganti doktor?



Note : Dari pihak team produksi memberitahu bahawa kedua dua panel tidak memperoleh sebarang soalan daripada team produksi. Tiada soalan bocor seperti yang dikata.

Panel :
Prof Dr Imelda Balchin ( Pakar Perunding Obstetrik dan Gynaecology)
Hayati Muzaffar (Freelance Doula ) sebagai wakil Doula

1.Soalan pertama pada Prof Imelda.
Isu doula hangat diperkatakan kini namun apakah sebenarnya perbezaan doula dan bidan terlatih?

Doula adalah peneman. Istilah doula sebagai peneman seperti suami, ibu kakak. Zaman sekarang doula adalah seorang yang professional yang menerima bayaran untuk meneman ibu mengandung. Hanya sebagai PENEMAN.

Bidan terlatih adalah pengamal kesihatan terlatih, berdaftar dan professional dalam mengendalikan kesejahteraan dan kesihatan ibu semasa mengandung, semasa kelahiran bayi bagi ibu mengandung dan selepas kelahiran bayi. Bidan terlatih tertakluk di bawah Akta bidan 1966 – iaitu pengamal kesihatan yang berdaftar dan terlatih juga dibenarkan menyambut kelahiran bayi,dan mengendalikan bayi baru lahir, dimana Doula TIDAK BOLEH langsung melakukan tugas bidan terlatih.

2.Bagaimana pandangan Puan Hayati pula, apa yg membuatkan puan menjadi Doula.

Kita amalkan konsep tabbayun (definisi Tabbayun : perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian) di mana di amalkan bahawa kita berikan mereka yang ahli akan menjawab perihal bidang tertentu yang dipersoalkan.

Hayati bukan mewakili Doula 1 Malaysia. Title freelance doula, adalah memberi khidmat sebagai peneman, TANPA BAYARAN. Doula berkhidmat pada komuniti tempatan secara sukarela dan mengikut jemputan permintaan ibu bapa yang menghendaki Doula.

Doula Yatt bekerja doula bukan profesi sebab TIDAK TERIMA BAYARAN dan terjebak dalam perihal Doula bermula pada konvensyen di Jakarta, seorang doctor juga pelatih Yoga yang memberi sinar Doula pada beliau.

Doula Yatt memberitahu Tarikh 22 Mac World Doula Week dimana minggu 22 Mac adalah waktu spring equinox (simbol musim bunga) dimana dikatakan mampu mengembalikan kesuburan wanita. Doula Yatt telah mengikuti World Doula Week pada tahun 2011, di mana Doula Yatt sendiri menjadi ibu yang mengandung. Seperti yang Doula Yatt katakan, daun yang gugur juga ditentukan dimana dan bila, jadi beliau terpanggil untuk berkhidmat menjadi seorang Doula. Doula Yatt lahirkan anak secara SVD

2.1 Berapa ramai ibu yang telah memanggil Doula Yatt untuk jadi peneman.

Jawapan yang diberikan : Jumlah ibu saya tak kira.
Kerja sebagai Doula bermula pada tahun 2012, dimana Doula Yatt sedang hamil anak kedua dalam tempoh lapan bulan. Kebanyakan klien adalah dijemput oleh kawan sendiri, menemankan kawan-kawan dan aktiviti ini di lakukan di hospital swasta dan dikatakan mendapat persetujuan doktor dan pakar obstetric dan gynaekologi sebagai PENEMAN.

Di rumah pernah meneman? Pernah tapi saya tak pernah kira.
Saya tak kira berapa banyak ibu bapa – jawapan SIMPLE.

3. Media sosial melabel : Doula ekstremis. Bagaimana pendapat Doula Yatt ini boleh muncul ?

Yatt : Oh kita ajarkan doa Afiyyah untuk semua, dan kita mengajar supaya ibu serta pasangan cara kelahiran bayi agar dipermudahkan kelahiran secara mudah di mana mana namun kita tau hampir 99 peratus bayi kini dilahirkan di fasiliti kesihatan kerajaan di Malaysia. 1 peratus sahaja di fasiliti swasta.

3.1 Apa pandangan Doula Yatt mengenai tanggapan doula ekstermis, wujud ke di Malaysia?

Oh, tiada doula ekstremis di Malaysia, itu hanya tanggapan di berikan oleh netizen/masyarakat/rakyat sendiri.

(Hello, orang tak label kalau kau tak bersifat ekstremis kot?)

Kita jumpa Doula tu sendiri baru kita tahu.(Ekstremis)

Jawapan : Ada tu ha tengah duduk kat ruang tetamu tengah tengok kau. Huhu.

4. Prof Imelda, bagaimana pula ibu ibu yang menyuarakan perasaan dukacita untuk melahirkan bayi di hospital – seperti kerana mereka mahu melahirkan secara alami, tiada Pitocin, di urut suami sepanjang kontraksi, tidak dapat memilih posisi pilihan ibu, tidak mesra graviti, tiada bidan atau doctor yang menjerit suruh meneran, tiada mesin CTG dipasangkan di perut yang merimaskan, tiada seluk menyeluk dan ujian Vaginal Examination ,ketuban tidak dipecahkan dan dapat delayed cord clamping?

Prof Imelda nak komen mengenai Doula ekstremis.

Perkembangan kemajuan kesihatan menunjukkan bahawa peneman memberi kesan pada ibu, dimana apabila ibu hamil, 84 peratus ibu akan mengalami psikososial stress akibat kehamilan (sumberk kajian). Ibu hamil menjadi gelisah, bimbang selain berlaku perubahan anatomi dan fisiologi terutama ibu pertama. Disinilah peranan peneman itu sangat penting dalam membantu mengurangkan stress ibu semasa kelahiran di samping doktor dan bidan terlatih dan sekaligus memberi kesan baik daripada kesihatan ibu dan bayi. Dapat mengalami proses kelahiran dan membantu mengawal kesakitan dan ketenangan ibu.

Kajian luar negara – Doula di negara maju mempunyai pertubuhan dan persatuan doula yang berdaftar dan di iktiraf. Di iktiraf dan berdaftar berdasarkan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Doula mestilah berdaftar dan mengikuti kursus sebagai Doula sebelum di beri pengesahan (validation) yang di iktiraf oleh pihak kesihatan.

Contoh : DoulaUk.org. @ australiandoula.com.

Kursus doula awal 6 hari baru dapat Lesen L (pelatih), kemudian jadi pelatih doula mesti di bawah penyeliaan Doula Senior, dan perlu melepasi 3 kali pemberian perkhidmatan yang memuaskan baru boleh melepasi kriteria sebagai Doula, dan dilakukan di bawah penyeliaan Doula senior selain mengikut garis panduan dan Standard Of Procedure (SOP). Ada termaktub yang Doula boleh buat, dan ada Doula tidak boleh buat dan perlu berdaftar.

Doula tidak boleh memberi apa juga nasihat perubatan (samada natural atau Caesar), tidak boleh membuat birth plan sendiri tanpa persetujuan kakitangan kesihatan. Doula perlu memastikan ibu bekerjasama dengan doktor dan tidak boleh menakutkan ibu - fear mongering mengenai perkhidmatan kesihatan sedia ada.

(Bukannya kursus 21 jam secara online, dah iktiraf diri sebagai Doula!)

Doula Yatt : Macam mana dapat statistik ibu stress tersebut? (Mencelah) Di USA, negara maju – Oh, bukan ibu-ibu di Malaysia ye?

(Dah start mencelah ni, kena lah balik kan?)

Penjelasan Prof Imelda adalah jitu dan tepat, beza Doula di Malaysia, label Doula esktremis yang ada di Malaysia kerana tiada pemantauan, tidak berdaftar, tiada kursus khas daripada KKM. Stop.

5.Commercial Break – Ada tetamu kurang ajar dan tidak beradab naik ke pentas,dan membisikkan sesuatu pada Doula Yatt. Hello, kau ingat ni apa? Selamber kau sesuka hati naik pentas? Takde Adab! Boleh teka la siapa kan? Jemput jadi panel bagi pelbagai alasan, tapi muka tak malu naik pentas macam masuk kolam dalam rumah. Teruk betul.

6. Kembali pada persoalan tadi. Mengapa perlunya Doula ini?

Prof Imelda menjawab :

Demi keselesaan dan birth experience yang baik untuk ibu mengandung dan melahirkan bayi.Tahun 1930, kebanyakkan ibu tak pergi ke hospital, dimana perkhidmatan kesihatan agak susah di dapati. Pada masa ini ibu ibu mendapat pengalaman Gentle Births melalui peneman peneman masa lalu.

Namun begitu, nisbah kematian ibu yang bersalin di rumah adalah 20x ganda risikonya berbanding bersalin di hospital. Perubahan perlu bagi menyelamatkan ibu bersalin, terutamanya dalam mengurangkan kejadian tumpahan darah selepas bersalin masa kini. Lebih ramai kakitangan diperlukan bagi memastikan keselesaan ibu ibu. Ibu mengadung perlu pemantauan bayiu atau Fetal Heart Rate Monitoring. Bagi keselesaan maksimum pada ibu, memerlukan nisbah seorang ibu : seorang bidan. Memerlukan 1 to 1 care, namun begitu ada kekangan dari kekurangan kakitangan kesihatan masa kini.

Tidak kira jika ibu ingin posisi bersalin bagaimana, merangkak, semasa berjalan, menungeng sekalipun, boleh jika ada pemerhatian seorang bidan terlatih khas bagi seorang ibu mengandung. Masalah kekangan berlaku apabila contohnya seorang bidan perlu menjaga 4 orang ibu mengandung, tidak dapat menjaga 3 orang ibu yang lain semasa berlakunya proses bersalin seorang ibu. Contoh mudah, boleh faham.

(Memang masalah logistik Doula Yatt, dari fear mongering yang kau dah buat termasuk juga ibu ibu yang tak memahami. Kadang kadang kakitangan sekarang tak menang tangan nak melayan setiap permintaan, lebih lagi bila satu wad 30 orang ibu mengandung hendak dijaga dengan kekuatan 4 orang bidan + 1 doktor setiap shif.
Ye memang tak cukup kakitangan. Kadang kadang muka yang sama setiap hari kan?)

7. Puan Hayati buka kelas kelahiran, selain buka kelas kelahiran, adakah ada nasihatkan ibu untuk mendapatkan bidan bertauliah untuk menyambut kelahiran bayi?

(TAK JAWAB SOALAN)

Doula Yatt nak berkongsi ilmu iaitu pada tahun 2020, WHO telah memberitahu bahawa tahun 2020 adalah tahun bidan dan jururawat. Merekalah Wira yang tidak di dendang yang boleh memberi 1 to 1 care.

Di Malaysia setahu Doula Yatt tiada bidan direct entry. 90 % ibu memilih hospital kerajaan jadi siapa teman ibu semasa bukaan OS dari 1cm ke OS fully dilated.
Masyarakat kurang membaca, kekangan fahaman?
Doula ni peneman sahaja, Childbirth Educator yang buat kelas. Kalau nak cerita pasal medical jumpa doctor lah.

(Prof tak kacau pun kau pun. Rileks je dia mendengar.)

Apa Doula Yatt akan buat kalau ibu taknak jumpa doctor masa lahir. Saya nk lahir sendiri kat rumah. Apa nasihat puan ?
Faham konteks, di Malaysia. Sy dah buat analisis sendiri. Dilatih .

Sekejap saya nak mencelah. (Prof Imelda)

Apa training doula dah buat? Adakah di iktiraf KKM?

Saya dilatih jadi doula tahun 2012, melalui kepimpinan seorang doktor yang bekerja di Jakarta sebagai pakar kecemasan yang juga sebagai trainer yoga.

Tak Jawab, adakah di iktiraf KKM?

Training ni dan training Amani birth – dipanggil aisah al hajar, bla bla bla.

Ada di iktiraf tak KKM, di daftar?
Di Malaysia tiada keperluan, tapi adakah dipantau?

Ada dipantau, di pantau oleh IBU BAPA!

Jika ada aduan, nak adu pada biro aduan mana?
Biro aduan KKM lah..

(Konfius jap)

8. Doula Yatt akan berada di mana semasa ibu melahirkan?

Dimana-dimana sahaja ibu perlukan. Doula dilatih untuk tidak memegang bayi, tidak membuat kerja bidan.
Macamana kalau berlaku bayi songsang dan tiada bidan?
Doula kongsikan ilmu, mereka hands off jika bayi songsang.
Sekarang Doula Yatt nak tunjuk posisi mesra solat, mesra graviti.

Adakah dihadiri bidan ketika itu?

Tak, ni situasi di hospital swasta.

Kalau di rumah, apa nak buat kalau ada komplikasi?

Situasi kecemasan secara rasionalnya akan suruh pergi ke hospital.

Prof Imelda nak mencelah di sini.

Doula tiada training kecemasan. Tiada training, akan terlambat. Lambat boleh menyebabkan kematian.

Posisi mesra solat Doula Yatt selamat.
Anak kembar songsang. Di sambut sendiri oleh ibu. Tau tau baby dah keluar.

Commercial Break
Gosh perlu ke tunjuk posisi tu uolls?

9. Kebanyakan ibu lahir secara alami percaya uri boleh lahir secara semulajadi, mereka tak mahu controlled cord traction dilakukan.

Kematian ibu bersalin banyak disebabkan pendarahan yang berlebihan. Kita akan memberi suntikan sintometrin yang akan mengecutkan rahim – placenta dpt dr ibu 800ml//minit. Lepas bayi lahir, placenta mula tanggal dari permukaan rahim, jika tak tanggal seluruhnya akan berlaku pendarahan yang banyak.

Kedua Clamp cord – tak semestinya serta merta/immediately.
Ketiga keluarkan uri – controlled cord traction mengurangkan pertumpahan darah sebanyak 50 percent. Informed consent di dapati dari ibu. Ibu tau dan ibu faham. Ini gentle birthing – pilihan ibu sendiri bagaimana nak melahirkan.

Patient centered care di luar negara dapat memberi kepuasan pada ibu tapi ada akibat dan komplikasi - perlu tindakan segera jika berlaku komplikasi.

Pada tahun 2015, pihak kerajaan UK telah mengeluarkan satu report (report of Morecambe bay Investigation) Link https://www.gov.uk/government/organisations/morecambe-bay-investigation

Report mengenai satu hospital yang terlampau memberi Gentle Birth supaya ibu dapat melahirkan secara alami secara all cost – dan mengabaikan keselamatan ibu dan anak. Tidak panggil doktor- lambat. Bidan bidan mendapat kritikan teruk dimana berlaku 3 kematian ibu,16 kematian bayi. Lebih 200 muka surat terpampang laporan tersebut supaya pengajaran agar tidak terlampau GB dan tidak mengambil tindakan pada ibu yang melahirkan.

Doula Yatt –

10. Apa Doula Yatt akan lakukan sekiranya dalam tempoh masa 30 minit hingga 1 jam selepas bayi lahir, uri tak keluar? Jika uri dah keluar, macammana Doula Yatt pastikan tiada sisa uri di dalam Rahim.

( Jawapan yang bukan jawapan pada persoalan ).

Kalau ikutkan polisi KKM , polisi penjagaan mesra ibu dan breastfeeding friendly iniciative KKM - dalam garis panduan ini memberitahu apabila bayi lahir, bayi akan terus mendapat sentuhan skin to skin (ke dada ibu)iaitu kontek bayi terus pada ibu. Kontek ini akan menyebabkan Oksitosin mencanak di kelenjar pituitary ibu, jadi ibu dapat terus lahirkan placenta ibu. Bla bla bla terus hantar signal pada ibu, sebelum cord dipotong scara paksa.

10.1
Jika 30 minit hingga 1 jam tak berlaku (uri tak keluar), adakah akan telefon ambulan ataupun tunggu sahaja?

Lihat keadaan ibu, ibu akan interested pada bayi.

10.1 - Jika uri tidak keluar? Apa Doula Yatt akan buat?

Maaflah Prof Imelda mencelah. Puan Finaz bertanya pada Doula Yatt macam Yatt tu reti pulak nak buat apa, dan sepatutnya Doula tak buat keputusan bila berlaku sebegini. Patutnya panggil bidan.

Memandangkan Doula Yatt selalu bersama ibu, itu yang Finaz tanya tu Prof Imelda. (Soalan menarik sebenarnya)

Lain kali kita panggil bidan sepatutnya. Yatt tak tahu cara nk handle, bidan yang patut handle.

Berlaku pertumpahan darah – telefon kecemasan (Doula Yat, 2019)

11. Prof, apa berlaku jika pertumpahan darah berlaku?

Kematian ibu boleh terjadi disebabkan oleh retain placenta (uri tertinggal). Darah tak dihentikan. Uri perlu dikeluakran sebelum berlakunya pertumpahan darah. Bila mana lagi tiada bantuan doctor, bukan kat tempat yang ada kelengkapan lagilah kena cepat ambil tindakan.

(Nak buat tindakan macam mana kalau dalam kolam kat rumah ye tak?)

12. AMTSL – Active management of Third Stage Of Labour
Kajian AMTSL membuktikan kadar kejayaan 60 hingga70 peratus pengurangan pertumpahan darah. Adakah itu satu jaminan keselamatan pada ibu dan bayi?

Komen Doula Yatt?

Saya banyak belajar daripada penulisan prof Imelda, mengenai Obstrestrik embolism. Penerangan dalam artikel memberitahu di Malaysia, daripada 100 ibu yang meninggal semasa kelahiran, 60 orang adalah daripada embotic embolism. 90 peratus ibu di bedah caesarean, dimana peratusan caesarean mencapai 30 peratus bagi kelahiran berisiko.Pembedahan Caesarean ini menyebabkan embolisme.

12.1 - Adakah sebab peratusan yang tinggi ini, Doula Yatt nak menolak bidan dan segala teknologi canggih daripada KKM?

Tidak, tahun 98 , garis panduan Baby Friendly Hospital Initiative (BFHI bukan AEFI) dan penjagaan mesra ibu sepatutnya dapat menurunkan kadar caesaraeran pada ibu mengandung. Selain Iatrogenik PPH berlaku di hospital kerajaan juga

(Tak jawab soalan pun. Hak aduh)

Oh yeke? Tak faham ke jawapan saya. Minta maaf minta maaf~

Commercial Break

Prof Imelda
13. - Jika seorang ibu memilih untuk VBAC (Vaginal Delibery after Caesarean) ,namun tak mahu ke hospital, nak bersalin secara alami, apa risiko yang boleh berlaku?

5 faktor harus menjalani pembedahan caesaran.
1- Jika placenta uri di bahagian bawah, jika bersalin normal akan berlaku pendarahan
2- Bagaimana mendapat pembedahan LSCS sebelum ini? Pembedahan di atas rahim dilakuakan jadi risiko mendapat rahim pecah boleh berlaku . Jgn cuba natural
3- Jika ada obstruction – fibroid/ketumbuhan
4- Anak melintang – tak boleh alami
5- Lebih dari 2 LSCS

Seeloknya bersalin di hospital. 1000 ibu yang pernah mendapat satu 1 LSCS , 4 orang ibu boleh alami rahim pecah.
Jika di hospital ada transfusi darah, boleh di masukkan ke dewan bedah segera bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi pula boleh di selamatkan dengan adanya pasukan perubatan Paedatrik.

14. Doula Yatt apa pendapat sesetengah doula yang menasihati ibu untuk bersalin seperti Maryam AS, melahirkan anak di rumah secara alami.

Tentang nasihat, jika kita lihat white ribbon alliance ada meletakkan 7 hak asasi ibu iaitu 1- ibu ada hak autonomi pilihan/keputusan, ibu berhak dapat pilihan tanpa paksaan dan dorongan.

Guna BRAIN :
B – brain ,guna otak untuk fikir
R – Menimbang tara jika ada risiko
A – Alternatif di beri kepada ibu.
I – Istiqarah/ Instinct
N – Pilihan lain/boleh ke pakar lain.
Jangan paksa ibu,pandu pada o&g. Tak patut patuh pada pengaruh, ibu kena buat kajian sendiri.

15. - Doula tak sepatutnya nasihatkan ibu agar mengikuti Maryam AS.

Takde kene mengena dengan Maryam AS ni (Yeke Yatt..)
Itu orang, orang tak berinteraksi dengan Doula, orang yang tak kenal Doula dia akan cakap macam macam. Itu saya tak tahu, itu peribadi – saya tak sentuh

Mufti WP pun dah sentuh mengenai perihal itu, dimana berlaku atas kehendak ALLAH swt.
Harap tiada lagi doula gunakan istilah contohi Maryam AS

16. Apa akan berlaku pada negara jika kes kematian ibu dan bayi meningkat akibat kelahiran tidak selamat?

Kena bagi awareness dan kesedaran pada ibu ibu - melahirkan anak tanpa pengawasan bidan terlatih atau doctor adalah merbahaya.

Satu kematian tidak masuk statistik di Malaysia iaitu Doula Malaysia sendiri yang melahirkan anak sendiri di rumah tanpa pengawasan bidan semasa berada di negara UK.
Tahun 2014 – nama Doula tersebut telah masuk statsitik – siasatan telah dibuat,apakah yang terjadi dan bagaimana boleh mencegah daripada berlaku semula . Pakar di UK bertanya pada Prof Imelda, adakah ini Doula Malaysia? Bagaimana saya nak jawab?

Doula di UK tidak suka nama di cemarkan, jadi mereka bertanyakan , adakah ini doula dari Malaysia?
Jawapan Prof Imelda : Doula ini tidak berdaftar dengan mana mana pertubuhan dengan KKM

Nasihat – kalau nak gunakan perkhidmatan doula, Doula mestilah berdaftar dan di iktiraf KKM, aktiviti di pantau dengan penyelian, di bolehkan membuat aduan (pada pihak yang betul bukan biro aduan ibu bapa). Doula mesti berkualiti , seiring dengan perkhidmatan diberikan. Kita tak mahu kematian ibu dan bayi berlaku akibat doula.

17. - Mengikut statistik BPKK KKM ada 2 kematian ibu bersalin (2013), 2 bayi 2016 dan 2018 akibat kelahiran tak selamat. Akta 436 memberitahu, selain doctor, hanya anggota terlatih dalam bidang perbidanan dan berdaftar dgn lembaga bidan sahaja boleh mengendalikan kelahiran. Adakah ibu ibu yang mengikuti kelas Doula Yatt cakna tentang akta ini dimana sewaktu kelahiran perlu ada bidan terlatih dan doktor?.

Doula Yatt : Mereka tahu dan mereka akan ke hospital.

17.1 - Kalau ada yang nak lahirkan bayi di rumah, Doula Yatt ada bagi nasihat?
Kita tak bagi nasihat, kita cuma berkongsi tentang proses fisiologi, bagaimana kawal emosi ,pernafasan.
Terpulang pada ibu, tak boleh bagi birth plan semua kan

17.2 - Macam Doula Yatt ada pernah melebihi batas seorang Doula?

TAK ADA

17.3 - Doula Yatt jika berlaku kematian atau tragedi dalam proses kelahiran alami, walaupun mengikut persetujuan ibu dan bapa, apakah tindakan yang akan Doula Yatt lakukan dlm keadaan kecemasan itu??

Akan terus hubungi hospital atau talian kecemasan, atau kalau boleh pergi ke fasiliti kesihatan terdekat dengan cepat.

Prof pesan pada para ibu –
Keselamatan ibu dan anak itu kami diutamakan, dan kami nak ibu dapat birth experience yang indah. Kita cuba nak memuaskan hati semua ibu, namun jika kecemasan walaupun risiko rendah , mesti di bantu secara kecemaasan juga. Perlu ada bidan terlatih utk sambut kelahiran sebab bidan terlatih telah dilatih cara kenalpasti masalah sebelum menjadi kecemasan. Kita tak boleh jangka apa yang berlaku semasa kelahiran.

18 . - Doula Yatt minta ibu belajar cara penjagaan mesra ibu minta daripada nurse o&g kerana sepatutnya dapat menurunkan sebarang risiko dan sebab itu dijadikan garis panduan para ibu. Kita akan kongsi panduan ini, dan minta staff KKM kerjasama utk jalankan garis panduan itu sepenuhnya.

19 . - Konklusi Finaz.
Doula tak boleh dipersalahkan

Kewujudan doula ekstrem yang telah mencemarkan peranan pembantu ini. Sekiranya seorang Doula itu menjalankan tugasnya sahaja sebagai penyokong emosi semasa kehamilan, ilmu kehamilan, sokongan fizikal melalui urutan dan sentuhan pada para ibu tanpa menasihatkan ibu agar bersalin di rumah, tanpa tidak mengabaikan sebarang ubatan dan rawatan sepanjang tempoh kehamilan, selagi itu jasa Doula patut dihargai.

Pegang Ayat Isra 36, janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran , penglihatan dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan.

Khidmat doula tidak boleh di lakukan tanpa pemerhatian doctor atau bidan terlatih – Mufti WP

Sekian Ringkasan
Euforia Is
Klik Like and Share.
Terima kasih 😊

From : https://www.facebook.com/1120133665/posts/10218149925355854/

XOXO Lots of loves -H3H-