Hussain Nasi Kandar, Pekan Baru

Malam ni... Sorang. Anak ada rumah Mak. Laki pulak ada shutdown... Tatau la sampai koi brapa. Lepas balik aerobic... Bole pulak lapaq nasi kandar πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„

Nasi Arab fav kalo kat sp ni....wajib la Hussain Nasi Kandar kat Pekan Baru. Menu fav teloq sotong, ayam masak bawang dgn ikan termenung goreng. Pergh .... Meleleh beb. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Ayam goreng bawang depa pedas2 ... Nak macam sambai sikit. 








Walopun slalu lalu...pi mai pi mai... Jarang makan nasi kandaq kat sini. Sebab husband bukan hantu nasi kandar. Kalo mai dengan husband... Ofkos la makan tandoori πŸ˜….

Tandoori kat sini memang terbaekkkkk...

Hussain x bukak 24jam tau. Koi 11 ka 12 mlm ntah.... dah tutup.

P/s: tringinnya nak pekena Deen Maju lagi πŸ˜•πŸ˜”

XOXO Lots of loves -H3H-

Let's dance... Shake shake shake πŸ˜‚

Hampir setahun xtvt ni tergantung.... Sampai kasut pun ilang 🀦🏻‍♀️

Thank you sisters... Yang lama dan jugak yang baru. Jom istiqamah ya 😁.... Tamau cekelat angin πŸ˜…πŸ˜‰

Pics hari ni... No filter... No beauty mode ya. Saja nak capture muka original merah bila kena dera sampai semput dengan beloved cikgu Thorny Iris... Hahhaha.... Welcome back, cikgu. Cikgu cuti 🀰dan bersalin.... Kami pun cuti sama πŸ˜….















#gengaerobiccelestica


XOXO Lots of loves -H3H-

Restoren Al-Makkawi

Dah lama nak makan nasi Arab kat sini. Tapi... Bila lalu koi 12+...x bukak pun. Bukak lewat. May be untuk org lunch koi 1.πŸ˜”πŸ˜©

Tup... Tup... Hari ni, Afzan cakap.... Dia nampak hari apa ntah, koi 12 nasi Arab dah bukak. Dah ada org pi makan. Ini sangat menarik.... Dah la craving nasi Arab 😍

So, apa lagi... Dah tatau nak makan apa... Cer kita try nasi Arab pulak. πŸ˜‹


Untuk lunch, kalo makan nasi Arab ada pakej ayaq free.... Kalo nak order dulu... Sila la wasap. Especially kalo nak makan ramai2.


My lime juice.. . πŸ˜‹

Aku wajib la pilih kambing. X la banyak mana... Tapi just nice untuk nasik. Sedap jugak nasi mandy dia. Kambing pun lembut.


Aida yang tengah kenyang... Makan meatball dan tapau nasi Arab ayam.


Afzan makan nasi Arab ayam. Not bad jugak.

If compare to nasi Arab 87 dulu (which is dah tatau bukak kat tempat lain atau tutup terus)... 87 masih yang paling sedap. Tapi... Tak bermakna Nasi Arab al-Makkawi ni tak sedap. Sedap... I'll be back... Insya-Allah. Ops... Lupa... Kopi ☕ dia dia OK untuk hantu kopi macam aku πŸ˜…

Ops.... Lupa... Kedai ni kat Kulim Avenue ya... Sederet dengan oldtown. 😘

XOXO Lots of loves -H3H-

Seketoi Rayyan...πŸ‘©‍πŸ‘¦

From the moment they placed you in my arms
You snuggled right my heart ❤️





Minggu ni, hantar si kecik ni balik rumah maktok awai sikit. Malam ni kena hantar dah.
Hari ni dia ada bowling. Sok cuti dah. Sebab abah ibu keja... Awak kena dok rumah maktok awai.

Tapi, xpa... Ibu will pick you up on Friday night. Ibu amik awai (Jumaat)... Kita ada date sabtu ni, kan....

Lebiu my ketoi 😘😘😘

XOXO Lots of loves -H3H-

Thank you, Kak Eil

Masuk opis dapat hadiah. Hoyeah....

Thank you, Kak Eila. Custom made by herself. Lebiu.



There's a point in every true friendship, where friends stop being friends and become sisters.
~ Unknown

XOXO Lots of loves -H3H-

Nasi Padang

Bila hang dah berbelas tahun keja kulim, mesti la banyak tempat makan fav... Kan?

Hari ni, depa ajak makan nasi Padang. Bukan padang bola na... Padang, Indonesia.




Kedai ni fav Kak Eil. Aku suka jugak... Sebab suka masakan daging cabai dia. Katanya nama masakan tu daging dendeng. Tapi... Tak macam daging dendeng yang dok biasa tengok sebelum ni. Price pun masih reasonable. Bole la nak pi makan hari2 😝

Lauk.... Memang banyak pilihan.
Sampai pening jugak nak pilih.... Sebab semua sedap. πŸ˜…



Ni la daging dendeng... Mai lambat memang abih

Ni pun masak sama mcm daging masak


Ayam goreng panas2

Pinggan aku hari ni. 😝 Sayur xdak 🀭



Restoren ni if dari hala Celestica... Jumpak kedai ji dulu br Giant. If dari hala Taman Selasih... Jumpak Giant dulu baru kedai nasi padang ni. Lupa nak snap pic kedai dari luaq. Sebelah kedai nasi padang ni pun sedap. Medan Suri... Len kali kita cover medan suri. πŸ˜‰

XOXO Lots of loves -H3H-

Suka la tu 😏

Hari ni ada budak tu cuti sebab darjah 6 still on upsr.

Sebelum ni dia asik dok mintak nak dok rumah mama makndak dia. So.... Hari ni surprise dia dengan hantar pi rumah mama makndak.

Happy gila dia. Rindu mama makndak dia la tu.

So... Kena pesan siap2.... Jangan merap sangat πŸ˜…



Lebiu, anak

XOXO Lots of loves -H3H-

Rombongan ke Zoo Taiping

Hari ni... His first rombongan dengan sekolah. Depa ke Zoo Taiping. 

Sehari ja pun, cikgu cakap makanan dah masuk dalam fee. Tapi, merap nak bawak roti telur. Takut lapaq dalam bas, dia kata. 

OK la... Roti teloq ja pun πŸ˜‚
Gigih la ibu yang jarang2 masak ni masak pepagi 🀭




Take care, ya sayang. Ingat pesan ibu. Jangan dok tak ketahuan sangat. Hopefully nanti ada la cikgu update pic dalam fb. Bole ibu tengok.







Masa pi amik tadi... Mak cakap... Dia tidoq dari koi 4.30 sampai koi 7 πŸ˜…

Letih sungguh aih jalan πŸ˜‰

XOXO Lots of loves -H3H-