Kehidupan

Malam ni akan bermulanya Ramadhan, bulan yang penuh berkat dan juga bulan beribadat. Sewajarnya, bulan ni bakal menjadikan manusia sebagai hamba Allah yang lebih baik dan terus menjadikan ummat yang baik.

Dalam menjalani hidup sehari-hari, pasti akan ada salah silapnya kita. Dalam sedar atau tidak, kita mungkin(pasti) ada mengguriskan hati orang lain. Dalam tawa kita, kita mungkin menyebabkan orang lain menangis. Dalam sendu kita mungkin ada yang tertawa. Apapun, aku cuma mengharapkan satu permulaan dan kehidupan yang baik tanpa niat untuk menyakitkan hati sesapa.

Jika ada yang terguris, terluka atau termakan hati dek insan yang bernama Nurhijriah binti Mohd Rejab, ampun dan maaf dipinta. Jika perlu bersemuka untuk meleraikan segala kekusutan, kita berjumpa. Itu lebih baik drp memendam perasaan dan drp berperasangka yang bukan2. Kadang2, x semua yg kita dengar adalah benar (baik mahupun buruk).

Dengan penuh rendah diri, Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan dan maafkan segala salah silap saya. Kalau terhutang (terlupa) jangan malu menuntut.

Hidup kita teramat singkat dan masa berlalu kian pantas...dengan kehidupan yang serba mencabar, kita sering alpa. Andai teralpa, sudilah kiranya mengingatkan sesama kita.

Kita bukan manusia yang sempurna tapi janganlah menjadikan ketidaksempurnaan kita sebagai alasan untuk melakukan kesilapan. Andai adanya silap, ia perlu menjadi guru yang terbaik untuk kita meneruskan hidup.

Hidup bagaikan roda yang sentiasa berputar, di atas ataupun di bawah, kita tetap hamba Allah yang menumpang di bumi yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Hanya iman dan taqwa yang bakal membezakan dan menjadi bekal buat kita.

=)

Debat Tambah Bini

Anda teringin sangat nak berpoligami? Tetapi sanggup ke isteri anda bermadu tiga? Berdebatlah dulu untuk mendapat jawapan yang menyakinkan. Jika tidak, silap haribulan anda bakal menjadi mencetus perang besar yang mana diakhirnya kekalahan pasti jatuh ke tangan anda. Ada berani?

Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi..

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga”. Isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular“; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi

Naik buaian

Balik umah mak, anak tgk Syahmi tidoq dalam buai. Muka cam kompius ja.

Bila Along angkat ja Syahmi, anak tarik tangan maktok pastu pegang kepala sendiri. Rupa2nya nk suruh maktok angkat dia masuk buai jugak....hahahaha...

Dulu kat kg, pernah tok2 menakan dia boh dalam buai...menangis takut. Kali ni dia macam syok la pulak. Jangan balik umah gaduh nk tidoq buai pulak...sudah la...

Jenuh...mana ibu nk cr buai...takat nk main2 ok...la

Cam comei ja tgk anak tidoq buai...tp abah x bagi....sbb nanti susah nk jalan2.

Buli

ibu, acu tidoq atas anak...tolong...kepala acu berat.

degil acu ni...meh anak gigit acu

ish...ish....x jalan gak...nk apa ni?

lari...lari dr acu

Hati cermin nilai peribadi, jati diri


Penulis asal: Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Salaam,
Marilah kita sama sama memahami article dibawah untuk kita jadikan panduan.

SIFAT MAHMUDAH: Amalan membaca al-Quran perlu disemat dalam jiwa anak agar menjadi generasi beriman.

Taraf manusia bukan diukur daripada paras rupa, kekayaan, nasab keturunan
MANUSIA adalah makhluk ciptaan Allah terbaik dan paling sempurna kejadiannya berbanding makhluk lain yang menghuni alam ini. Dalam hal ini, Allah mengiktiraf kesempurnaan penciptaan manusia berdasarkan firman-Nya dalam surah al-Tin, ayat 4 bermaksud:

Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Manusia diciptakan daripada beberapa elemen utama hingga mewujudkan identitinya sebagai manusia iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua elemen menghiasi seseorang manusia itu, ada satu unsur paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bukannya kulitnya, bentuk dalamannya bukannya bentuk luarannya dan hatinya bukannya jasadnya atau lisannya.
Oleh itu, Rasulullah bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka, sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani).

Hati manusia juga bertindak sebagai raja bagi keseluruhan anggota tubuh badan yang lain. Dengan kata lain, baik dan buruk, sejahtera atau sengsara, sihat atau sakit dan sebagainya amat bergantung kepada kedudukan hatinya.. Sekiranya baik hati, maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain dan begitulah sebaliknya. Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda bermaksud:

Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi serta jati diri seseorang sama ada sebagai seorang yang salih mahu pun sebagai seorang yang toleh. Malahan, hati juga dianggap agen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. Tidak berfungsinya anggota tubuh badan manusia secara keseluruhannya adalah kerana terlucutnya roh yang bertapak dalam hatinya. Hatilah tempat bertapaknya iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan dalam ketika yang lain, di sinilah juga terletaknya kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.

Yang paling menarik, dalam helaian al-Quran perkataan hati biasa disebut sebagai al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap, berubah-ubah dan berdolak-dalik. Bertepatan dengan konotasi al-qalb, maka hati begitu mudah berubah-ubah dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain. Di dalam hati ada dua unsur kekuatan yang sentiasa berlawanan antara satu sama lain iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar, hak dan batil dan sebagainya.

Apabila ditinjau dalam al-Quran, ada banyak rangkaian ayat membicarakan mengenai hal hati terutama hati yang bersih lagi suci daripada sebarang karat dosa dan maksiat. Hati yang bersih lagi suci itu ialah hati yang diterangi dengan cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun perasaan keraguan dan kesyirikan dalam hatinya. Seterusnya, hati yang bersih menyakini bahawa segala apa yang wujud di alam semesta ini dicipta Allah yang Maha Berkuasa, sekali gus bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas sekalian alam ini.
Hati yang bersih juga adalah hati yang terhindar daripada sebarang penyakit hati seperti dendam kesumat, dengki, fitnah dan lain-lain lagi sifat yang tercela. Hati yang bersih adalah dipenuhi dengan iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan ketundukan yang kudus kepada Allah. Justeru, hati ialah tempat bertapaknya nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan lain-lain lagi sifat mahmudah.

Rasulullah amat menggalakkan umatnya memiliki hati yang bersih ini hingga dianggap sebagai seorang manusia terbaik. Dalam hal ini, Baginda pernah ditanya oleh seorang sahabat:

Siapakah manusia yang terbaik. Baginda menjawab: Orang mukmin yang bersih hatinya. Kemudian baginda ditanya lagi: Siapakah orang mukmin yang hatinya bersih? Lantas Nabi pun menjawab: Iaitu orang yang bertakwa, hatinya bersih, tidak melakukan kedurhakaan dan pergkhianatan terhadap Allah, tidak berdendam dan mendengki kepada orang lain. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Perlu ditegaskan Allah akan memberikan ganjaran kepada setiap hamba-Nya yang berniat melakukan sesuatu kebajikan, tetapi Allah tidak pula mencatatkan keburukan ataupun dosa kepada seorang yang hanya berniat di hatinya untuk melakukan kejahatan dan kejahatan tidak pula dilakukannya di dalam alam realiti. Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.

Selanjutnya, Allah hanya akan menilai apa diperbuat dan dilakukannya sebagai balasan dan bekalan pada hari kemudian kelak. Sehubungan itu, orang tidak akan menilai lagi apa terpendam dalam hati seseorang, sebaliknya apa dizahirkan dan dilahirkan melalui anggota tubuh badan seseorang adalah cerminan apa yang tersemat dalam hati itulah yang akan menjadi neraca penilaian.. Oleh itu, amalan tidak beretika dan bermoral yang semakin berleluasa di dalam masyarakat kita itu adalah isyarat hati seseorang kotor, hati ketandusan nilai kerohanian yang luhur dan jauh daripada prinsip ajaran Islam yang sebenarnya.

Pernah berlaku peristiwa seperti diriwayatkan Sahl bin Sa’ad berkata: Ada seorang lelaki yang lalu melewati hadapan Rasulullah, lalu Baginda bertanya kepada sahabat yang duduk di sebelah Baginda: Apakah pendapatmu mengenai orang ini? Maka sahabat itu pun berkata: Dia adalah seorang lelaki daripada kalangan terhormat. Demi Allah! Orang ini sangat layak dinikahi jika dia datang melamar, diberi syafaat jika dia meminta syafaat. Rasulullah pun diam seketika. Kemudian, datang pula seorang lelaki melewati hadapan Baginda. Baginda kembali bertanya: Apakah pendapatmu mengenai orang ini pula? Lantas sahabat itu pun berkata: Wahai Rasulullah! Dia ini adalah daripada kalangan orang fakir miskin. Dia ini sememangnya layak ditolak jika datang melamar, tidak layak diberi syafaat jika dia meminta dan juga tidak layak diberi perhatian jika dia berbicara. Maka Rasulullah bersabda bermaksud: Orang ini (yang kedua) jauh lebih baik daripada orang yang pertama tadi.

Jelas kisah dipaparkan itu bahawa nilai dan taraf seseorang manusia bukannya diukur daripada kebesaran rupa lahiriahnya, bukannya daripada kekayaannya, bukan daripada kemuliaan nasab keturunannya, bukan dari ketrampilannya yang menarik dan bukan pula daripada kemasyhuran atau ketinggian pangkatnya. Sebaliknya, neraca piawaian yang sebenarnya di sisi Allah ialah sepohon iman yang bertapak kukuh di dasar hatinya, buah amal yang dihasilkan pepohon iman dibajai dengan keikhlasan, ketakwaan dan ketundukan yang penuh tulus ke hadrat Allah.

sumber : http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/hati-cermin-nilai-peribadi-jati-diri.html

Sedaaapnyaaaaaaaaaaaaaaa.....

Anakanda ku yang sorang ni mmg suka sgt dgn roti gardenia.... x kisah la rasa apapun...suma dia suka.
Tapi, yg paling2 dia suka adalah rasa cokolat dan juga jagung...Buktinya?

Betapa dia menikmati roti cokolatnya, 1 mulut kena sumbat (penuh) dgn roti.

Hasilnya? Mulut yg penuh roti dan bersedia nk gabus kat tudung ibu (sib baik ibu pakai tudung kaler ala2 lebey kurang coklat gak)...hehehehe



Jom punggah...

Ibu, boleh dak nk masak pakai ni?

Ibu, awat ibu x masak macam ni?


Korek...korek...ada apa dalam ni?


Mana harta karun ni?

Cari...lagi dan lagi....

Semi Robocop

I bukak sarung seatbelt ni basuh...lepas basuh...jumpak plak dek si hero kecik. Riuh suruh abah boh kat tangan...

Sudahnya, jadik lah separuh ROBOCOP...hahahahah





Mentang2 ibu dengan abah demam, si hero kecik bermaharajalela dengan mengkucar-kacirkan rumah.

Ish...ish...abih 1 umah tunggang terbalik dikerjakannya.
l

I'm back to work

I'm back to work after couple days on medical leaves. I'd fever since Jumaat evening.

I have so many works pending which make me lagi berserabut because I cant attend it by myself. Thanks to Izmin for helping me.

I know, some people feel not like their counterpart take MC as they said itu akan menyusahkan depa. But, no one want to get sick unless it is planned MC la...itu mmg x patut.

People get sick in this weather, its normal. Dont say so many thing, we dont know wht will happen to us later? Nowadays, Allay pay cash for what we said.

=(

Pray for me, pray I will get better and better... I need to clear all the backlogs...

=( ...poor me

Motivate me, inspired me...pls