Teknik Memahami Cemburu Wanita…

Kebanyakan lelaki berkata mereka tidak faham apa sebenarnya yang dimahukan oleh wanita yang cemburu. Menurut mereka, walau apa sekalipun yang mereka buat, isteri mereka yang cemburu tetap juga cemburu. Ditinjau daripada satu sudut, cemburu ialah manifestasi hilangnya rasa selamat dari dalam hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu, tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.

Menurut pakar-pakar pikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila dia berkahwin, dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber kepuasan wanita yang pertama ialah tingkah-laku suaminya kepadanya. Dalam erti kata yang lain, dia mendapat kepuasan daripada cara-cara suaminya melayan dirinya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara yang positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah-laku positif.

Setiap kali si suami membasuh pinggan selepas makan, maka si isteri berasa sangat puas. Ini bermakna, untuk memuaskan hati isteri, lelaki digalakkan membuat banyak perkara-perkara yang positif.Sumber kepuasan wanita yang kedua datang daripada makna yang diberikan olehnya ke atas tingkah-laku suaminya. Mana-mana perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mecipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita. Hasilnya, setiap kali seseorang suami melakukan perbuatan-perbuatan begitu, maka isterinya berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan lelaki memuji masakan isterinya diberi makna dan yang tinggi oleh si isteri. Setiap kali seseorang suami memuji masakan isterinya, maka isterinya berasa sangat puas. Ini bermakna lelaki perlu mengetahui pelbagai tingkah- laku suami yang diberi makna dan nilai tinggi oleh isterinya, dan mereka digalakkan banyak menunjukkan tingkah-laku jenis itu kepada isteri.

Suami-suami melakukan berbagai-bagai perkara. Setiap perkara yang dilakukannya diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa puas yang sangat tinggi. Begitu juga yang sebaliknya. Setiap kali suami melakukan perkara-perkara yang diberi nilai rendah oleh isterinya, maka si isteri akan berasa amat tidak puas. Sebagai contoh, perbuatan balik lambat diberi nilai yang amat rendah oleh wanita, maka setiap kali lelaki balik lambat, isterinya akan berasa amat tidak puas.

Tetapi lelaki ingin tahu, bagaimanakah wanita memberikan nilai tinggi ataupun nilai rendah ke atas perbuatan dan tingkah-laku suami? Beginilah cara wanita memberikan makna dan nilai ke atas tingkah-laku suami mereka. Sebahagian daripada apa yang dilakukan oleh lelaki, mereka hanya melakukan perkara itu dengan isteri sahaja. Sebahagiannya pula mereka tidak pernah melakukannya dengan isteri. Manakala ada pula perkara-perkara yang mereka lakukan baik dengan isteri mahupun dengan orang-orang lain.

Berikut ialah kriteria yang digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi ataupun rendah ke atas tiap-tiap tingkah-laku suami :

1. Eksklusif dengan isteri

Bagi wanita, tingkah-laku suaminya yang bersifat eksklusif, iaitu iahanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri seorang sahaja,diberi nilai yang amat tinggi oleh wanita. Contoh perbuataneksklusif yang dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja ialahseks. Jadi, semua tingkah-laku seksual si suami diberi nilai yangsangat tinggi oleh isteri selagi tingkah-laku seksual itu hanyadilakukan oleh si suami dengan si isteri sahaja. Tingkah-lakuseksual termasuklah semua perbuatan yang mengiringi nafsu seks,dengan persetubuhan sebagai perbuatan yang paling tinggi nilainya.Itulah sebabnya setiap kali suaminya melakukan perbuatan-perbuatanseksual ke atas si isteri, maka si isteri mengecapi kepuasan yangsangat tinggi.

Kajian pakar-pakar mendapati lain-lain perbuatan lelaki yangdianggap eksklusif oleh wanita ialah:

a. Bercakap-cakap dan berbual-bual mesra lama-lamaRamai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini denganwanita-wanita yang menjadi rakan-rakan rapat mereka dan lelakimenganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi, bagi wanita perbuatan ini hanya bolehdilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh denganmana-mana wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu yangkuat apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang bercakap-cakapdan berbual-bual mesra dengan wanita lain, tanpa mengira siapawanita itu kepada suaminya.

b. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawaBagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelakidengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain.Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yangamat kuat di hati wanita.

c. Mencurahkan masalah peribadiBagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalahperibadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Oleh yang demikianperbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat.Apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangateksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah-laku itu jatuhmenjunam-junam di mata si isteri. Kepada si isteri, kini tingkah-laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama sepertidulu. Itulah sebabnya, sebarang tingkah-laku seksual suaminya yangmenyebabkan perbuatan itu kini tidak lagi ekslusif dengan dirinyaseorang, ia menimbulkan reaksi cemburu yang sangat kuat daripadaisteri.

2. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki juga melakukan pelbagai perkara dengan orang-orang laintetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidakbermain bola dengan isterinya. Tingkah-laku suami yang tidak pernahdibuat dengan isterinya diberikan nilai yang rendah oleh si isteri.Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki-lelaki laintidak menimbulkan cemburu isterinya.

3. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan-perbuatan baik dengan isterinya, mahupun dengan orang-orang lain. Sebagai contoh ialahperbuatan makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik denganisterinya dan juga dengan orang-orang lain. Perbuatan jenis inidiberi nilai yang sederhana tingginya. Setiap kali si suami makanbersama isterinya, si isteri berasa sederhana puas. Jadi perbuatansuaminya duduk makan semeja dengan rakan-rakan wanita sekerjanyamenimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah-laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga olehsuaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah-laku itu turun,ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah-laku suaminya itutidak lagi memberi kepuasan kepadanya. Sebagai contoh, jikalausuaminya menciumnya, dia berasa sangat puas kerana perbuatan ituadalah eksklusif. Apabila suaminya juga mencium wanita lain, diaakan berasa sangat cemburu. Akibatnya, apabila suaminya mencium dia,ciuman suaminya itu tidak lagi memuaskannya.

Itulah sebabnya, setelah seseorang lelaki berkahwin lain, seks yangserupa tidak lagi memberi kepuasan yang serupa kepada isteri tuanya.Malah ia mungkin tidak memberikan apa-apa kepuasan lagi kepadanya,kerana kini seks bukan lagi tingkah-laku suaminya yang eksklusifdengan dirinya seorang. Kini suaminya juga melakukan tingkah-lakuseksual itu dengan wanita lain. Inilah faktor yang membuat nafsuseks isteri tua menurun ataupun hilang sama sekali apabila diamengetahui bahawa suaminya melakukan hubungan seks dengan mana-manawanita lain. Jadi, walaupun seseorang lelaki masih memberikan seksyang serupa kepada isterinya, si isteri tidak lagi mengecapi nikmatyang sama, kerana kini nilai tingkah-laku seksual suaminya sudahturun amat rendah, ataupun hapus sama sekali.

Tetapi apakah faktor yang sebenarnya menurunkan ataupun menghapuskannilai tingkah-laku si suami?

1. Perubahan tafsiran

Nilai itu turun kerana setelah suaminya melakukan seks dengan wanitalain, kini si isteri memberikan tafsiran yang berbeza kepada semuatingkah-laku suaminya. Perubahan tafsiran itulah yang menurunkannilai tersebut.Kalau dulu si suami membelikan kain batik untuk si isteri danpemberian itu ditafsirkan oleh si isteri sebagai “Tanda kasihsuaminya kepada dirinya”, tetapi setelah suaminya kahwin lain, kinisi isteri mengatakan “Dia belikan kain batik sebab dia hendakmenutup rasa bersalahnya.” Tafsiran seperti itulah yang menyebabkansi isteri tidak lagi mendapat kepuasan yang sama daripada kain batikitu.

2. Perubahan penilaian

Kepuasan wanita juga hilang disebabkan cara-cara bagaimana dia kinimenilai hubungannya dengan suaminya. Nilai itu berubah apabila diatahu bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dulu siisteri berasa puas dengan apa yang dinikmati dalam perkahwinannya.Dulu dia puas kerana sebelum suaminya curang kepadanya, dia menilaimutu hubungannya tanpa membandingkan dengan hubungan lain. Kini, diapercaya hubungan suaminya dengan dirinya tidak sebaik hubungansuaminya dengan wanita lain itu. Akibat perbandingan itu, si isteripercaya dia tidak menikmati hubungan yang sebaik apa yang dinikmatioleh suaminya dengan wanita tersebut. Dia percaya kini suaminyamenikmati lebih banyak kepuasan dengan wanita itu, manakala diasendiri berasa dia tidak sepuas suaminya. Dia juga percaya suaminyatidak berapa puas dengan dirinya dan suaminya lebih puas denganwanita itu.

3. Ramalan negatif

Dengan persepsi seperti itu, si isteri yakin suaminya akan melaburlebih banyak ke dalam hubungannya dengan wanita lain itu. Malah diapercaya ada kemungkinan suaminya akan meninggalkan dirinya samasekali. Itulah sebabnya kini dia tidak lagi menikmati rasa puasdengan hubungannya dengan suaminya, walaupun suaminya masihmemberikan layanan yang sama seperti dulu.

4. Perubahan persepsi

Rasa tidak puas juga datang daripada persepsinya bahawa kini kasihsayang suaminya sudah berkurangan, walaupun suaminya beria-iamengatakan itu tidak benar. Rasa tidak puas hati itu datang daripadaperasaan bahawa dirinya kini sudah tersisih dan terkeluar daripadasebahagian aktiviti suaminya. Dalam lain perkataan, dia kini tahubahawa ada kalanya suaminya melakukan aktiviti-aktiviti di mana diatidak diberi tempat sama sekali, seperti apabila suaminya beradabersama-sama dengan wanita lain itu.Dia juga juga membayangkan bahawa di dalam aktiviti-aktivititertentu, suaminya mendapat lebih banyak keseronokan apabilaaktiviti itu dilakukan bersama wanita itu. Seterusnya, dia jugatidak puas hati lagi dengan apa-apa yang diterima daripada suaminyakerana kini perkara-perkara itu tidak lagi eksklusif baginyaseorang.

harap artikel ni dpt membantu kowang dgn memahami pasangan masing-masing dengan baik..(terima kasih kpd penulis asal)

http://idhamlim.blogspot.com/2009/03/teknik-memahami-cemburu-wanita.html

Do You Know This City?











THIS IS GAZA

Wahai Wanita Jadilah Isteri Bukan Kuli Sampai Mati

(Artikel di ambil dari www.ceria.com. my)



"Inilah orang perempuan kerana terlalu takut, sayang membabi buta, akhirnya diri sendiri yang binasa. Namun tidak terlalu lewat untuk beliau bertindak sekarang, anak-anak pun dah besar, biarlah wanita lain pula mengambil alih tanggungjawab, mana tahu mungkin wanita tersebut boleh mengajar suami puan Norzie menjadi baik, dan berjaya menundukkannya, biasalah, suami terlalu kedekut dengan isteri pertama, dengan isteri kedua, barulah dia tahu langit itu rupanya tinggi. Dan biarkan dia menyesal hingga ke akhir hayat." Kata Farra lagi.



Kita lupakan sementara cerita Norzie dengan suami kedekutnya, dan Zaki teringin berpoligami, kita baca kisah puan Amalena tentang penderitaan ibu kerana sikap ayahnya langsung tidak bertanggung jawab kepada keluarga demikian ceritanya dalam emelnya kepada penulis.

Sekali tertinggal terasa amat rugi besar. Ruangan di celah-celah kehidupan banyak mengajar saya tentang erti kehidupan sebenarnya serta membekalkan topik-topik hangat untuk kami berbincang dengan kawan-kawan dan suami saya bagi memastikan rumah tangga yang kami layari selama 5 tahun ini sentiasa ceria, bahagia dan berkualiti.



"Tetapi cerita dua minggu lalu menarik hati saya dan rasa terpanggil untuk menyumbang sedikit cerita bagi renongan pembaca. Iaitu tentang betapa besar dan beratnya peranan lelaki sebagai suami menjadi ketua keluarga. Kalau nama aja suami tapi tidak berfungsi apa guna berkahwin, mungkin bahtera yang dilayari karam dilanda badai ganas. Wanita pula amat gembira bila naik pelamin jadi raja sehari, tetapi hakikatnya tanpa disedari dirinya jadi kuli sampai mati.



"Kami suami isteri sentiasa berusaha supaya bahtera kami selamat, kerana saya tidak mahu terjadi seperti bahatera ibu bapa saya, bukan menghina, tetapi saya rasa bertuah kerana kapten kedua bahtera kami iaitu ibu, seorang petugas setia, kerana peranannya kami adik beradik selamat, tidak tenggelam dilambung ombak menjadi mangsa dadah, penjahat, penyamun, kutu rayau ataupun penghuni sekolah jahat mahupun pusat pemulihan akhlak. Jadi manusia.



"Ibu gigih membesarkan dan memastikan kami hidup seperti orang lain. Ayah mengahwini ibu takkala mereka sama-sama berusia 21 tahun. Semenjak itu dugaan hidup ibu menjadi sangat tragis. Ayah sering tinggalkan ibu berbulan-bulan lamanya terutama apabila ibu hendak bersalin. Itulah sikapnya setiap kali ibu melahirkan, ayah menghilang. Alasannya mencari kerja.



"Minat ayah yang mendalam dalam dunia seni menyebabkan dia sering keluar daerah. Kami tak pasti apa tugas ayah sebenarnya. Sepanjang pemergiannya, sesen pun dia tidak tinggalkan duit kepada ibu. Ibu mengajar kami mengikat perut bila beras dalam tin sudah habis.



"Kami biasa makan nasi digaulkan gula campur air suam, bubur nasi campur gula atau bubur nasi dengan garam, dah jadi menu biasa kami berlima beradik. Ibu berusaha sedaya upaya melakukan bermacam-macam kerja. Ambil upah menjahit, memajak sawah, berniaga kecil-kecilan, ambil upah menoreh getah asalkan dapat sedikit duit.



"Kerana terlalu susah dua orang kakak saya tak pernah bersekolah. Kerana terlalu miskin orang kampung memujuk ibu membenarkan dua orang kakak bekerja sebagai orang gaji di rumah orang walaupun waktu itu mereka baru berusia 10 dan 9 tahun. Ibu terpaksa merelakan kerana hidupnya terlalu susah dan supaya kami yang tinggal boleh makan nasi bukannya bubur.



"Saya amat bertuah mempunyai kakak-kakak yang sanggup berkorban demi ibu dan kami adik-adiknya. Kak Long pernah menceritakan kepada saya betapa ibu menangis tersedu sedan, apabila tangan kecilnya menghulurkan wang gaji pertamanya kepada ibu. Mungkin hati ibu amat tersentuh kerana usia sementah itu sepatutnya riang ria bersekolah sebaliknya terpaksa membanting tulang mencari duit untuk ibu bukan banyak tak sampai pun RM40 sebulan.



"Ibu pasrah akan ketentuan illahi memberikannya suami yang sangat tidak bertanggung jawab. Sudahlah tidak bekerja tetap bila ada duit sikit dapat kerja sementara mulalah berjudi dan minum arah. Sikap itulah membuatkan ibu cepat melenting. Kerap juga kami melihat mereka perang besar terutama apabila ayah mabuk-mabuk atau sehari suntuk di meja judi.



"Walaupun mereka berperang, tapi ayah tak berani memukul ibu. Mungkin ayah sedar dia tidak menjalankan kewajipan sebagai suami. Ayah bosan duduk di rumah dia ada tempat pelarian untuk bertemu kawan-kawan seninya di bandar. Ibulah yang terpaksa menanggung anak-anak dengan apa cara sekalipun, asalkan kami tidak kebulur.



"Ayah selalu merungut pada kawannya katanya anak-anak menyusahkannya. Katanya bilalah kami nak besar boleh cari kerja boleh keluar rumah dan tidak susahkan dia lagi. Bila kedua kakak bekerja di rumah orang di bandar, tinggalkan abang, menjadi sasaran kebencian ayah. Sejak kecil lagi saya tahu ayah bencikan abang, bila balik ke rumah abang akan jadi sasarannya melepaskan marah. Ayah tak pernah menunjukkan kasihnya kepada abang.



"Ayah bencikan abang anak lelaki tunggalnya. Abang sering kena maki hamun pantang buat silap. Ringan aje mulut ayah halau abang keluar rumah. Jadi untuk elakkan ketegangan, setiap kali ayah balik abang menyendiri bawa diri, asalkan tak bersemuka dengan ayah.



"Abang rajin membantu ibu menoreh, ke sawah atau apa aja kerja yang boleh mendatangkan duit, sampaikan ambil upah jual buah-buah, panjat pokok kelapa, pendaknya apa saja kerja asalkan berduit abang akan buat, biasalah dengan orang kampung berapa sen sangat upahnya, kadang tu tak ada upah duit, buah kelapa, pisang sebagai ganti, abang ambil juga.



"Pendek kata abanglah harapan ibu membantunya mencari duit untuk beli beras, bukannya ayah. Tapi ayah tetap bencikan abang sebabnya saya tak tahu. Masa berlalu dan ayah tidak pernah berubah. Abang cuma mampu bersekolah hingga tingkatan lima dengan pangkat 3. Ringan pulak mulut ayah panggil abang bodoh. Tapi abang tak melawan, kerana ibu sering berpesan jangan mendurhaka kepada ayah. Kalau dia marah pekakkan telinga.

`

`Demikian juga halnya ketika sampai giliran saya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dahulu, ayah membantah keras, katanya budak perempuan buat apa sekolah akhirnya duduk dapur juga. Syukur kepada Allah, kakak desak hantar saya ke sekolah menengah, waktu itu kakak dah berkahwin, umurnya baru 16 tahun. Mulanya saya takut juga, tapi kerana desakan kuat kakak dan abang saya beranikan diri melangkah ke sekolah menengah. Saya naik basikal ke sekolah untuk jimatkan belanja. Maklum sekolah menengah jauh dari rumah kami.



``Gembiranya tak terperi dapat sambung sekolah. Tapi bermulalah episod persekolahan yang penuh kekurangan. Belanja jarang dapat, yuran sekolah asyik tertunggak. Baju sukan tak pernah ada. Kasutku jarang berganti hinggakan budak lelaki kerap mengejek saya budak berkasut buruk. Pendek kata saya bukan sahaja menghadapi dugaan dengan ayah, malah kawan-kawan di sekolah pun sentiasa berusaha memudarkan semangat saya bersekolah, tapi emak bersemangat waja, katanya dia tak berharta, cuma pelajaran sahaja boleh mengubah nasib dan kehidupan kami, berusahalah kalau mahu hidup senang. Dalam makna nasihat ibu, cuma saya waktu itu tak faham, sekarang baru saya tahu hikmahnya.



``Walaupun miskin, tapi saya berusaha jadi budak pandai, paling tidak ada juga tempat budak-budak nak segan kat saya orang miskin ni. Nampaknya harapan ibu tak sia-sia, saya kerap dapat nombor terbaik dalam kelas, selepas SPM saya ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah ke UK. Ibu agak berat hati untuk melepaskan, almaklum anak dara pergi jauh sendirian.



``Ayah yang selama ini membenci saya bersekolah sudah terbalik, dia terkejut saya ditawarkan ke UK. Dia tak memuji saya berdepan, tetapi saban dia melepak di kedai kopi bercerita perihal kejayaan saya. Ada juga suara-suara sumbang memperlekehkan keluarga kami, sudahlah miskin merempat ada hati nak hantar anak ke luar negeri.



``Malang tidak berbau dalam saya sibuk menmbuat persiapan untuk berlepas ke luar negara, ibu terlibat dalam kemalangan, dilanggar motor semasa dalam perjalanan menoreh getah. Seminggu ibu koma kerana pendarahan dalam otak sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Hancur luluh hati ini. Niat untuk membela ibu selepas mengecapi kejayaan tak kesampaian.



``Kami adik-beradik terlalu bersedih sehingga tidak sedar terkeluar perkataan mengapa tidak ayah saja yang mati bukan ibu. Adik bongsu terkandas pelajarannya di tingkatan 3, siapa nak bantu kerana ayah menghilangkan diri tidak lama kemudian.



``Tinggalkan kami adik-beradik bagai kehilangan arah. Alhamdulillah, kak long bertindak sebagai ibu menjaga adik. Sewaktu di luar negara, saya diberitahu ayah dah kahwin lagi. Tak apalah bisik hati, sekurang-kurangnya ada orang boleh menjaganya kerana dia dah tua.



``Dipendekkan cerita kami kini semua telah berumah tangga dan beranak pinak. Pernah juga kami menziarahi ayah di rumah isteri mudanya. Semuanya kelihatan baik, tapi baru-baru ini ayah buat tabiat lamanya, dia tinggalkan isterinya dan balik duduk kampung seorang diri.



``Banyak cerita ayah mengumpat isterinya, sebab itu dia pindah duduk kampung. Tapi kami tak ambil pusing. Rupanya dalam diam dia mengharapkan bantuan kami, sebab itu dia pindah balik kampung dia dah boleh cakap besar anak-anak dah bekerja dan nampak senang sikit.



``Sebenarnya amat payah untuk kami melahirkan perasaan kasih terhadap ayah, sebab sejak kecil kami sudah renggang, ayah macam orang datang bertandang sahaja. Begitu juga kakak-kakak dan abang. Mereka merasa cukup terseksa kerana ayah. Abang bertambah lagi, sebab dialah anak yang paling ayah benci, dia dianggap musuh jadi macam mana dia nak sayangkan ayah?



``Saya tidak pernah salahkan mereka kerana berperasan sedemikian, sebab kami merasakan kesusahan dan keperitannya. Cuma adik bongsu kami sahaja yang yang kerap balik menziarah ayah serta menguruskan keperluan dan makan minumnya.



``Tapi akhir-akhir ini adik pun dah mula merungut. Dia tak berdaya menjaga ayah seorang, tambah-tambah bila ayah memintanya membelikan sebuah tv besar kerana mata ayah dah mula kabur disebabkan penyakit kencing manisnya hinggakan ayah sudah tak nampak lagi untuk menonton cerita di tv kalau tvnya kecil sangat.



``Kami adik-beradik merasa lebih pelik kerana ayah pentingkan tv, bukankah golongan orang seperti ayah sepatutnya lebih kerap beribadah dan pergi masjid. Masalah yang saya rasa sekarang ialah ayah sentiasa mengharapkan anak-anaknya datang menjenguknya di kampung, tetapi sedihnya anak-anak ayah berat hati nak pulang ke kampung kerana masih terkenangkan perbuatan lampau ayah terhadap ibu dan langsung tidak kasihkan anak-anak di samping itu kami pun sering kesibukkan dengan tugas dan mengurus keluarga sendiri. Kami tak mahu ketepikan anak-anak, kerana kami tak mahu anak-anak membenci kami apabila kami tua nanti, seperti perasaan kami terhadap ayah yang terasa amat sukar untuk dikikis.



"Kini ayah memburuk-burukkan kami terutama abang dan kak long. Panas juga telinga bila ayah kutuk abang tidak bertanggungjawab menjaga ayahnya sendiri. Tapi ayah sedarkah itulah sikapnya dahulu melupakan anak-anak.



" Demikian cerita Amalena tentang pengalaman pahitnya semasa kecil semoga kita mendapat iktibarnya.Kesimpulan cerita Amalena dia mengingatkan kaum lelaki, agar lebih bertanggungjawab kepada keluarga iaitu anak-anak dan isteri, jangan marah kalau anak-anak tak kenal ayah bila dah tua nanti, hidup inikan umpama roda sentiasa berputar. Dan ingat setiap perbuatan baik ataupun jahat itu ada balasannya dari Allah, cuma lambat atau cepat sahaja datang pembalasanNya


- MAIMUNAH -



http://idhamlim.blogspot.com/2009/03/wahai-wanita-jadilah-isteri-bukan-kuli.html

The moments...

Anak dengan baju CIA+seluaq askar tengah try naik basikal roda 3 kat kg. Pak Long Apit dia punya kerja la ni. Sudahnya anak tak mau turun beskat. Siap nk kornar baring lagi dah.
Syoknya dia tengok ujan sambil nek su dukung.
(Nek Su a.k.a mak Faizal Latiff).

Hari ni kami balik kampung, rumah nenek. Ada kenduri kahwin kat kg. Ramai jugak yang berkumpul. Anak apa lagi, bila ramai yang ada...punya la dia syok lagi2 tok cik dia ada.
Petangnya ujan lebat, lebat sgt2...rumah tok pulak masih atap zink, bunyi kuat la ujan tu. Anak sampai takut sebab kuat sangat...cepat2 dia naik dok atas riba mak tok. Semua orang gelak tengok dia...hahahaha...
Lepas tu terus balik umah mak, lepak sampai midnight...
Aku dgn baie (abang ipaq aku), bincang pasai bisnes barang2 dari China. Dan Insya-Allah jugak busana muslimah...Tunggguuuuuuuu....
I'll publish another blog soon...only for business....
For friends...wait for the business...

Ciri-Ciri Pasangan Sejati

Tips Dalam Berpasangan. ......... .

1. Beriman


Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.


2. Jangan ˜minder" dan selalu mengenang masa lalu


Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan di masa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahawa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahawa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.


3. Romantis


Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hubungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.


4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda


Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.


5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi


Ini adalah kebalikan dari tip di atas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan ..??


6. Jangan merendahkan pasangan anda


Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?


7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi


Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?


8. Usahakan untuk selalu berada disisinya


Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka .


9. Komunikasi


Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyedari bahawa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.


10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda


Cukup jelas ¦Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.11. Jujurlah selaluBiasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yang tersimpan, tetapi fakta bahawa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda mahupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.


http://lutfimj2006. blogspot. com

Poligami, suami atau isteri siapa dulu tempah ke neraka?

Oleh:Ahmad Baei Jaafar
email : Ummu Waheedah

Membaca rencana keluaran lalu, ramai yang bertanya mengapa pula poligami boleh mengundang kepada neraka, bukankah poligami sunnah Rasulullah. Benar, sesiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah akan beroleh pahala, syurga. Tetapi siapa yang boleh memberi jaminan bahawa mereka yang mengamalkan poligami pada hari ini benar-benar mengikut sunnah?

Sebenarnya sama ada kahwin poligami atau tidak, hukumnya adalah harus. Dan setiap yang harus kadang-kadang boleh menjadi wajib, boleh jadi sunat, boleh jadi makruh dan boleh jadi juga haram.

Bagaimanapun apabila seseorang itu telah secara rasmi berkahwin secara poligami, suami dan isteri-isteri terdedah kepada dosa yang boleh menghampirkan mereka kepada neraka. Semua ini adalah berpunca daripada kurang pengetahuan agama khususnya dalam soal hukum poligami sama ada suami atau isteri.

Di sini disenaraikan kesalahan yang sering terjadi kepada pengamal poligami:

1. Berbohong

Ada orang kata, bohong dalam poligami tidak sampai masuk neraka kerana bohong diharuskan untuk menyelamatkan keadaan yang gawat. Dalam kes ini siapa yang gawat? Siapa yang hendak diselamatkan hingga terpaksa mengguna senjata berbohong?Jelas dalam kes ini suami berbohong untuk melepaskan dirinya sendiri. Maka dalam keadaan ini tidak ada keharusan dalam berbohong.

Apatah lagi kalau pembohongan itu dilakukan berpanjangan tanpa henti, tentu berdosalah si suami itu.Apabila seluruh hidupnya penuh dengan pembohongan, bahagiakah kehidupannya? Setiap detik gerak-gerinya dirasakan sedang diintai oleh isterinya. Maka sebelum dia dimasukkan ke dalam neraka di akhirat, hakikatnya dia telah memasukkan dirinya dalam neraka dunia.

2. Tidak Adil

Dalam keadaan di atas, suami tersebut tidak mungkin akan berlaku adil terhadap isterinya. Ada isteri yang teraniaya di sudut nafkahnya, ada juga isteri yang dicuaikan gilirannya dan ada isteri yang dibiarkan langsung atas alasan nusyuz dan sebagainya.

Bayangkan apa akan jadi kepada suami yang tidak adil kepada isteri-isterinya. Dia bukan sahaja berdosa dengan isterinya kerana tidak berlaku adil, dia juga berdosa terhadap Allah kerana melanggar perintah-Nya supaya berlaku adil. Sekali lagi suami dalam keadaan semakin hampir ke neraka.

Dalam sebuah hadis Rasulullah ada bersabda yang maksudnya, mana-mana suami yang tidak adil terhadap isteri-isterinya, di akhirat nanti dia akan berdiri dalam keadaan senget sebelah.

Berhubung dengan adil, yang paling penting ialah giliran malamnya. Dalam bab itu ramai suami atau isteri yang tidak tahu, lalu mereka terus melakukan dosa.

3. Salah Giliran

Sebenarnya giliran seseorang yang berpoligami adalah berdasarkan 24jam sehari. Maknanya kalau dia menentukan gilirannya bermula pada waktu asar, maka berakhir tempohnya pada waktu asar esoknya. Berdasarkan itu jika dia bermalam dengan isterinya pada malam itu, maka esok siangnya adalah termasuk gilirannya juga. Begitu juga sebaliknya kalau suami bekerja malam, maka siangnya adalah mula gilirannya.Dalam hal ini kalau suaminya keluar kerja sama ada siang atau malam, maka waktu keluar itu juga dikira masih giliran isterinya itu. Jadi, selagi dalam tempoh giliran isteri itu, suami tidak boleh mengambil kesempatan untuk tidur dengan isteri yang lain.

Dia boleh pergi zirah isteri itu tetapi dia tidak boleh tidur bersama isteri itu. Dia boleh menghantar barang atau melihat anak dan isteri tetapi tidak boleh tidur dengannya. Jika berlaku persetubuhan sedangkan bukan gilirannya, maka perhubungan itu adalah haram. Jika lahir anak hasil persetubuhan itu adalah dikira haram, walaupun tidak sampai kepada hukum berzina.

Perkara inilah yang sering terjadi kepada pasangan poligami yang bermasalah semuanya hendak dirahsiakan. Boleh jadi pada malam Jumaat dia bersama isteri pertama, tetapi pada pagi Jumaat keesokannya dia singgah di rumah isteri keduanya dan pada kesempatan itu juga dia sempat bersama isteri tersebut. Sedangkan siang hari Jumaat itu adalah masih giliran isteri pertamanya.

Dalam kes ini, isteri pertama tahu suaminya ke tempat kerja, tetapi sebaliknya dia melencong ke rumah madunya. Jadi, selain dia menipu isterinya dia telah mencuri giliran isteri pertama untuk bersama isteri yang bukan gilirannya. Bayang berapa banyak dosa yang dilakukan oleh suami ketika itu. Semua ini kalau dia tidak bertaubat, sebaliknya mengekalkan amalan itu, pasti tempatnya adalah neraka.

Selain suami, isteri juga boleh terlibat dengan dosa dalam beberapa kes. Antara dosa isteri ialah:

1. Isteri menghalang suaminya bagi memenuhi giliran pada isteri yang lain.
2. Isteri menggauli suaminya padahal dia tahu hari tersebut bukan gilirannya.
3. Isteri menyekat madunya daripada mendapat manfaat, nafkah dan sebagainya.
4. Isteri bersangka buruk terhadap suaminya lalu mengintip gerak-gerinya.
5. Isteri bersangka buruk terhadap madunya lalu mengintip gerak-gerinya.
6. Tindakan isteri itu menyebabkan madunya hilang hak kenikmatan hidup berkeluarga.

Jika isteri tersebut tidak bertaubat malah meneruskan kesalahan di atas, mereka memang dijamin neraka. Namun oleh sebab para isteri tidak tahu kedudukan hukum ini maka mereka terus mengekalkan dosa-dosa itu.

Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 3/15/2009 06:55:00 AM

sumber : http://idhamlim.blogspot.com/

Stroke!!!

A good infor for all of us from my friend.



Blood Clots/Stroke - They Now Have a Fourth Indicator, the Tongue

I will continue to forward this every time it comes around!

STROKE:Remember the 1st Three Letters....S.T.R.

My nurse friend sent this and encouraged me to post it and spread the word. I agree.
If everyone can remember something this simple, we could save some folks.
Seriously..

Please read:

STROKE IDENTIFICATION:

During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) .she said she had just tripped over a brick because of her new shoes.

They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening

Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00 pm Ingrid pa ssed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die. they end up in a helpless, hopeless condition instead.

It only takes a minute to read this...

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR . Read and Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

S *Ask the individual to SMILE.
T *Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently)
(i.e. It is sunny out today)

R *Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency numberimmediatelyand describe the symptoms to the dispatcher.

New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tong ue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other,that is also an indication of a stroke..

Know Your Customers

A good story to share from boss...

A disappointed salesman of Coca Cola returns from his Middle East assignment.
A friend asked, "Why weren't you successful with the Arabs?"
The salesman explained

"When I got posted in the Middle East , I was very confident that I would make a good sales pitch as Cola is virtually unknown there. But, I had a problem I didn't know to speak Arabic. So, I planned to convey the message through three posters....

First poster: A man lying in the hot desert sand...totally exhausted and fainting.

Second poster: The man is drinking our Cola.

Third poster: Our man is now totally refreshed.
And Then these posters were pasted all over the place

"Then that should have worked!" said the friend.

"The hell it should had!? said the salesman. didn't realize that Arabs read from right to left"

Important to Know Your Customers

Thumbs up...

The whole day today, aku dalam planning session. Aku ada presentation pukul 3 ptg but I join from the morning...good for me to stay. A gain a lot of information that I never know before and to gain my confident to do my presentation.

Its not easy for me after almost 3 years I dont make any big movement in my career. To make come back, I've choose skills and training to give a big impact as its a big area. I'm not greedy just to find my satisfaction back. I lost the satisfaction after became an executor.

As per Kak Lina, I lost my touch in previous meeting with mgmt which chair by me and also in braisntorming meeting before presentation.

I get my first satisfaction, after presentation I get thimbs up from Rahman and Kak Lina...not to forget Zamri..."Hijriah, do a very good job."

Hopefully my path is not hard as I ever imagine when I take up this responsibility.

Pray for me...
I want to have my touch and creativity again...
I want to wake up and make my move again...
I dont wanna lost the precious moment again...

I met Dennis Lim (hubby for Angeli Lim, one of PDA in CTO...friends of mine while in NA), he's much younger than expected and muxh taller than I've imagined....hahahaha

I'll meet him with customer Thales tomorrow. They have visit CMY and this is my chance to close some open delayed issues.

Sujud...

Pertama kali aku dengar lagu nih...terasa menusuk di jiwa...terkena batang idung sendiri. Aku bukan piminat fanatik Mawi ataupun KRU. Tapi liriknya mendalam maknanya... renung-renungkan dan selamat beramal...

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
Pernah kulihat mereka

Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud...