Eksperimen Kelas tusyen

Siang td, anak ada latihan eksperimen buat doh roti kat Tusyen. So... Balik rumah dia sambung menjadikan doh ni sebagai roti.... Layankan je.... Hahhaha


Sambil2 tu, anak prepare his next week eksperimen. Berkaitan dgn fungus atas roti.

Perlukan 3 keping roti.







XOXO Lots of loves -H3H-

Lebiu 3000 mak

Lost my words. Merap mak semalam...lapaq laksa....pagi ni mak hantar laksa.

Cried. Lebiu mak.



XOXO Lots of loves -H3H-

FRIYAY

Friday is day to be happier....hahaha

 












XOXO Lots of loves -H3H-

Dinner - its about be together

Malam ni, kami dinner kat Pit-Stop Food Court.

Actually, aku tak dak plan nak makan mana. Aku tak kisah pun kalo husband tapau dan makan kat rumah.

But, lately...aku perasan husband lebih suka kami kluar makan. Macam dia suka kami spend masa sama2...sembang2 kosong dan bergurau.

Aku memang lebih banyak memerap dalam bilik dari dok di ruang tamu watching tv bila kat rumah. May be sebab dah letih kat opis...aku nak rehat ja dalam bilik sambal buat2 keja lain termasuk kemas bilik dan lipat kain.

Thank you, love.





XOXO Lots of loves -H3H-

Don't stop

Masih tak sihat, tapi nak pi jugak aerobic....dengan harapan berpeluh akan buat aku lebih sihat. Insya-Allah...







XOXO Lots of loves -H3H-

Sajad dan kaum LGBT




Kecoh juga hari ini bila individu ini dikatakan menunaikan umrah sebagai orang perempuan.

Pakai telekung solat orang perempuan, masuk tempat solat orang perempuan. Dan logiknya, mesti dia guna tandas orang perempuan.

Maka bertebaranlah orang pakat share passport dan gambar sebenar dia sebelum ini.

Ada orang kata, jika dia tipu, itu dosa dia dengan Tuhan. Kita doakan yang baik-baik saja.

Namun pada aku, tidak boleh begitu. Bumi Mekah dan Madinah ini dua tempat paling suci bagi orang Islam. Tidak boleh main-main dengan Haramain ni. Kena ambil serius.

Jika di tempat paling suci pun kita masih biarkan benda tak betul berlaku dengan alasan 'Itu urusan dia dengan Tuhan', pada aku tidak kena kerana pihak berwajib di negara kita ada autoriti dan kuasa untuk check dan sahkan status jantina dia.

Tindakan seorang awww atau dua alam atau apa sahaja gelaran yang membawa maksud seorang lelaki menyerupai wanita kemudian menggunakan kemudahan wanita, memasuki ruang solat wanita di Tanah Haram adalah satu isu besar.

Ia tidak boleh dipandang remeh dengan alasan 'Doakan yang terbaik' dan seumpamanya. Doa tetap doa. Maksiat dan benda tak betul perlu kita sekat.

Tidak boleh menghalalkan benda haram hanya kerana bersangka baik. Tidak boleh begitu.

Siapa sahaja, jabatan apa pun yang punya autoriti perlu memandang serius hal ini dan mengambil tindakan segera.

Mohon semak balik siapa sebenarnya individu ini. Jika benar perempuan, umumlah di media massa dan semua orang boleh terima hal ini.

Namun jika dia sebenarnya seorang lelaki, ia adalah satu penghinaan besar pada agama bila lelaki dengan sengaja menyerupai wanita dan memasuki ruang peribadi hanya untuk wanita sahaja.

Hal ini sepatutnya dah lama pihak berwajib siasat dan ambil tindakan. Sekarang sampai ke Tanah Haram pun dia berani berleluasa lagi.

Apa istimewa dia sampai pihak berwajib tidak berani untuk mendedahkan identiti sebenarnya?

Kita sedang redha dengan perkara yang salah jika terus berdiam diri dan hanya serah semuanya pada Tuhan.

Kementerian, jabatan atau apa sahaja pihak yang berautoriti tolong. Tolong jangan benarkan penghinaan terhadap agama kita seperti ini berlaku lagi.

Tolonglah bertindak.

#MFS
.

XOXO Lots of loves -H3H-

SunDate

Walopun tak sihat, still kena kluaq amik si kecik ni. Abah keja area Sik, xkan nak suruh dia balik amik anak?



Mulut ibu nak makan yang masam2...so, kita pi cari khengsom kat asama. Hopefully, bertahan lama sikit dalam perut.



XOXO Lots of loves -H3H-

Coronavirus



XOXO Lots of loves -H3H-

Forgive but....



Saya nak berbaik dengan semua orang. Memang dari dulu saya tak suka musuh.
.

Tapi saya juga bukan bodoh. Kalau orang tu kantoi mengutuk saya, memfitnah saya... walaupun saya tak balas, walaupun saya diam, tapi saya tetap akan menjauh.
.

Memang saya akan jauhkan diri daripada orang macam ni sebab saya tahu, saya bertanggungjawab terhadap kebahagiaan dan ketenangan hati saya sendiri.
.

Orang macam ni bahaya. Sejenis depan lain, belakang lain. Sejenis buat baik bila memerlukan tapi kemudiannya sanggup tikam kawan untuk satu kepentingan.
.

Saya tak boleh paksa diri saya untuk terus deal dengan orang macam ni. Saya sejenis yang tak pandai berpura-pura. Jadi, selagi dia tak berubah, selagi tu saya akan jauhkan diri.
.

Dan berita buruknya, saya juga akan berhati-hati dengan sesiapa saja yang rapat dengan dia. Kepada mereka, saya tak akan lagi bercerita banyak tentang diri saya, perancangan saya dan kejayaan saya. Saya tak akan lagi berkongsi bahagia dengannya.
.

Sebab saya orang lama. Saya orang yang dah banyak pengalaman, yang dah banyak berdepan pengkhianatan. Yang dah faham, wujudnya banyak gunting dalam lipatan.
.

Maka, bagi dia yang mahu bermusuh, saya akan menjauh. Bahkan, yang berbaik dengannya pun akan saya pinggirkan. Cukuplah dia dan dia menjadi kawan tepi jalan.
.

Ini bukan prasangka. Ini namanya berjaga-jaga.
.

Sebab saya sudah faham, sebaik apa pun kita pada orang, sebanyak mana pun budi kita padanya, memang akan ada manusia yang tak pandai menilai kaca dengan permata.
.

Sungguh. Mencari SAHABAT DUNIA AKHIRAT bukan satu kerja mudah. Kerana sahabat yang mencari kepentingan dunia, terlalu bersepah!

.

Di akhir usia seperti ini, saya tak mahu mencari dunia. Saya cuma mahu mendekati apa-apa yang boleh mendekatkan saya pada syurga. Maka saya bentengi diri saya, dengan apa yang sepatutnya.

From here

XOXO Lots of loves -H3H-

Should you wear a mask?


From here
Isteri saya bekerja di sebuah Farmasi Komuniti. 3-4 hari ini jumlah pelanggan yang datang ke farmasi melebihi 100 orang sehari.

Majoritinya ingin beli face mask dan hand sanitizer. Ya, memang ramai yang sedang risau dengan penularan corona virus wuhan sekarang.

Tapi, kadang-kadang, tindakan pelanggan hampir jadi tidak rasional. Face mask dan hand sanitizer dibeli berkotak-kotak seorang. Sampai ada yang minta untuk beli semua stok yang ada dalam farmasi.

Akhirnya terpaksa limitkan sebuah keluarga hanya boleh beli 2 kotak face mask dan beberapa botol hand sanitizer. Itu pun ramai yang marah-marah.

Ya, betul. Face mask dapat membantu dalam mengurangkan risiko dijangkiti dan menjangkiti orang lain. Tapi sebenarnya, buat masa ini, bukan semua orang perlu pakai face mask. Jika anda sihat, pakailah bila mengunjungi tempat awam yang ramai pengunjung sahaja jika anda risau.

Apa yang lebih penting sebenarnya penjagaan kebersihan. Cuci tangan dengan sabun dan air sekerap mungkin. Sanitizer hanya digunakan jika anda di luar rumah dan tiada air dan sabun untuk mencuci tangan.

Jom jaga kesihatan kita dengan tertib. Jangan pentingkan diri. Orang lain pun nak beli face mask juga 🤣

XOXO Lots of loves -H3H-