Unicorn FunRun

First run event for this year.

Dah first event...sampai lambat pulak. Tapi...nasib la ramai gila org join. So...lambat start pun tak la rasa malu sangat...hahahahaha

Anak malu gila pakai baju kaler pink....hahahaha...asik nk nyorok belakang ibu saja. Lawak btoi.
Kami plan nk pakai tudung kaler pepel.

Afzan tak jadi mai, sebab batuk teruk semalaman...tinggai la kami berempat ja.


Tengok muka malu2 dia.







 












Ni kawan2 ibu tau...hahaha






Dekat2 nak balik dah...baru nampak mekja dengan boiprennya.








Macam aku selalu kata, seronok bila join run sebab kadang2 bole jumpak kawan2 lama.










Dan jugak opismet.









Dan....kalo dah nama mai Kulim...mana sah kalo ibu tak kena paw McD dengan seketoi Rayyan ni...huhuhu...




Nampak sangat ibu lama tak buat kek...dia mintak ciskek la pulak.




XOXO Lots of loves -H3H-

Elakkan Ubat ini jika anak anda demam selesema



Hujung-hujung tahun ini terdapat sedikit sebanyak peningkatan kes yang melibatkan jangkitan influenza.

Sehingga mana terdapat hospital dan klinik swasta yang kehabisan ubat anti-viral untuk melawan jangkitan kuman influenza iaitu Tamiflu(Oseltamivir).

Tetapi yang paling dirisaukan adalah penggunaan ubat masuk punggung Supp Diclofenac yang digunakan pada kanak-kanak.

Ini kerana ia boleh meningkatkan risiko untuk mengalami masalah Acute Necrotizing Encephalopathy.

Dalam penyakit ini, sebahagian sel dalam otak akan mati menyebabkan otak tidak dapat menjalankan fungsinya.

Selalunya pesakit akan mempunyai simptom
🔴Perubahan dalam tingkah laku
🔴Kelihatan letih
🔴Tidak sedarkan diri
🔴Sawan

Kebanyakan daripada pesakit ini juga akan mengalami kematian otak dan tidak mudah untuk diselamatkan.

⭕️Kesimpulan⭕️

Jika anak anda mengalami demam, batuk dan selesema, gunakan ubat yang mempunyai paracetamol sahaja termasuk ubat punggung.

Elakkan pengambilan ubat diclofenac termasuk ubat suppository diclofenac untuk mengelakkan masalah acute necrotising encephalopathy.

sumber: TheDiagnosa

XOXO Lots of loves -H3H-

Mental health Awareness : Kanak2 Bunuh diri




Mengikuti kisah kanak-kanak berusia 10 tahun yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung tali pada pemegang tangga membuatkan aku teringat satu kisah.

Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi atas kematian kanak-kanak ini, cuma saya teringat satu kisah ketika program tahun lepas.

"Apa yang dah berlaku pada awak dik?"

Pertanyaan ini aku aku ajukan kepada setiap orang pelajar yang datang ke depan. Masing-masing confess pernah menjadi mangsa buli.

Sehinggalah giliran seorang budak perempuan.

"Kawan-kawan pulaukan saya. Dah dekat setahun." Jawabnya sambil mengalirkan air mata.

Darjah 6 budak ini, 12 tahun.

"Pernah tak adik menangis di rumah sebab benda ni?"

Beliau jawab selalu.

"Pernah tak rasa nak bunuh diri?"

Beliau menundukkan wajah, lalu mengangguk perlahan. Air mata semakin deras mengalir.

"Mak ayah tahu tak apa yang dah jadi?"

Beliau gelengkan kepala. 😭

Ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan hal semacam ini. Murid mengadu diejek, dihina paras rupa, jadi mangsa body shaming dan lain-lain.

Mereka tiada tempat untuk mengadu. Mahu berjumpa kaunselor di bilik kaunseling takut dicop pelajar yang bermasalah. Inilah persepsi rata-rata pelajar di sekolah.

Itu belum lagi share masalah dengan seorang cikgu atas dasar percaya, tetapi akhirnya guru itu sebarkan kepada rakan-rakannya yang lain.

Pernah je pelajar luahkan di depan yang cikgunya berulang kali menyebut, badan je besar, tapi otak kecil. Saya yakin majoriti guru tidak bersetuju dengan sikap segelintir guru sebegini.

Mahu dikongsi kepada mak ayah, mak bapak tak anggap ia satu masalah. Mereka merasakan ia benda biasa. Paling kuat, mak akan kata sabarlah.

Itu belum lagi lagi murid mengadu dalam program yang mereka stress, dibandingkan pencapaian akademik dengan adik beradik oleh mak ayah, parents tekan belajar setiap hari, rasa tidak dihargai, alami anxiety, kelar tangan dengan pisau dan paling ditakutkan sudah ada niat nak bunuh diri.

Siapa mereka?

Rata-rata masih bersekolah rendah. 10 tahun, 11 tahun, 12 tahun. Maka tak pelik andai form 1 sudah ada murid yang didiagnosis alami depression.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Pernah satu ketika saya berkongsi masalah murid-murid hari ini di facebook.

Maka, datanglah entah siapa memberi komen sebegini,

"Alah budak sekarang. Manja."

"Stress apanya. Dapat handphone, main game elok je aku tengok."

"Alasan semua tu. Dah nama pelajar, belajarlah."

Ego betul orang dewasa!

Ada mak bapak yang tak mahu tahu realiti kehidupan anak pada zaman kini.

Mereka tiada tempat untuk meluahkan perasaan. Mak bapak sibuk bekerja.

Bila nak diluahkan, mak bapak hanya diamkan diri atau memberi option yang tak membantu anak-anak. Anggap ia hanya sementara. Nanti okeylah tu.

Emosi anak perlu dijaga. Tangki emosi mereka perlu diisi dengan kasih sayang. Jangan sampai ia pecah dek menakung 'air' yang tidak sepatutnya.

Persoalan lebih besar yang kita kena jawab adalah, kenapa seawal usia sekolah rendah anak-anak sudah ada idea untuk bunuh diri?

Jawapan mudahnya adalah zaman sudah berubah. Anak-anak pada hari memiliki idea ini dari apa yang ditonton di youtube, netflix, iflix. Ada youtubers yang menjadikan bunuh diri ini satu bahan lawak seperti kes Paul Logan tahun lepas.

Mereka stress. Mahu release stress dengan game, instagram, tonton video, tetapi akhirnya ia tak hilangkan stress. Kita dulu senanglah, stress macam mana pun balik sekolah panjat pokok, mandi paya, main layang-layang. Anak-anak hari ini?

Cubalah fahami anak kita. Mereka perlukan kita sebenarnya.

Salam takziah buat adik 10 tahun yang meninggal dunia hari ini. Moga keluarganya tabah hadapi dugaan besar ini.

Biarlah kes ini pertama kali dan terakhir terjadi di Malaysia.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah

Jadual ceramah saya, bit.ly/JadualAkhiFairuz2020

XOXO Lots of loves -H3H-

Rayyan vs CornDog

Its rare for Rayyan to be at pasar malam. 

Tapi malam ni, as abah x dak...kita kena cari makan sendiri...dia merap nak makan corndog dan pi pasar malam.

Ok ok...ibu bawak. Balik dari pick up dia dari tusyen...teruih singgah pasar malam





Tadi cakap corndog...bertuah la kalo beli corndog saja












Damage for tonight




XOXO Lots of loves -H3H-

Unicorn Run 2020 - Getting ready

Insya-Allah... Our first run for 2020 di Kulim with my mermaids sisters 🧜🏻‍♀️🧜🏻‍♀️🧜🏻‍♀️.

T-shirt kaler pink... 😂😂😂... Bayangkan muka anak aku sok 😜





XOXO Lots of loves -H3H-

Rezeki

Alhamdulillah.... Rezeki mai dalam pelbagai bentuk dan cara.

Ini antara contohnya... Kopi free from Starbucks 😜. Katanya dalam sehari... Akan ada few customers yg bernasib baik will be selected untuk isi survey form. Reward from that survey is, 1 tall drink from Starbucks. Any drink. 😍.

I chose my fav Tofee Nut, while it still last... Ya la... Ni seasonal drink. Lepas ni kena tunggu next Christmas pulak... Tu pun kalo pjg umur 😊.. Dan hari ni ialah hari last utk redeem kopi ni... Sbb day 14th. Hahaha... Alhamdulillah.. Masih rezeki aku.



Sebagai umat Islam, aku sentiasa percaya pada konsep rezeki. Kalo itu rezeki hg... Allah tetap akan pasti kan rezeki tu milk hang. If rezeki itu bukan milk hg, kopi yg dah dalam mulut pun bole tersemboq kluaq dr mulut. As simple as that.

Yang paling penting.... Sentiasa lah bersyukur dengan segala kurnia dan nikmat yg Allah berikan...yg Allah kurniakan.

XOXO Lots of loves -H3H-

Padan muka kau maszlee! - ust Ibnu rijal



Itulah dah cakap, jawatan menteri untuk orang bodoh. Kau ada phd, kau nk masuk jugak. Skrg apa cer? Padan muka kau!

Dulu masalah budak kecil dan miskin nk jaga kasut mereka. Mana dengan basuhnya mana dengan kapurnya. Mana dengan nak dijaganya. Asrama pula mengada nakkan kasut itam. Nak main futsal masa waktu pj, nak kena kasut sukan lagi. Takkan lah nk usung kasut putih tu kemana2. Pening famly miskin ni fikir. Menteri bertukar2 tak penah peduli pun hal ni. Yelah, menteri kot.. takkan nak pandang kaki budak miskin kan? So lantaklah mak pak dia nk berhutang pun. Kasut je pun. Tiba2 kau datang maszlee, by one simple arahan, tukar kasut hitam. Simple. So bdk miskin tadi ni tak pening dah, all-in.. tahan lasak. Apa kau dpt maszlee? From that day, orang gelar kau menteri kasut hitam! Yelah, tu tanda visi kau membumi, sbb tu kau nampak kasut. Cuba lah kau belajar dari menteri sorang lagi, visi dia melangit, sebab tu dia nampak kereta terbang! See, dia tak kena tekan pun ngan gergasi politik. Padan muka kau!

Kan orang dah ckp, kpm ni lubuk duit. Kau ingat sapa nak peduli sekolah di ulu sabah sarawak dan hutan hutan? Kalau buat sekolah cantik cantik pun, diorang bukan datang pun. Diorang sibuk kutip petai dihutan. Buat ala kadar sudahlah, lebihan duit tu boleh jugak tampung melancong, kereta baru, anak bini, ketua2 cawangan semuanya nak kena suapkan makan. Tetiba kau datang, kau beriya iya nak pertahankan sekolah2 hulu tu.. siap usung gambar sekolah tu ke parlimen. Beriya betul. Kau ingat orang hairan? Orang x pandang la sekolah busuk hulu kampung tu. Menteri nak turun sekolah pandai, sekolah elit, ada jamuan besar besar, seluar pun tak kotor, ada alumni korporat jutawan, alih alih kau jadi menteri, kau pergi turun sekolah usang. Low class! kan dah mendapat. Padan muka kau!

Orang dah pesan, jadi menteri ni, jangan cuba memahami. Tapi cuba difahami. Semua menteri buat mcmtu. Alih alih kau beriya iya nak memahami bebanan tugas guru bagai. Segala fail2 report yang merepek meraban tu semua tak perlu buat dah. Eh kau sapa? Kau tau tak ppd jpn dan nazir tak respect pun arahan kau. Diorang still tekankan fail berbanding murid. Murid bodoh piang takpe, asalkan fail lengkap. nazir dan menteri dulu turun tengok fail, tapi kau turun tengok murid. Kau dah kenapa? Murid tak pentinglah lee! Yang penting fail tu, menipu pun takpe, janji fail report tu lengkap. Ini amalan biasa penjawat awam. Kau nak lawan arus? Kau tahukan selama ni bila jpn kpm turun sekolah, cikgu sibuk mempersiapkan fail. Bukan mempersiapkan budak. Sbb diorang tak heran pun kat budak, yang penting fail semua tu. Kau datang nk buang semua ni.. marahlah diorang, ini kerajaan fail, laporan, meeting, jamuan, rombongan dan bungkus lauk lepas meeting. Tetiba kau nak tukarkan jadi kementerian "kemanusiaan". Skrg terimalah, fail kau tak cantik, letaklah jawatan! Padan muka kau.

Ni nak cakap.. cikgu duka lara, kenapa kau kisah sangat? Lantaklah dia tak jumpa suami dia ke isteri dia ke. Peduli apa. Kau menteri, fikir isteri kau sudahlah. Nak pakai beg apa kasut apa. Ini tidak, kau nak sangat tolong diorang. Dulu isu guru duka lara ni dah macam tanda2 kiamat. Punya susah nak settle. Alih alih kau datang, senang je kau settle. Banyak keluarga dah kembali tertaut. Kau melampau la maszlee, kau tak tahu ke dulu ni nak bertukar semua tu selain doa, cable kau kena kuat? Kau datang je semua cable tak function. Semua dilayan sama rata. Mana boleh macam tu! Dulu, guru nk angkat kepala dekat ketua pemuda kawasan pun takut. Sebab cable ni la. Tapi masuk je era kau, guru sendiri yang hina dan troll kau di facebook. Kau tak tukar pun mereka. Nak jadi baik konon, nah sekarang sebab kebaikan itulah kau 'ditukar'.

Orang dah cakap, bila ada jawatan kena berlagak sikit. Kau tak tahu ke cikgu yang baru naik gred 44 pun lain macam dia punya ketuk meja meeting? Cikgu yang bini datuk pun kena dihormati oleh pgetua walaupun dia mai kelas cuma melawa. Ini budaya dah lama. Alih alih kau datang nak jadi "pakcik". Apa kelas kau lee? Kan dah kena berhenti. Padan muka kau.

Nih satu lagi, orang dah cakap jangan kacau tokey besar. Elok2 je internet slow kat sekolah. Rileks je kitorang isi report budak berejam jam, pastu system down. Isi balik. Pastu internet putus, ilang semua data. Kitorang ok je guna data sendiri, asalkan jangan kacau "kawan2" menteri. Alih alih kau datang, kau hapuskan monopoli. Sapa nk tender kena peform. maxis digi celcom semua dapat, fight servis sapa terbaik. Abis internet jadi laju. Nk google apa pun senang. Google classroom frog semua tu dh boleh senang access. Susahlah cmni, internet ni kan senjata yahudi. Hmm.. kau degil. Tengok kan dah kena nasihat berhenti. Padan muka kau maszlee.

Orang dah cakap, persetankanlah jawi tu. Bukan penting pun. Budak x reti baca jawi, apa kesannya? Alah sekadar x boleh baca quran. X penting pun. Yang penting budak boleh jadi saintis, engineer doktor. Quran tu hal peribadi la. Umno parti keramat melayu pun bunuh jawi dulu, alih alih kau barua DAP nak angkat jawi. Kau siapa lee?

Satu lagi uec, kau tak iktiraf kenapa?Dong zong dah marah kau. Kau ingat diorang sapa? Diorang kan bumiputera asli. Kau tak tahu ke uec ada dalam manifesto ph dan bn? Kau tak paham lagi? Follow je. Gergasi politik ni dua2 side sama ja.. tapi kau degil, nak jadi hero bangsa jugak. Last tengok, bangsa ni jugak yang hari hari ketawakan kau troll kau pasal kasut hitam pasal tol simpang renggam.

Padan muka kau!
Takpelah.. kau ada phd, nama kau besar dalam akademik. Berebut universiti nak kan kau. Tak cukup dalam, luar negara pun nak. English fluent, arab fluent..agama pandai, akademik pandai.. nak apa lagi kan?

Kami ok. Cuma pasni, pakcik mana lah yang nak peduli kasut anak anak kami. Pakcik mana lah yang nak kisah sarapan pagi anak anak kami kan..
Padan muka kau maszlee.. kau boleh berehat, keluar dari kereta yang kau pandu kami ke depan. Sedang kami didalam, diam menanti, siapa yang akan pandu kami ke belakang kembali. 😞

-Ust Ibnu rijal-

#copyandshare

XOXO Lots of loves -H3H-

It's already 2020


Wow... Ibu masih rasa macam tak percaya... Awak dah masuk darjah 6. Tahun ni, awak bakal genap 12 tahun. Its UPSR year. Your first big exam.

Tetiba pulak rasa sebak. Syukur... Allah izinkan seorang cahaya mata dalam rumahtangga kami. Penyeri hidup kami. Alhamdulillah.

Doa ibu dan abah... Tahun 2020 ni... Dan tahun2 seterusnya... Jadilah yang terbaik untuk diri awak sendiri.

Apa Maksud ibu...? Maksudnya... Awak tak perlu bersaing dengan orang lain. Musuh utama kehidupan adalah diri sendiri. Sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik... Di dunia dan akhirat. Be a good Muslim... Be kind... Be humble... Jaga adab... Hormat menghormati.

Jangan lupa... Awak janji akan selalu pegang tangan ibu dan peluk ibu sampai bila2... Jangan koi besar...malu pulak 😁

#rayyanhiwayat
#hijriahhidayadhiwayat👨‍👩‍👦

XOXO Lots of loves -H3H-

Last Minute

Dah masuk tahun 2020 dah....aku masih last minute...walopun plan awai....hahahaha...

Siap jahit koi 1pg...hahahaha




XOXO Lots of loves -H3H-