Training - Creative tools and techniques at workplace scenarios Day 2

Alhamdulillah... Selesai sudah workshop 2 hari dengan Dr Alvin kat Sunway Hotel.

We learned a lot.

Kami belajaq macamana nak ber fikiran kreatif dan kluaq dari kotak kebiasaan. Tak senang... Kena banyak praktis. Untuk otak engineer macam aku... Otak teknikal... Susah jugak nk kreatip 🤣

Apa pun... Our team... Sparkle... Menang. Lebih 1 mata pun menang tetap menang tau 😝.

Thank you Dr Alvin for books untuk team yg menang.




























XOXO Lots of loves -H3H-

KENAPA MAK DULU BOLEH JAGA 10 ANAK, MAK SEKARANG ANAK BARU DUA DAH KECOH?


KENAPA MAK DULU BOLEH JAGA 10 ANAK, MAK SEKARANG ANAK BARU DUA DAH KECOH? 😢😢

Tu kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan-bukan. Saya paling anti kalau kenyataan ini.

'Eleh, makcik dulu anak ramai boleh je jaga, ko baru tiga dah macam tak cukup tangan?'

Hmmmm..dalam sedar tak sedar, zaman dulu dan zaman sekarang sangat berbeza.

Zaman saya kecil-kecil dulu. Sekitar umur 5 - 6 tahun camtu, say sangat bebas ke sana sini. Naik basikal, masuk kebun getah cari buah getah nak main congkak. Kadang round satu kampung dengan jiran-jiran dan adik-beradik.

Keluar selepas asar, sebelum Maghrib balik. Keluar main dengan anak jiran lelaki, main kejar-kejar.Seronok! Balik rumah dengan penat. Selepas makan dah tertidur sendirinya.

Mak? Buat kerja rumah di rumah. Ayah? Pergi dan balik kerja dengan senang hati. Kenapa mak boleh jaga sepuluh anak?

Sebab anak-anak tak buat sepah dalam rumah. Anak-anak tak bergaduh dalam rumah. Anak keluar main dengan jiran kampung sebelah? Mak tak pernah risau. Mak tak pernah susah-susah dan resah.Sebab dia tau, penat main, anak-nak confirm balik makan.

Anak perempuan dia main kejar-kejar dengan anak lelaki jiran? Mak tak pernah risau. Sebab anak perempuan dan anak jiran memang main kejar-kejar semata-mata.

Dulu kedai runcit banyak dekat kawasan rumah. Pasar basah pun dekat. Mak bagi RM20 pastu bagi list barang, anak perempuan dia kayuh basikal pergi pasar, tunjuk list, orang kedai bagi barang. Harga pun harga betul, kadang siap bagi free lada kering la, bawang merah lebihla.

Mak senang ada pembantu. Tak payah mak susah-susah nak pergi pasar. Zaman sekolah pun best. Pagi ayah hantar, balik pandai balik sendiri naik bas henti-henti. Kadang ada duit lebih, ambil prebet sapu. Kadang siap tertidur dalam kereta,tapi pakcik perebet kejut je, adik..sampai rumah dahni!

Hidup tenang. Senang. Sedar-sedar 10 orang anak mak dah besar.

Tapi itu zaman mak dulu. Zaman mak sekarang dah lain.

Anak nak keluar main sendiri depan rumah risau sangat. Kereta banyak, motor banyak. Anak pulak baru belajar kayuh basikal, kadang jatuh kadang terlajak. Mak sibuk nak masak lagi, maka terpaksa suruh anak main dalam rumah. Nak biar main kat luar, risau!

Maka, bila dalam rumah, mak stress. Anak sepahkan mainan, main elok-elok 5 minit pastu berebut dengan adik. Belum campur lagi bab anak kata dah bosan dengan mainan.

Mak nak anak bergaul dengan anak jiran. Tapi mak sekarang risau. Anak mak perempuan, anak jiran lelaki. Budak dulu-dulu naif. Tapi budak sekarang advance. Budak dulu-dulu kalau main kawin-kawin, setakat sanding duduk sebelah-sebelah je. Budak sekarang main kawin-kawin kadang memang 'kawin' terus. Tak ada akad nikah je. Akhirnya, mak tak dapat masuk dapur, mak nak pantau kat luar anak-anak ni bergaul macam mana.

Mak nak suruh anak pergi kedai zaman sekarang mak risau. Sahkan nak pergi kedai, anak main depan rumah pun bahaya. Orang jahat merata-rata. Sekali lagi, mak terpaksa suruh anak main dalam rumah. Sekali sekala bawa ke taman, tapi itula, jeling mata tak pernah lepas. Risau.Risau. Risau. Makanya, mak jugaklah usung anak-anak pergi kedai, walaupun sekadar nak beli bawang merah 5 ulas.

Mak nak anak balik sekolah sendiri?Lagilah risau. Naik bas ada risiko, naik teksi ada risiko, kayuh basikal sendiri ada risiko. Mak risau. Maka, demi anak, mak jugaklah gagahkan diri ambil dan hantar anak sekolah. Loceng belum bunyi mak dah tercegat depan pagar sekolah, takut anak balik ikut orang ntah sape-sape.

Dengan rutin macam tu, bila mak nak ada masa di rumah? Anak kena pantau 24 jam depan mata. Paling mudah, anak-anak semua dalam rumah!

Mak dulu takde mainan dalam rumah, sebab anak main luar rumah. Rumah mak dulu bersih, clear,sebab mak tak payah fikir bab anak sepahkan.Mak tak risau anak kat luar. Mak tak risau anak hilang.

Mak sekarang?
Anak dalam rumah pun orang intai lagi!

10 ANAK ZAMAN MAK DULU, DAH TAK SAMA DENGAN TIGA ANAK ZAMAN SEKARANG.

#xsamaduluandsekarang
#copypaste

XOXO Lots of loves -H3H-

Training - Creative tools and techniques at workplace scenarios Day 1

Letih otak 😅

Fuh... Walopun happening... Walopun fun... Banyaknya pakai otak. Nak absorb... Nak pikiaq... Nak hadam 😅

Ni kali ke3 ka ke4 ntah aku dengan Dr Alvin Tan from Primalink. Aku memang suka training yg Dr Alvin handle. He is really good.

Team aku pun best. Otak ngam ja semua 👏🏽👏🏽👏🏽




















Walopun makan best (hari ni tak dak lamb 😭)... Jenuh nak absorb... Balik nak kena buat presentation... Nk share dengan team.

Sok la baru kita buat summary 😝
XOXO Lots of loves -H3H-

Isra' Mi'raj



Berdoalah sebanyaknya... malam ini.. Ingatkan suami/isteri/family 😊

ESOK (RABU), 3 April 19.. hari Israk dan Mikraj. Kepada yang berniat nak puasa sunat esok, tahniah 😊

Dan Ini, Amalan Malam Rejab - Malam ini. Sama2 kita buat 😊

1.Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.

2.Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.

3.Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..

4.Berdoa.

5.Memohon keampunan diri dan ibu bapa.

6.Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

Sebetulnya... amalan ini diteruskan setiap hari... 😊

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
.
.
.
Malam 27 Rejab
Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Banyak lagi ganjaran dan fadilat yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya.

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:

1.Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2.Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.

3.Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.

4.Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.

5.Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda  ﷺ.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Perangai orang kita


Apabila melihat agama Islam semakin luas berkembang di seluruh dunia, tentulah aku merasa amat bangga di atas berkat kejayaan para saudara pendakwah seluruh dunia yang kerja depa siang malam mendekati dan menerangi masyarakat mengenai apa sebenarnya agama Islam.

Tapi lain pula ceritanya di Malaysia sebuah Negara Islam. Semakin hari, masyarakat bukan Islam semakin tidak ngam dengan masyarakat Islam. Tiap hari ada je isu yang berkaitan dengan Islam yang dibangkitkan mereka. Lebih parah lagi bila sebahagian umat Islam yang berfikiran cetek bangkit melatah, melabel malah memaki hamun bukan Islam, kononnya di atas nama "memelihara maruah Islam dari dicalar oleh kafir dan talibarut yahudi dan DAP".

Punca segala masalah ni datang dari kecetekan ilmu mengenai Islam di kalangan umat bukan Islam. Tapi macam mana diorang nak kenal Islam dengan lebih dekat kalau masjid, tempat bercambahnya ilmu Islam itu sendiri amat sukar untuk mereka dekati? Nak masuk bukan senang, kena lalui macam2 tapisan. Dah la depa bukan ada apa-apa kepentingan sangat nak ke masjid pun.

"Tapi, kita kena tegas di dalam memelihara kesucian masjid! Mana boleh bagi depa pi mai pi mai dalam masjid berpakaian tak senonoh!"

Okay, kat sini fokus aku BUKAN nak mengutuk orang yang mengenakan peraturan-peraturan tertentu ke atas masyarakat bukan Islam yang ingin berkunjung ke masjid, tapi fokus aku adalah untuk menegur sikap sebahagian orang kita yang tidak pandai menyusun keutamaan di dalam berdakwah.

Kita kena bawa imej Islam itu sebagai agama yang mudah, terbuka, tidak mengongkong, dan cintakan keamanan. Bayangkan, jika dari awal-awal lagi ko dah tetapkan pelbagai peraturan yang bermacam-macam, ko rasa ramai ke yang akan berminat dengan agama kita ni? Jadi UTAMAKAN dahulu kesenangan mereka di dalam mendekati Islam melalui masjid itu sendiri sebagai permulaan. Tahan la dulu rasa amarah nak tegur betapa tak senonohnya pemakaian depa. Yang penting sekarang ni MEREKA SANGGUP DATANG MASJID SEBAB NAK FAHAM ISLAM. Jadi, JANGAN KITA MENYUSAHKAN MEREKA dengan peraturan yang sepatutnya dilaksanakan SELEPAS mereka memahami Islam itu sendiri.

Tutup aurat itu berkait rapat dengan akidah. Jika akidah itu kita tak cambahkan dalam hati mereka, mana mungkin mereka boleh menerima kewarasan menutup aurat itu sendiri, kan?

Berhikmah di dalam berdakwah. #POK

(Posting ini mungkin akan dikemaskini dari masa ke semasa)

#kopipes
https://m.facebook.com/komiksarkazam/photos/a.890654784362861/914047002023639/?type=3

XOXO Lots of loves -H3H-

Pengarah Pendidikan Bagi Mesej Pedas Buat Ibubapa



Mesej dari Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Pesanan untuk semua ibu bapa… cikgu juga adalah ibu bapa kepada seseorang anak… peringatan untuk semua… mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin…

Tanamkan dalam hati bahawa;

*1. Anak kita bukan baik sangat.*
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

*2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.*
Kita kat rumah paling banyak anak 6, 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

*3. Anak kita juga pandai menipu.*
Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

*4. Anak kita layak dimarah.*
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita tak kan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

*5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.*
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik. Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik. Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

*6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.*
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

*7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.*
Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

*8. Duit bukan segalanya.*
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

*9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.*
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

*10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.*
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6, 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6, 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

*11. Jangan sombong dengan guru2.*
Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini Allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.Amal kita?

*12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.*
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

*13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibubapanya.*
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.Ilmu itu bukan bilangan A.Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan di akhirat.

TERIMA KASIH.

#from wasap group

XOXO Lots of loves -H3H-

Monday thought



Hang Tuah? Hang Jebat? NAHHHHHHH. The Hang brothers were disproportionately glorified and doing so would have the effect of perpetuating the notion of indiscriminant submission of a feudal warlord system.

The REAL DEAL here is Bendahara Paduka Raja TUN PERAK. Wise, Intellegent, patience, virtuous, loyal (too!), brave, and strategical in his doings. Everytime we talk about Hang Tuah being hero, please do not forget that the makers of Heroes are far more crucial and important than the Heroes themselves.

Forgive me if I roll my eyes when you sing praises of hang tuah's legend. Not Impressed.

My aspiration is always always on Bendahara Tun Perak, the maker of Heroes, and elector of Kings.

Sekian.

P/S Hang Tuah's blind loyalty is in fact a symbolic character that contributed towards the downfall of Melakan Empire. Hang Jebat's RAGE (Amok) too is the symbol of destroyed virtue. Only the Calm, level headed Tun Perak is worthy of being made a role model.

#kopipes

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156783399490306&id=521730305

XOXO Lots of loves -H3H-