Kuching, Sarawak Day 1 (Jan 20, 2014) - Sarawak Cultural Village (Kg Budaya Sarawak)

Thanks to adik Naim sbb tolong aku buat itinerary Kuching ni. (^_^).


Dari Kuching kami menuju ke Gunung Santubong untuk ke Kampung Budaya Sarawak. Dengan bantuan GPS, perjalanan kami sangat lancar. Perjalanan dr Kuching ke Gunung Santubong lebih kurang 45minit. Kami agak mengejar masa sbb nk tgk show koi 11.30pg.

Tiket masuk, RM60 per person (tp kami dpt RM55, beli drp ejen). Save RM10...hahaha. Anak pree. Sib baik...dia masih 5 thn. 6 thn kena RM30.



Kami tiba just right on time. Tepat 11.30pg, show begin. Aku bg 5 bintang utk show sini. Memang terbaik. Anak pun x buat perangai, enjoy ja dia.


Show mmg padat walopun ada penari laki yg ada sexy (18sx)...hihihi. Tutup mata...tutup mata.




































Abes ja show, kami brunch terus kat kafe SCV. Btoi2 kat depan panggung yg kami tgk show td.

Aku makan nasik campur, anak makan nasi goreng dgn sup, husband makan nasi lemak dgn kari ayam. Aku dah lupa pricenya. Tp apa yg aku igt, price untuk tempat tumpuan tourist mcm tu...harga dan tastenya mmg amat2 berbaloi. Masakannya sgt2 sedap, compare tu aku makan di KK dulu.


Lepas makan, kami mulakan penjelajahan mengenal 7 kaum di Sarawak. Aku dgn anak excited cop paspot kat setiap rumah.





















nk ke rumah bidayuh kena lalu titi buluh ni (x lalu pun bole). Tp menjawab cabaran anak, huhuhu...ibu gigihkan jugak. Anak steady ja, ibu yg gayat. Huhuhu



























































Imam Muda Asyraf dgn famili...hihihi...


Rumah Melayu
























Rumah Cina.

















Selain rumah melayu dan rumah cina, kebanyakan rumah2 Sarawak terutama rumah Melanau dan rumah org ulu gunakan tangga batang kayu yg di tebuk2...muat2 kaki ja. Dah la tinggi...ibu dah la gayat. Huwaaaa.... sib baik depa ada sediakn tangga len, walopun agak sikit jauh. Kalo dak, confirm aku x naik. Nak naik mcmana...kaki ketaq.

Memang pecah peluh abes jalan kaki pusing SRV. Terbakaq lemak2 yg terkumpul...hehehe. Husband pun surender, anak ja yg x reti letih.



Bole bayang dak...aku keliling tasik tu sambil ligan anak...huwaaa...penat. Basah abes baju dgn peluh.








Berdepan dgn SCV, ada Damai Resort. Ada pantai yg ombak sangat kuat. Tapi aku yg mmg sukakan kan laut, mmg sedap bau lautan. Laut lepas...Laut China Selatan kan. Tapi sbb anak bateri dah nak abes...he keep asking nk pi hotel...nk pi hotel....









XOXO

Kuching, Sarawak Day 1 (Jan 20, 2014) - The Journey...Misi bermula

Alhamdulillah...kami berdua berpeluang meluangkan masa untuk meraikan ulangtahun ke9 perkahwinan kami. Our 9 years marriage blessed with our little cute Muhammad Rayyan Hiwayat.

Since first anniversary, kami dah plan untuk jadikan percutian keluarga sebagai salah satu cara untuk kami meluangkan masa bersama-sama selepas setahun penat bekerja.









Tahun ni, kami pilih Kuching Sarawak sebagai destinasi seterusnya. Tiket aku dah booking hampir setahun awal dr tarikh nk fly. Hihihi.

Dek sebab kesibukan kerja, aku x sempat nk merancang itinerary kami di sana lebih awai. Tapi, Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.









Flight  kami dijadualkan pukul 7pg on Jan 20 (Isnin). So, seawai koi 5pg kami dah gerak ke airport Bayan Lepas. Aku dah buat web check in untuk kami. Cuma tinggai nak drop luggage ja. Lepas check in barang, kami terus ke balai berlepas dan solat subuh kat surau balai berlepas ja.


Urusan kami dipermudahkan dgn surau terletak betoi2 kat gate kami nk naik flight.


Flight kami ke Kuching berlepas 10minit sebelum masa dijadualkan, dan kami sampai setengah jam awai dr scheduled. Erk...hihihi













Dugaannya fly pagi2 ni, aku x amik makan dalam flight sbb pk...pagi sgt...lalu ke nk breakfast? Rupanya...lapaq gila bau makanan...hihi...sib baik ada bawak bekai untuk anak. Kalo dak mesti kesian kat dia.


Kami sampai di airport Kuching dan siap amik luggage, terus ke ruang menunggu. Kawan kepada menantu maksu (jiran di loji dulu), yg mai pick up.





Masa dok tunggu tu, aku nmpk macam skot ROTU aku (Kadok)...tp x berani tegoq. Takut silap...takut inche suami x suka. So diam je la. Aku cuma bgtau kengkawan ROTU dalam watsap grup. Masa aku dlm keta (kawan Ket) dah mai amik, Kadok call. Kata itu mmg dia. Bising pasai apa aku x tegoq sbb nmpk. Hihihi.


Kawan Ket hntr kami ke pejabat KPDN Kuching untuk amik keta Ket. Sepanjang di Kuching, kami gunakan Viva Ket.

Dari situ kami mulakan penjelajahan kami...hihihi.

XOXO


Travelog : Cameron Highland 2014 (Jan 2-3, 2014)

Walopun n3 ni dah lambat lebih sebulan, tp aku tetap nk publish....hihihihi

Lepas bertungkus lumus sepanjang cuti sekolah akhir 2013, kami sekeluarga berehat sekejap di Cameron Highland sebelum meneruskan perjalanan ke Kajang, rumah kakak.

Sepatutnya kami nk bertolak pukul 8pagi, sbb ingatkan nk singgah Zoo Taiping sebelum naik CH. Tp sebab husband nk pi cari wiper ganti, singgah beli barang sama...jadi la bertolak koi 11pg... errr...hihihi. Alasan...alasan.... (^_^)



Macam biasa, kami bergerak dgn keta ayah. Selalunya acu aja yg ikut, tp kali ni...pakcik pun ikut sama. So...mmg padan la keta. Tapi, kami mmg suka ramai2 ni. Lagi ramai lagi meriah. Baru syok cuti. Kalo paklang dan along ada....plus anak2 lg 3 org...mesti lagi happening. (^_^)



Sbb keta agak penuh, anak lepak atas beg2 sebelah pakcik...saja akai nk kacau pakcik je la tu. Hihihihi. Kami singgah kat RnR Bukit Gantang, sambil rehat sambil pekena durian...best wooo....hihihi

The best thing is, kalo makan kat RnR jugak...seller mesti akan carik durian elok2 kat kita. Hihihi...



Kami sampai ke Brinchang around 3.30pm, kami menyewa kat Apartmen Densiko. Sebelah Homestay yg kami amik tahun lepas.

Homestay ni ada 4 bilik dan 3 bilik ayaq. ID pun lebih cantik cuma agak padat. Tp dua bilik dpn ada 2 katil queen. so 4 bilik, ada total 6 katil queen. So mmg ramai la bole dok sini.

Uniknya, water heater dlm bilik ayaq..pakai gas...hihihi. Jakun lak kami. Dua bilik tidur depan, siap ada ceiling fan lagi...hihihi.

Anak nk pasang kipas, abah tamau. Sejuk. Sudahnya dia cakap, "Abah, tutup la econ. Abang nak pasang kipas ni."

Dan kami....bantai gelak la...mana ada suis ekon anak oiii....hihihi



Actually, salah satu sbb nk naik CH selain drp berehat dlm cuaca sejuk...aku nk tunaikan hasrat nk bawak mak makan steamboat kat sini. Mak sangat suka steamboat kat CH ni. Actually kami adik beradik nk bawak masa besday mak hari tu, tp kebetulan minggu sblm tarikh yg kami plan...ada banjir di Lembah Bertam. So, x pasti dgn keadaan CH...kami tunda.

Happy sangat bila dapat luangkan masa mcm ni dgn family. Duit banyak pun x guna kalo tadak keluarga yang bahagia. Alhamdulillah. Syukur.



Besok paginya, lepas check out kami ke Kg Taman Sedia nk pekena dan tapau eskrem stroberi di KHM. Tapi...sekali lagi...tutup. Tatau la if mmg dah btoi2 tutup atau x kena hari kami pi.

Sudahnya kami makan kat Rose strawberry dan tapau dr Rose stberi, Opah Strberi dan Al-Mashoor. Still, paling sdp eskrem KHM. Presentation pun menang kat KHM. =(

Tp Rose punya pun not bad. Tekstur...win by Opah Stroberi. Sos win by Al-Mashoor. Tp kalo nk bawak balik, x recommend Al-Mashoor punya. Sebab bila dia mencair dan kembali beku, teksturnya dah jadik mcm aiskrim malaysia.



Buat kali kedua, aku berjaya turun dan cuci mata di Kea Farm. First time ialah masa kami first cuti berdua di Cameron Highland...which is almost 9 years ago. Hihihi...

Lepaih drp tu, aku mmg x pernah turun kat Kea Farm setiap kali singgah. Sebab keja aku, jaga anak2 dalam keta. Lagipun selalu mai weekend...nk parking keta pun susah kan? Dengan org yg sesak gila...sebelum ada anak yg hilang...baik la aku jaga 4 beradik tu dalam keta. ;)



I love roses.



TQ, darling. TQ sweetheart.



Minum teh mmg xtvt wajib la kan? Kali ni x sempat pi Bharat. Cuma singgah di Teh Ombak Rindu (ganti nama BOH....hihihi) otw turun ke Simpg Pulai. Walopun kami nk ke Kajang, kami x turun ikut tapah...sebab aku tringat pengalaman kami naik ikut tapah dulu...hampir kena tanah runtuh. So, dah x berani....hhuuhu....lgpun jalannya kecik sgt. Risau aku...

Walopun teh kat BOH ni mahai sgt, tp rasanya kita bayar suasananya...bukan sekadar tehnya. Aku mmg sukakan sgt2 suasananya. Kalo la x kerana mengejar masa...mmg nk lepak lama lagi...hihihi.

Takpa...insya-Allah. Ada rezeki...panjang umur...kita bercuti lagi. Tapi dengan keluarga yg lebih besar. Lebih happening...lebih bahagia. Amin.

XOXO




Welcome 2014


Semoga tahun 2014 membawa seribu erti buat kita. Semoga tahun 2014 menjadikan kita hambaNya dan muslim yg lebih baik.

Semoga Allah memelihara kita dan keluarga kita. Semoga kita sentiasa di dalam rahmat Allah.

Terlalu banyak plan dan benda yg nk dicapai.
Tapi apapun, selepas penat di tahun 2013, jom kita mulakan 2014 dengan percutian singkat, insya-Allah. Kadang2 berehat beberapa hari boleh memberikan motivasi berpanjangan buat kita.


XOXO