Juvana The Movie

Actually dah lama aku watch this movie, ye la dah namanya masuk panggung bulan 1 ni pulak dah bulan 4. Tapi baru berkesempatan nak share. Aku sangat sangat sangat suka dgn Juvana The Movie ni, salah satu sebabnya...crita dia lain drp yg lain dan nampak sangat real.

Memang agak ganas, tapi superb. Aku tgk berkali-kali sbb aku buat peneman waktu aku buat kek especially awal pagi ataupun tgh malam. Memang x bosan la.


Sinopsis


Kisah ini bermula beberapa bulan selepas tamatnya drama Juvana. Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari sekolah juvana ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba menjalankan kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia luar tidak jauh bezanya dari kehidupan dipenjara juvana.

Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis. Pengawal yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa memerhatikannya. Daim juga bekerja keras di sebuah kilang membuat batu bata untuk menyara hidupnya. Statusnya sebagai bekas pelajar juvana juga menjadikannya tumpuan pekerja lain. Kalau ada salah dan silap yang berlaku, maka dia yang dipersalahkan.

Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan. Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa ikan. Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua pelajar.

Namun begitu, kita lihat Apek tidak banyak berubah dari seorang penjahat. Dia mula membuli ramai pelajar lain, terutamanya musuh-musuhnya yang terdahulu. Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang sudah mula naik belang di sekolah baru itu.

Di dunia luar, Daim menjadi sasaran apabila pelajar sekolah lain mengetahui masa lampaunya sebagai pesalah juvana. Mujur ada Sara, yang mulai akrab dengan Daim dan banyak membantunya, terutama dalam bab pelajaran. Satu hari, Daim mendapat tahu yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat dengan Sara, dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain.

Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. Pihak sekolah cuba menghalang, tetapi Lan Todak teruskan rusuhannya. Mereka cuba menawan kesemua pelawat ke sekolah mereka pada hari itu, dan Daim serta rakan-rakan lain pula yang terpaksa bertindak menyelamatkan para pelawat serta diri masing-masing dari Lan Todak.

Mereka berjaya selamatkan kesemua pelawat itu akhirnya, namun Botak kembali untuk berdepan dengan Lan Todak. Dalam perbalahan yang berlaku, Botak hampir terkorban dan ini membuatkan Apek pula sedar akan kesalahannya selama ini. 

Note : Tapi nk ada sambungan ka? Sbb ending ada muka Bront....warden sekolah WiraBakti dulu....hm....
Lan Todak mmg menjadi arr...seram ja tengok dia...dgn tatu segala bagai...






XOXO

Demam PRU13

Rasanya takdak org Malaysia yg dah cukup akal x tau next PRU is really coming soon.

Suasana pilihan raya sangat2 la terasa. Even dr halaman rumah aku pun dah penuh dgn macam2 bendera. Sangat meriah. Tp, 1 gud things untuk org2 kawasan aku...depa can sit side by side dan lepak skali walopun berlainan fahaman...janji jangan gadoh sudah. Kita dah cukup matang untuk bergaduh dan provokasi.

Jom layan gambar dari laman rumah aku...hehehe





20hb lepas, hari penamaan calon...inche suami and the gang ikut serta ke Dewan Kenangan yg baru. Semua picas kat bawah ni dr lensa husband yg aku amik sikit2...x larat nk amik semua...hahaha...












Note : Tringin jugak nk ronda2 pi tgk replika2 yg mcm2 especially kapal terbang besaq kat sik dan bukit meriam...hehehe...kat umah aku ada cincin ja.

XOXO

Alhamdulillah...syukur...

I'm so excited, balik drp lunch hari ni dikejutkan dgn beg yg ada nama dan kain telekung untuk solat atas meja.


Kompius jap, otak x le nk berpk... then look around...semua org tengah excited dgn telekung masing2.

A special thank you to Izmin, Maria, Kak Ayu dan Shima untuk hadiah ni...pandai hangpa cari saham akhirat no. Totally speechless buat seketika. Its really lovely. Terharu sangat2.



Aida punya, insya-Allah saya akan sampaikan this weekend. Afzan punya saya dah passkan to Adnin.



XOXO

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Another series from print to screen. Aku dah baca buku ni, pinjam buku adik ipaq aku. A very sweet love story dan di potraykan ke dalam screen jugak dgn sgt sweet buat masa la. hehehe.



Mulanya cam x kena lak nampak Izzue dgn Tizz ni. Sebab Firash been imagined as someone yg nakal dan keras kepala walopun dalam ati ada taman. But, they did well... (^_^). Hilang imej known Izzue and he become totally Firash. *like*like*like*....hahaha

Aku missed 2nd and 3rd episod and probably gonna miss episod 4 tonite. Tp no worry, with this new world...apa susah? Download ja....hehehe


Syaf tidak pernah terfikir jodohnya dengan Firash,adik kepada kekasihnya Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang ke jinjang pelamin,
 Namun,satu peristiwa hitam mengubah segalanya.

Syaf,Farisah dan Firash masing masing dijemput hadir ke sebuah majlis hari jadi Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merencanakan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash,namun sebaliknya berlaku. Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan mencurigakan.

Datin Farizah(Wilma) telah menasihati Firash supaya berkahwin dengan Syaf. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar. Firash menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf 4 tahun lebih tua daripadanya.Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya (mak Firash) demi menjaga maruah keluarga Datin Farizah dan tidak mahu hubungan adik beradik terjejas kerananya.Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf walaupun Syaf tidak cinta akan Firash. Syaf menganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.

Perkahwinan Farish dan Syaf dilakukan secara rahsia.Tiada seorang pun ahli keluarga dijemput dan dikhabarkan termasuk bapa kandung Firash dan Farisah Datuk Fakhrul.Farish membawa diri kerana sedih Syaf akan berkahwin dengan adiknya sendiri. Pada hari perkahwinan, Farish terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf, Firash melarangnya untuk hadir ke majlis pengebumian Farish kerana takut status mereka.

Kehidupan Syaf sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan,apatah lagi status mereka masih dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan kawan-kawanya masih meneruskan kehidupan sebagai pelajar jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikutkah kehendak anaknya Firash yang masih kurang matang namun tetap berusaha untuk menyatukan mereka.
Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali mereka bertemu. Kalau bertemu pun, hanya kata-kata sinis dari Firash yang Syaf terima.Syaf tetap terima dan memendam dalam hatinya.Suatu hari Datin Farizah merancang untuk buat kenduri arwah Farish di Terengganu. Syaf turut dijemput,Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat Datin untuk mengelak kemusykilan.

Di sana, Syaf berjumpa dengan rakan universitinya Haqimy yang juga abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka ketika belajar. Melihat kemesraan Syaf dan Haqimy,Firash jadi cemburu.

Dalam marah dan cemburu pada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula menyukai Firash,dia menerima sepucuk surat dan sekeping vcd menunjukkan kemesraan Rania dan Firah. Raina masih tidak berputus asa menggoda Firash walaupun mereka adik beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba bagi penjelasan tapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu baru Firash sedar ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf padanya.
Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi Syaf sebagai isterinya?


XOXO

Travelog : SP to Bangi to Kajang (April 11, 2013)

Alhamdulillah, kami sekeluarga kembali untuk perjalanan seterusnya. Perancangannya kami nk bertolak dr rumah mak koi 11pg. Sbb malam sebelumnya anak demam, kami kluaq awai sket...koi 9.30pg dah kluaq pi klinik sbb takut lambat nk bertolak. Selalunya Dr Akram koi 9.15-9.30 dah ada kat klinik. Dugaan btoi bila 10.30 br dia masuk dan kami org yg ke4. Aduhaiii....

Sudahnya kami bertolak dr rumah mak koi 12.50 sbb hubby siapkan lampu auto kat mak ayah. Lampu auto? Alah...lampu yg menyala bila gelap dan tutup sendiri bila dah cerah. Hahaha.

Kami singgah solat dan makan kat Bukit Gantang dan perjalanan agak perlahan sbb hujan lebat hampir sepanjang perjalanan. Walopun x laju mana tapi Alhamdulillah, perjalanan kami agak lancar walopun kami reach KL around 6++. Jammed hour tu. Hehehe.

Kami straight ke Bangi dulu untuk shopping barang2 kek. Sebab kalo x shopping terus mmg x sempat dh nk shopping esoknya. Aku beli x byk mana sbb nnt nk tambah barang Acu dan PakCik lagi. Takut x celuih keta ja.

Aku perasan, YUMMIE atau BFee Cake Ingredient dan bertambah lg 1 lot kedai, dr 2 lot kepada 3 lot. Waa... makin maju nih. Hehehe.

pic dari gugel


Dari Yummie, kami terus tapau Sate Kajang Hj Samuri. Dah byk kali mai Kajang tp x sempat nk makan sate Hj Samuri.


Dekat2 dgn Yummie ada 1 caw Sate Kajang Hj Samuri, kami tapau kat situ je beberapa jenis sate. Sate ayam, sate daging, kambing, perut dan arnab. Tp...hampeh. To be honest, baik aku makan sate jumbo lagi sedap. Ni sate kambing dgn daging sama ja rasa...xdak rasa manis daging/kambing. Mcm makan daging rebus yg dibakar...x berperisa...sib baik la kuah dia sedap. Aduhaii...frust btoi.

Kami sampai rumah kak koi 9mlm. Elok kami sampai, Pakcik pun sampai. Tak nyempat-nyempat nk makan pulut sambai yg mak bawak. Hantu pulut btoi la mamat ni.Perut kenyang, masing2 pun tidoq awai sbb dah letih travel dan sok nk kluaq koi 8 pagi...ke? Jeng...jeng...hahahaha

XOXO

Tahniah... Ariq Ulwan b Aizad

Congrats to my dear friend, Aida and her husband. A new family member on 9 April 2013, hari selasa. They did it. Hahaha. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa mereka berdua selepas dikurniakan 2 org puteri sblm ni.




Ariq Ulwan hanya 2.3kg sbb x sabaq2 nk keluaq. Abt a month earlier than due date.

Take care, dear.

I am proud, my love...

Semalam waktu aku pick up anak, anak tgh lena. Anis dan makndak tunjukkan aku exam paper anak. Terkujat aku. X sangka anak ada exam sbb dia x bgtau aku pun. Aduhai....

And know what? Surprisingly....anak punya result outstanding. Bg aku...kalo dia bole reach 50% pun aku dah proud enuff for this first test since dia x mmg x pernah attend any official class before tadika ni.

You want to know his result?

BM = 76% (alamak, anak...kat umah kita ckp jepun ka ~ to many watching super hero series kot)
BI = 90%
Jawi = 92%
Arab = 94%
Matematik = 100%

WOW....


Mungkin aku agak OVER...tp ada aku kisah? Anak aku tu. Walopun just a beginning...x salah utk aku bangga kan? hehehe.

Over the weekend, kami 2 beranak have a casual chat.

Anak : Ibu nak tau dak apa cita-cita abang?
Aku : (Terus kalih tgk anak). Cita2? (I asked him)
Macam weird bila anak tiba-tiba ajak aku sembang pasai cita2. To be very honest, aku x pernah sentuh abt this dgn anak. Not yet.
Anak : Cikgu cakap, semua orang kena ada cita-cita.
Aku : OK. Apa cita-cita abang?
Anak : Abang nak jadik doktor haiwan.
Terbeliak jugak bijik mata aku. Doktor Haiwan? Another unexpected from him...a specific area chosen.
Anak : Awat ibu? Abang x bole jadik doktor haiwan ka?
Aku : x la. Cuma ibu hairan pasai apa abang nk jadik doktor haiwan.
Anak : Sebab abang rasa, doktor orang dah banyak....doktor haiwan x banyak.
OoooOOOOoooo
Anak : Bila abang jadi doktor haiwan, abang bole rawat kucing wawan bila sakit.
I just smile to him and say.
Aku : Ibu x kisah abang nak jadi apa asalkan abang jadi orang baik. Kalau abang nak jadi doktor haiwan, abang kena rajin belajar. X bole asik nk main saja. Ibu selalu sayang abang dan sentiasa sayang abang. 
Anak : Ok, ibu. Anak ceria sbb aku x halang dia jd doktor haiwan kot.

To be very honest, aku x kisah apa cita2 anak aku. Asalkan dia cita2 dia mulia dan dia berusaha ke arah tu. Dalam tempoh membesar, cita2 dia mungkin akan berubah. Aku akan sentiasa support dia, sbb dia anak aku. Aku nak dia membesar sbg seorang muslim yang baik sebab seorang muslim yg baik dan teguh foundationnya akan menjadi manusia yg berjaya. Insya-Allah.



XOXO

Akhirnya...BUBAR jugak...


Alhamdulillah...lepas penat menunggu lebih setahun dan menyampah x bubar2 sbb x dapat ilham....bubar jugak Parlimen MALAYSIA. Masa untuk siap sedia....hahahaha... INI KALILAH...





XOXO

Fast&Furious 6

Aku mmg fan Fast and Furious....adusss...cant wait to watch it...especially after watch this trailer...



XOXO