63 petua bahagia Dr Fadzilah Kamsah

Email : mohd naim mohd zain

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

sumber : http://idhamlim.blogspot.com/2009/10/63-petua-bahagia-dr-fadzilah-kamsah.html

Kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin

Email : mohd naim mohd zain

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik


Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.


Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

rujukan : http://idhamlim.blogspot.com/2009/10/kesilapan-yang-kerap-dilakukan-oleh.html

Today...

I dont know why? But my heart dont feel good today. Am I stress?

Anak ibu...


x tau la apa yg di pk kan oleh anak...???

6 years celebration in Celestica

Sedaq x sedaq dah 6 tahun aku di Celestica. 6 years ago on date 06/10/2003, aku report work together wif Aida and Kak Irah. Actually kami 11 org yg report work as CDMers. Nampak gayanya kami ni dah sign skim pencen la kot...

^_^

Thanks to Zamri for his decision to hired me and also thanks for giving me a lot of oppurtunity in my career including sent to Thailand and China. As of now, aku x bersedia nk travel sbb aku masih BF si lil' hero. Lagipun major site aku la adalah Kulim. China dah jadi minor site untuk aku after aku release Tejas to Ary.

Sebenarnya, aku x plan for this event. Aku cuma igt nk bakaq sebijik dua kek untuk makan2 dengan kengkawan. Tapi bila kengkawan tau (Aida, Kak Irah, Jamil, Kak Ros, Kak Ayu dan Kak Lina) they decided to join.

Sudahnya...jadik macam2 la. All are sudden.

Aku bakaq 2 bijik kek cokolat, Aida buat 2 bijik triffle, kak Irah bawak lemang dengan serunding bagai dan Jamil bawak ayaq kotak. Yang lain sama2 kongsi duit beli nasik ayam untuk team.

Rasa besh ja...

Persediaan sebelum event.

Apa si ibu mengandung ni buat?

Barisan para sponsor (x lengkap tu...)

Jamil, aku, kak Irah, Aida dan kak Ayu

Antara menu yg dihidangkan

Aida sibuk potong kek dayang senandung

Seronok aku tgk suasana ceria mcm ni

Stoknya si ibu mengandung ni...

Makan time

Thanks to Yazery for grooming while under his supervision.
Thanks to all bosses, I've ever reported to. Thank you very much.

Anak abah

Tengokla 2 beranak tu...kalo tgk tv...sama naik ja depa. Sian ibu...

Tengok apa tu?


Dinner and fever?

Semalam kami attend, wedding reception Nana di Penang Golf Resort. Theme? Arabian nite... tp kami mcm biasalah...pakai ja apa yg ada...hehehehhe.

SELAMAT PENGANTIN BARU, NANA dan SUAMI.

Ramai jugak member2 yg mai. Kami dok 1 meja dengan family Aida, Jamil dan Man. Riuh la gak.

Anak ushar bighead cam x puas ati...
"Ibu, ni ka org yg dok cr pasai dgn ibu hari? Anak debik mau dak?"

Princess bighead pun ushar x puas ati...jeles la kot...hahahaha

Balik ja dr dinner...anak tetiba ja demam. Uiks...pasai pa ni?

Sian anak ibu, x mo la demam. Bgn la...main...

Hantu Laksa

Aku notice lately, anak aku mmg suka makan laksa. Bayangkan, mangkuk cam dalam pic tu dia boleh abih kan setengah mangkuk. Dan bukan makan laksa kosong or laksa dgn kicap...tp laksa dengan kuah. Tp kuah x la byk...sikit2 ja...


Bila acik lambat suap, anak cuba buat rampasan kosa sudu nk suap sendiri.
Aku rasa ni penangan aku waktu pregnant dulu la ni. Waktu pregnant aku mmg alah teruk, makan apa pun sumagerenti kluaq balik. Sampai tereyak2 muntah. Tp letak ja laksa kat depan, x ckjp byk...terus ngap ja...hehehehehe...
Turun kat anak la kot no...

H2H - 10 Tahun

3/10/1999 ~ 3/10/2009 - 10 tahun dah berlalu.



Ada apa dengan tarikh ni?

10 tahun lepas, pada pukul 3pg...mr hubby propose my thru phone. Will you marry me? Shocked and surprised but really love it.

Tapi mr hubby mintak bagi dia 5 tahun untuk masuk meminang secara rasminya. Yelah...waktu tu baru 18 tahun...terlalu mentah kan....hehehehe

3 tahun aku di UiTM (Arau, Permatang Pauh dan Shah Alam) dan 2 tahun hubby di IKM Sg Petani, kami berhubung melalui surat (waktu tu hp ni sesuai yg canggih...kureng mampu). Yang pasti, 1 surat sehari (bayangkan...tiap2 hari tulis surat...hahahahha) dan surat2 tu kami simpan dalam peti kayu sebagai kenangan di hari tua... Insya-Allah.

Genap 5 tahun, pada 3/10/2003 mr hubby mengotakan janjinya kami mengikat tali pertunangan. Sebahagian bahagia dah menjadi milik kami. Alhamdulillah...

Dan hari ni 3/10/2009, genap 10 tahun dari tarikh lamaran pertama...kami bahagia melayari rumah tangga kami dengan diserikan seorang hero kecik.

Doa kami...Allah akan merahmati dan memberkati rumahtangga dan kasih sayang kami selamanya.

I LOVE YOU, HUBBY and THANKS FOR LOVING ME.

p/s : cuba nk upload pic lama2...tp x menepati piawaian aurat la pulak...dan yang selepas kawen lak...pendrive x le baca lak...pehal la pulak pendrive ni? isk...isk...isk...

Selamat Pengantin Baru Ajon dan Linda

Pada 6 Syawal lepas, 25/10/09 telah berlangsung akad nikah antara Ajon dengan Linda. Ajon ni sepupu aku (anak long yg ke-3, anak abg mak).

SELAMAT PENGANTIN BARU, doa kami...kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Ajon ni terkenal dalam keluarga kami sebagai sorang penceria suasana. Kalo dia ada, mmg lain suasananya. Tapi hr tu, sblm pi akad nikah di Padang Geh...Ajon senyap sunyi. Berdebar kot.

Semua orang terasa kelainan Ajon tp yg pasti...mmg jadi bahan usikan.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Linda menjadi isteri Ajon yang sah. Dan seperti yang dijangka... baru terdengaq suara Ajon kembali....hahahaha

^_^


Mashamnya muka anak ibu ni, pasai apa anak?

Cuba teka...daun apa ni? Kalo x le jawab...jawapannya ada di bawah.

Acu, awat org ramai sgt?
Hensem dak cucu dan wawan ni?

Saat persetujuan ditandatangani

Debaran sang puteri

Penat Along Apit mengasuh Ayan dalam masjid

jeng...jeng...jeng...

Uda (kakak Ajon) dengan Fatihah (anak kak Ani, kakak Ajon yg sulung)

Acik melayan melayan Ayan

Macam kenai ja hp ni? Bukan hp ibu ka acu?

Kan ibu kan? Betoi kan?

Cameraman caught on the camera...my hubby

Kek suji yg aku buat untuk makan2

Marble cheesecake yg aku buat jugak...laris sekali

Hero kecik yg letih

Inilah hasil dr daun tadi...dah dpt jawapannya?
Jawapannya, daun ketum la...hehehehe
Pahit nak mampos...sib baik Ajon x minum sebelum akad nikah.
Kalo dak????
Insya-Allah majlis resepsi akan berlangsung pada cuti Deepavali akan datang. Insya-Allah kakdik akan buat kek coklat yang sedara mara suka sgt2 tu.