Makan kenduri

Menyantuni jemputan kenduri akikah 2pupu husband.





XOXO Lots of loves -H3H-

Rutin maktok

Hari ni amik alih tugas acu bawak maktok pi beli barang dapur.

Awai amat kluaq. Koi 8 dah kluaq pi beli barang dapur. Dah macam nak masuk opis πŸ˜…

Tapi...tetap ramai amat orang. Public holiday katakan.





Penangan banyak sangat baca AU from Indo, terasa nak makan Indomie lak 🀭



XOXO Lots of loves -H3H-

Us

Malam ni, ibu gantung periuk sebab abah dah janji nak bawak ibu pi beli mocheese kat Lorong Basah Tekak.

Malam ni pun orang dah ramai. Sok malam mesti lagi ramai. 

Sudahnya kita makan kat HotMas after first dengan second choice tutup. Mungkin sbb jumaat kot.



Now...perut dah penuh...jom kita kawad untuk bg turun perut 😬


Dah tak basah tekak la...dah tukaq nama pi Siar Seni lak πŸ˜…











And anak...memang suka candid pic ibu dengan abah dr belakang. Sebab? Abah suka sabotage gambar dari depan πŸ€ͺ




Sometimes, this little things cukup untuk buat kita bahagia πŸ˜‰

XOXO Lots of loves -H3H-

Kepek Pisang




As requested by him....kerepek Pisang.

1 balang try resepi guna air garam
Mixkan ⅐ cwn air dengan ½ tsp garam+½ kunyit 
Setiap gorengan, pourkan 1 tsb air garam kunyit tu. Masak sampai tak berbunyi.


1 balang lagi try resepi guna butter.
Rendamkan Pisang dalam air bergaram sebelum goreng, setiap gorengan addkan 1 tbsp butter.

To my liking, aku suka yg guna butter lagi.

XOXO Lots of loves -H3H-

Ibu masak apa hari ni?

Simple lunch





Sambai telur - abah nak telur pecah, ibu nak telur rebuih goreng. Kita combinekan je πŸ€ͺ
Sayur pakchoy garlic
Chicken popcorn 
Pekasam

Alhamdulilah. Kenyang. Tersandaq.


XOXO Lots of loves -H3H-

Ibu masak apa malam ni?

Malam ni try out resepi viral baru.
Simple amat, Dan sedap. So...bole buat lagi next time 😬.

Satu adunan daging ni ..aku bole buat 5bj roti. Tp gemuk2 la isinya. Kalo kurang sket inti...bole byk bijik lagi la 

Tp ni version segera...sbb roti guna paratha ja πŸ€ͺ




3bj boh cheese. 2bj lagi tak boh cheese.

Yang pentiiiiing...laki kata sedap 🀸🏻‍♀️🀸🏻‍♀️🀸🏻‍♀️

Resepi...from here πŸ‘‰πŸ»πŸ”—

XOXO Lots of loves -H3H-

Lunch @ Ayam Gepuk Utara

Ada budak request nak makan Ayam Gepuk Utara hari ni.
Tak pernah try lagi ni.



Sedap jugak wedges ni





Ok jugak kedai ni. Similar ja dengan ayam2 gepuk lain.
Tapi, anak kata dia prefer lagi Ayam Gepuk AG.

Ibu? Hahahah...rasa lebih kurang ja.

XOXO Lots of loves -H3H-

Ibu masak apa malam ni?

Bihun goreng jeeee...
Lama x goreng bihun. Pikir menu apa tu....lg susah dari masak tau. πŸ˜…




XOXO Lots of loves -H3H-

Perginya seorang lagi

Semalam, baru dok sembang dengan mak dan Saiful pasai Ijat yg ditidurkan lepas rebah di homestay dalam menguruskan ayahnya yg masih kat ICU.




Subuh hari ni, dapat berita ..Ijat akhirnya kembali. Kembali buat selamanya kepada Sang Pencipta.

Innalillah. Semoga Allah merahmati rohmu dan memelihara keluarga yg ditinggalkan.

Ijat selamat dikebumikan di perkuburan Kg Pinang lepas asar.




Perginya seorang second cousin yg nak kata sgt rapat tu...tidak. Tapi dia selalu bertanya Khabar dan bertegur sapa.

XOXO Lots of loves -H3H-

Brunch @ Daily Coffee

Its her birthday semalam. So, pagi ni...kami paksa jugak dia brunch dengan kami.
Selain tu...rinduuuuu...maklumla...dah lama work from home. Kami mana bole tak jumpak lama-lama....kena pi retuk kuman tu. Hahahha

Pagi ni, kami chose Daily Coffee Kulim sebab tak pernah lepak lagi. Asik Rumah Kuih ja, jom tukar angin lak.

Happy birthday my kakak cantik. Nanti I buat kek untuk you na. For now, sila makan kek ni dulu....hahahha









My creamy tomyam pasta

Aku suka soup dlm ni

Hari ni, sempat la spend 3 jam "we time". If dengan depa ni, 3 hari 3 malam pun tak cukup. Proven dengan trip trip sebelum ni pun. Hahahah








Terima kasih, Aizat untuk ole-ole from Sabah.




Sesekali jumpak, bawak balik berbondong-bondong. Ni lak choc kirim kat Razif hari tu. Masa kerja sehari hari tu, Razif MC, terseliuh. Soknya pulak dah work from home πŸ˜†. Maksih ya, Afzan sebab jadik posmen.


XOXO Lots of loves -H3H-