TUKAR CARA BERDOA

Pin on Anime Wallpaper iPhone
 
INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.
🍀FORMULA 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.
🍀FORMULA KE 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."
Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.
🍀FORMULA KE 3
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,
" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
🍀FORMULA KE 4
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.
Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,
' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.
🍀FORMULA KE 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,
' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'
🍀FORMULA KE 6
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'
Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.
Kredit : Tanyalah ustaz
XOXO Lots of loves -H3H-

New facemask

New facemask into collection.
Facemask kain, tapi ada slot untuk boh filter.

Sedap pakai, sebab lembut dan ikat belakang


XOXO Lots of loves -H3H-

2 Ramadhan 1441

Dah lama rasa tak selfie.

Alhamdulillah... Selesai hari kedua puasa Ramadhan.

Walaupun berbeza suasananya... Ramadhan tetap bulan Penuh Rahmat dab barakah.

Kami masih dengan misi untuk khatam quran. Insya-Allah. Semoga niat kami dipermudahkan.




XOXO Lots of loves -H3H-

Cekodok

Malam ni, craving cekodok.
Nak buat cekodok pun kena call mak. Hihihihi.

Alhamdulillah....jadiiiikkkkk








XOXO Lots of loves -H3H-

My Family in Celestica

Say hello to them.

They are my family in Celestica.
Previously, I spent about 10 hours a day with them.

After years, they feel more like family than friends.


 










 


XOXO Lots of loves -H3H-

Hello Monday

Good morning.

Hari ni awai log in masuk keja. Koi 7.40pg dah siap kopi o panaih dgn biskut patsagi dan on lappy.

Tergoda dengan gambaq kopi o panaih cicah bahulu from AZ... Jumaat hari tu 😅... Merap husband belikan kopi kampung dan biskut patsagi. Ni breakfast ruji kat opis kalo mak tak hantar breakfast 😁. Dah sebulan lebih tak masuk opis. Rindu pulak dengan menu ruji ni.

Hari ke 6,first week of 3rd PKP. Tak sangka dah 34 hari PKP. 8 more days to go...Insya-Allah...tu pun kalo x sambung PKP4. 💪🏼💪🏼💪🏼

Itupun kalo end by this phase 3.


Ok...time to get back to work. Super hectic Monday dengan few escalation. Dah nampak during weekend. But decided not to on laptop. Menikmati my weekend sambil layan Kingdom Season 2. A bit late untuk org yg sngt menunggu season 2 for a year 😅. Lambat layan sebab tau ada season 3 kot 😝😅

XOXO Lots of loves -H3H-

Burnt Oreo Cheesecake for my 🐻

Budak kecik ni dok mintak kek oreo since his birthday 😅. Tapi, ibu sangat bizi (bz apa ntah).

Semalam baru ibu baked kan burnt Cheesecake oreo untuk budak kecik ni. Inipun sebab ibu nak pulangkan dah oven Acu 😂.

So... Kena check org repair oven bukak dak... Sebab repair hari tu... Tak OK pun. Atau kena beli oven baru 😪. Nanti2 la kita pk. Dah nak posa pun 😅.

Hari ni, bila ibu cakap ibu buat dah kek untuk baby ibu.

Surprisingly... He answered me with...
"Abang bukan baby ibu la... Abang teddy bear ibu." 🤣🤣🤣🤣

Yelah Yelah... Teddy bear 🐻 pun bole... Asai kan ibu bole gomoi awak 😝






Menikmati ciskek dgn aiskrim vanilla.... Sedap gila combination ni 😍


#rayyanhiwayat
#ibudananakpunyamoment
#teddybearibu
#pkpphase3


XOXO Lots of loves -H3H-

Barat vs Timur

Kemain eh tajuk?

Hahahaha....mak request nak makan spagetti. As usual, kalo kat rumah ni...kena buat dua2 kuah. Carbonara dan bolognese.




While seketoi Rayyan sambung makan burnt ciskek oreo


As depa makan spagetti....aku layan ikan dengan ayaq asam bodo. Sedap weiiii....bertambah nasik.

XOXO Lots of loves -H3H-

Covid-19 : UPSR dan PT3 2020 dibatalkan




Rumusan ringkas sidang media bersama YBM KPM sebentar tadi.

✅KPM akan umumkan pembukaan sesi persekolahan dua minggu lebih awal.
✅Spm dan sijil vokasional ditunda ke suku pertama tahun hadapan.
✅Peperiksaan Semester 2 dan Semester 3 STPM diubah kepada Ogos 2020 dan suku pertama 2021.
✅Tarikh masuk IPT bagi program diploma dan matrikulasi adalah pada Julai 2021 dan program ijazah pada September 2021.
✅UPSR dan PT3 dibatalkan
✅Pembatalan UPSR dan PT3 tidak jejaskan penilaian murid. Penilaian kaedah baru akan dibuat.
✅KPM akan pastikan akses murid kepada PDPc diutamakan.
✅Pembelajaran dirumah secara atas talian perlu ambil kira kekangan guru dan murid dalam sampaikan pelajaran.
✅Perubahan tertakluk kepada hasil perbincangan (mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid).
✅Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan.
✅Penjarakkan sosial tetap akan dilaksanakan di sekolah.

XOXO Lots of loves -H3H-

Dessert box

Walopun ibu juai kek, ibu suka jugak order daripada kawan2.
So today, order dessert box from a friend. 



XOXO Lots of loves -H3H-

PKP Day 27

Dalam serabut segala Kelas online dan homeworks...dia dan lagi melukis 😅

Dia kata yg kiri tu dia...yg kanan tu abg Nazuan dia 😅




Watak dari komik Gaza kalo ibu x silap 😁


XOXO Lots of loves -H3H-

Mereput di rumah

Abih punya mereput di rumah... Tatau nak buat apa... Rasa nk makan coq pisang... Cari pisang x jumpak2. Sudahnya try buat donut sosej la pulak. Guna resepi donut yg sama hari tu.




Tadak org puji... Kena puji diri sendiri.... Sedap oiiii.... Gebu jugak... Lembut jugak.... Yg penting... Sedap makan macam tu saja.



Goreng tak byk.... Yg lain... Buat frozen.

XOXO Lots of loves -H3H-

Happy birthday Paklang dan PakCik

Hari kita celebrate belated birthday untuk Paklang (besday semalam) dan advance birthday untuk PakCik (29hb nnt).

A simple lunch ja... Sbb kot mana pun memang kena makan kan... Hahaha...

Cuma beza ya hari ni... Kita ada eskrem 2 tub besaq from nestle. COD direct ke rumah. Tq, Tasya dan Nazri. Sedap sgt eskrem nestle ni. Nanti bole order lagi... Insya-Allah. Sib baik la kat rumah ni ada freezer... Kalo dak... X bole la nk order 🤣🤣🤣


Kita kluaq drivethru KFC sat untuk tambah Seri menu lunch kita.



While aku dgn mak sebenarnya pulun kerabu daun salom dan sambai kari ja yg lebih 🤣




XOXO Lots of loves -H3H-