Travelog : Cuti2 Malaysia Part 1 (Bertolak) - 24 Feb 2012

24 Feb 2012 - Jumaat.

Hari Jumaat ni aku masih kerja macam biasa sbb ayah cakap nk bertolak malam. Plannya nk bertolak dalam koi 10-10.30 mlm mcm tu. Aku cargas koi 5.15 dr opis sbb beg x pack lagi. Hehehehe. Aku kan last minute punya orang....hahahaha...tp tgk keadaan la. Bukan suma last minit.

Waktu aku balik dr Kulim Hi-Tech hujan agak lebat. So aku bawak dengan penuh berhemah la...sbb aku ni kureng sket penglihatan dalam gelap dan ujan lebat.

Bila aku sampai umah makndak...aku tgk mcm br lepas ribut ja...mmg selerak dgn daun2 atas jalan...tp mak ndak ckp ujan lebat ja...x sampai ribut. Alhamdulillah.

Anak mmg sgt2 excited bila aku pi amik dia sbb dr pagi dia dok nyanyi nk pi umah kakak...nk pi umah kakak....nk pi umah kakak. Bila nampak aku...tanya lagi...malam ni kita tidoq umah kakak kan ibu? Ye lah...ye lah...jawab aku...hehehehe.

OTW balik umah, aku perasan byk pokok yg tumbang dan banyak ranting dan daun2 atas jalan dr area loji ke umah aku. Masuk ja umah...aku nampak ruang tgh umah aku basah. Confuse sat aku....bila pulak plaster siling umah aku bocoq? Tak pk byk, aku buat dek dan teruih packing baju...anak pun tidoq dr dlm keta so x la kelam kabut nk mop ke apa...kalo dak...kalut la jugak takut dia jatuh.

Dalam 15 minit, hubby balik dr umah MIL. Balik2 ja teruih tanya, umah kita bocoq dak? lagi la kompius aku...slama dok umah tu dekat 4 tahun...x pernah la pulak dia balik tanya aku umah bocoq dak lepaih ujan lebat. Rupa2nya...area umah aku, permtg berangan dan taman kempas kena ribut. Taman aku, 1 rumah ja yg teruk, permtg berangan a few, tp tmn kempas teruk...katanya dlm 100bj umah kena. Alhamdulillah...kami dan umah kami selamat. Nk baca crita pasai ribut...tgk sini la no....

Sebab kami nk tinggai umah berhari2, hubby naik atas bumbung untuk check kalo2 ada genting bumbung yg tergenjak sbb umah bocoq. Mmg ada 2 genting yg bergenjak dr tempat asai...sib baik x ilang...kalo x jenuh jugak la. Siap packing, siap letak genting ke tempat asai, siap mandi suma...kami keluaq umah koi 9.15 malam.

Hari Jumaat malam kan ada pasar mlm taman kempas. Sepanjang jalan, masih ada org meniaga pasr mkm...masih sesak...masih jem....tp org meniaga x seramai selalu sbb byk tempat yg x boleh meniaga. Pokok tumbang. Banyak pokok yg terbongkaih akaq2 kat tepi jln. Mmg teruk la nmpk. Ada gerai roti canai dan nasik lemak yg kami dok makan dulu....ranap teruih. Erk....

Sampai umah mak koi 9.50 malam. Aku makan nasik seround dgn sambai petai udang...sedap. Hubby lak dah makan koteaw goreng kat umah sblm keluaq td. Anak...x mau makan apa...sbb excited sgt nk pi jalan2 dan tidoq rumah kakak.

Koi 10.15mlm kami bertolak dr rumah. Aku kol Saiful, bgtau kami dah gerak. Janji dgn Saiful jumpak kat hentian Tikam Batu sbb dia nk pi boh minyak dan singgah pi bank dulu.

Perjalanan....slow and steady ja...sempat singgah beberapa RNR. Mula singgah Tikam Batu sbb nk tunggu Saiful, pastu singgah Gunung Semanggul sbb Aniq poo poo...gerak sj dr Gunung Semaggul...Bintang pulak poo poo....hahahaha....terbau esen sepanjang perjalanan sampai next RNR..RNR Sg perak.

Bintang tu sapa? Bintang tu kucing mak ayah. Sbb kucing mak ayah banyak dah yg mati kena racun, dan bintang x dan kwn...mak ayah boh dlm sangkar...bwk bintang pi jalan2 sama...hehehehe.

Kami sampai umah kakak kat Taman Sutera Kajang dengan bantuan GPS hp aku...4.55pg...hehehehe.
Alhamdulillah...selamat sampai. Kakak tgh sibuk menumis nk buat nasik lemak untuk kami.

Hubby, sampai ja...terus hampar toto dan GOL....hehehehe...sian pak supir ni ya. Aku lak dgn anak alayan movie Baby&I kat laptop, lps subuh bari masuk lena dalam bilik sblm teruskan plan untuk 25/2/2012... lalalala.

p/s : anak lena sepanjang2 perjalanan...dia la org yg paling bahagia....hehehehe...

dr sg lalang-kajang

XOXO



Lelaki ♥ Perempuan

Malam ni sambil2 lepak, lepas layan Vanilla Coklat...aku dan hubby layan 30 Minit Ustaz Don. Malam ni masih bab aurat dalam solat (bhg 4)...tp byk merangkumi tentang aurat wanita. Aku x sempat tgk smlm sbb otw balik dr KL. Tapi dengarnya pasai pemakaian inner. Nk kena cari jugak nanti ni.

Lepas Vanilla Coklat aku layan BFF-Teman Tapi Mesra di TV3. Sebelum ni crita ni x masuk dlm list aku sbb...ntah la. Tp hr ahad bila ntah, aku balik umah MIL....crita ni ja yg ada...so...aku layan la. Menarik juga, bila kawan baik kahwini kawan baik sendiri sbb nk pastikan kawan baik dia boleh kejar cita2 mcmana dia kejar cita2 dia untuk jd pilot.

AKu suka crita org dah kawen2 ni...hehehe...drp crita org bercinta x kawen2. So, aku google la cr sinopsis dia cemana....ni aku kopipes ja....dr sini...

Sbb aku tgk dah episod 5 ke 6 ntah, aku cr nk donload la...jumapk jugak kat sini...hehehe...

SINOPSIS BFF TEMAN TAPI MESRA (TV3)

Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Selepas SPM, Iskandar diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.

Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka. Selepas berkahwin mereka berpindah ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun mereka tinggal berasingan.

Iskandar dengan kerjayanya dan Shahidah pula berpeluang berkerja dengan pereka fesyen pujaanya, Elaira. Di kala ada masa terluang, mereka akan berjumpa dan bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Tapi tidak pernah berbual tentang cinta. Hanya berbual tentang impian mahu menjadi yang terbaik dalam industri yang mereka ceburi.

Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.

2 tahun sudah berlalu, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Namun, hasrat mereka terpaksa ditangguhkan kerana ibu Shahidah meninggal dunia.

Hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat. Lalu Iskandar sedar bahawa Shahidah bukan lagi teman baiknya tetapi juga pasangan hidup yang lengkap. Iskandar telah jatuh cinta kepada teman baiknya sendiri. Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) pulak...

Apakah kesudahannya? Di bawah arahan Amy Maziah, ikuti drama menarik 8 episod ini setiap Ahad, jam 9 malam Selasa, 10.30 malam di TV3.




AKu rasa sinopsis dia aga berbeza dgn apa yg aku tonton...tp bole lagi la.


Layan-layan la jugak..tp kena jugak pk kan? Macam episod malam ni, walopun depa kawen bukan atas kapasiti cinta dan pilih untuk hidup asing mcm org bujang...hukum tetap hukum. Isteri tetap isteri dan suami tetap suami.


Pasai apa aku kata macam tu? Dengan ilmu aku yg sangat2 cetek ni, kita wajib tahu...apa hukumnya seorang isteri melangkah keluar tanpa izin suami, apa hukumnya seoorang isteri menyimpan perasaan pada kekasih lama apatah lagi keluar berdua dgn lelaki yg masih dia kasihi. Adusss...berat...bila laki marah dan cemburu (sapa x sayan bini kan....walopun ego nk bgtau)....boleh di sepaknya laki tu. Adusss..pening aku tgk. Bukan apa...takut memberi ajaran sesat pada budak2 yg dok meningkat naik dan menonton tanpa pikiaq buruk baik sesuatu. Hm...entah lah...aku suka crita ni tapi...well....aku pun x tau nk cakap cemana.

XOXO



Lompat si katak lompat - 29/2/2012

Sekali dalam 4 tahun we'll meet date 29th of February...this is the year. Will I meet next 29th February...no one will know...hehehehe...



XOXO



I dont feel good

Since yesterday, I dont feel good with my eye. My left eye start feel itchy and sting. Aku cuma harap aku x kena sakit mata lagi mcm bulan puasa 2010...hampir 3 minggu aku MC dok umah. Kena bulan posa lak tu...isk isk isk.

Tapi according to doktor Nizam, pakar mata yg aku jumpak...it may return its an infection kalo x kena gaya. Gaya mcmana...mana la aku nk tau. Sepanjang tu, aku kena buat selaput mata 2 kali....pedih...huhuhuhu.

Sejarahnya ada kat sini...

Lagipun this weekend nk cuti2 Malaysia dengan family...dengan harapan everything will be good. Insya-Allah.

XOXO



Cinta ♥♥♥

Ada beberapa org yg prihatin dengan kehilangan n3 drp aku these few days. Terharu aku...ada jugak yg menunggu n3 berabuk aku....hahahaha

Aku x hilang mana, cuma kesihatan dan kekangan masa yg kurang mengizinkan. Tapi pasai apa topik mcm x related dgn n3???

Actually subjek n3 kali ni bukan mengenai kisah aku dan hubby tapi secara general. Aku sedang mencari mood dan idea untuk menyambung kembali penulisan aku yg terbengkalai...hilang kesinambungannya.



Apa itu cinta? Definisi cinta bg setiap orang berbeza. Bagi aku, tiada yg benar dan tiada yg salah selagi tak mengatasi rasa cinta kepada Yang Maha Esa S.W.T dan Nabi Junjungan kita Muhammad s.a.w.



Cinta kepada ibubapa adalah cinta yg lahir kerana pertalian darah, tp cinta sesama manusia...antara lelaki dan perempaun adalah cinta fitrah yg sukar sekali untuk kita tolak.

Aku dalam mode "dalam hati ada taman", so mungkin definisi cinta bg aku tak sama dgn org lain yg dalam mode "sepi".

Bagi aku, cinta macam bagaikan satu muzik lembut yang hangat. Sebabnya, bila hati berbunga kita rasa sangat bahagia dan hati kita rasa hangat yang enak. I dont really know how to put into words.



Bila adanya selisih faham, hati kita akan sangat sakit. Tapi kita akan tetap holding on it...without thinking of letting go. Why? Cinta dan istilah hidup berumahtangga, penuh asam garam. Dua orang yang sangat berbeza hidup bersama untuk saling melengkapi, pasti akan ada selisih faham...pasti akan ada ketidaksefahaman. Tanpa tolak ansur, pasti salah faham menjadi prasangka dan ketidaksefahaman meleret menjadi sengketa. Aku dan hubby selalu kata dari zaman kami bercinta lagi, dan Alhamdulillah masih diamalkan. Jangan biarkan rajuk menjadi racun dalam hubungan. Kalau salah seorang marah, biarlah pihak yg lain mengalah. Jangan sampai dua2 naik hangin. Meloncat la setan.



Lelaki selalu ada egonya, bukan kata perempuan xdak ego...ada...cuma cara kita mengawalnya. Mengalah dalam rumah tangga bukan bermakna lemah, asalkan tidak memudaratkan...bagi aku...biarlah mengalah asalkan kita terus hidup bahagia. Antara, cinta, kepercayaan dan harapan mana yang penting dalam satu hubungan hati? Cinta, kepercayaan dan harapan perlukan kesetiaan. Jangan la setia membuta tuli, tp pada yg menghargai.

Kalau bergaduh, jangan la biar ianya berpanjangan. Kalau merajuk jangan la sampai melampaui batas.



Tak semua kisah cinta berakhir dengan bahagia, ada yang hanya hadir seketika. Tapi jangan lah salahkan diri kita sepenuhnya. Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah...kita hanya mampu berusaha. Mungkin dia hanya ditakdirkan untuk singgah dlm hidup kita tapi bukannya untuk menemani kita selamanya...yang lebih baik sedang menanti kita.



Doa aku, semoga jodoh yang ditakdirkan untuk aku...hubby...adalah jodoh yang akan menemani aku selamanya, di dunia dan juga akhirat.



Mcm yg aku katakan tadi, cinta menyatukan dua hati...dua insan yg berbeza untuk saling melengkapi. Mereka orang luar tetapi tidak dilayan sebgi org luar, sebab...hati kita saling bertaut. Ijab dan kabul menghalalkan hubungan yang dilarang.



Kita akan sentiasa cuba memahami kesakitan dan kepedihan org yg kita cintai, kita jugak akan tumpahkan sepenuh kasih yg kita ada padanya...hangatnya kasih tu. Kita akan sentiasa cuba membahagiakannya tanpa melihat kekurangan seseorang...sebab semua manusia punya kekurangannya...termasuk kita. Dan siapa yg mengimbangi kekurangan kita kalo bukan pasangan kita? Kita saling memerlukan dan perlu saling melindungi.



Jangan mendabik dada dengan kelebihan yg kita miliki dan ego...kerana apabila kita kehilangan sesuatu atau seseorang yg selama ini berdiri sama di sisi...kita bagaikan lumpuh dan hilang separuh badan. Kadang2 kita x menyedari mereka adalah sebahagian drp kita sampailah kita kehilangan.



So, ingatan buat diri sendiri dan kawan2...hargailah cinta yang kita miliki kerana x semua orang bertuah untuk memilikinya kerana cinta keluarga dan teman2 berbeza dengan cinta suami dan isteri.

Kepada yg kurang bernasib baik, Allah x pernah kejam kepada hambanya...kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya. Pasti suatu yg lebih baik sedang menanti. Kita manusia hanya mampu merancang tp Dia yang menentukannya. Ikhtiar, doa dan tawakal...itu senjata kita.






XOXO



hello hello- jang geun suk



English Translation
cr : Dramabeans
I was standing around on the narrow street
when those indifferent words grazed by me
Hello, hello
Unfamiliar but not awkward, it felt nice
Would it be okay to lean on you?
With concern, that wrinkled sincerity unfolds in front of me
Thank you, thank you
Conveying my simple, thankful honesty
That’s true
Hello, hello, my cute angel
Stay by my side always
Also
Thank you, thank you
That’s what I want to tell you
No no no no no
Just the words thank you
It’s not easy to be deliberately wrong
because the more you do, the more you’ll regret enduring it
I know, I know
Maybe it’s better for that smiling Pierrot
Would I be able to stand up without becoming dirtied?
Though I brush myself off, the pain builds
She knows, she knows
No longer is tomorrow only mine
The world I’ve confronted so many times
You’ve taught me to greet it
My heart overflows with this melody
I’ll go on together with you
That’s true
Hello, hello, my cute angel
Stay by my side always
Also
Thank you, thank you
That’s what I want to tell you
No no no no no
More than a love confession
The words thank you
convey all my feelings
Link download : http://www.4shared.com/f/LviwdFaQ

XOXO



Mary stayed out all night ost Take care my bus 장근석 [MV] V-eelmade



TQVM to all....



Finally....

Finally....after about a year....my monitor has been fixed. Alhamdulillah.


Thanks to Nat, for your PC...*aku shutdown PC Nat...heheheh*

XOXO



Mabuk kopi

Kawan2 rapat aku rasanya suma tau yg aku ni coffee lover ataupun coffee addict.

Tapi kalo dah terlebey kopi mcm semalam...mabuk kopi aku jadinya. Sampai muntah2 aku kat tepi keta sebelum balik. Biol sepanjang malam...



Tapi tu penyakit cari sendiri...pagi dah telan white coffee...tghari bungkuih kopi ais stadium, petang sblm balik sbb stress dgn keja aku balun kopi lagi...sudahnya...padan muka aku...hehehehe

So hari ni...aku sereyau nk minum kopi....hahahaha

No Coffee Allowed Clip Art

XOXO



Ibu dan anak

Hari ni Nat cuti lagi, rasanya sok pun Nat cuti gak. Yaya demam kuat smlm dan kata Aida hari ni Yaya dah ok sket. Aida kol Nat tadi.

dr blog Nat jugak
The best medicine is mom, may be Yaya rindu kot. X pa Nat, anak adalah harta yg paling bernilai untuk any parents. Anak x bole ditukaq ganti dengan duit ringgit. May be ada yg soksek...soksek...lantak pi la kat depa. yg penting anak kita sihat. In same time...you must take care also.


Kami sentiasa ada untuk hang tau Nat. Love you. Kerja hang x pa...Aida boleh tolong buat....hahahahaha *Aida, jangan katok aku*



XOXO



Facebook dan Ustaz Don

Malam ni aku hangin dgn FB sbb FB down. Aku ada few msg in FB yg aku nk kena access....huhuhuhu
Itu la akibatnya kalo terlalu bergantung kepada teknologi...tawakal je la...berdoa agar xdak yg mengejutkan atau buat aku sakit jantung...hehehehe...mintak dijauhkan...

Malam ni TV xdak apa yg menarik. Sambil2 dok cr channel nk layan sambil dinner nasik lemak ayam berempah dgn hubby...aku tertekan channel Al-Hijrah. 30 min bersama Ustaz Don?

Ustaz Don? Aku br ja sembang dgn Hadi dan Faiz pasai Ustaz Don ni Jumaat lepas ke semalam ha? Aku suka layan UAI, so Faiz dgn Hadi suggest aku layan Ustaz Don lak kat tv...tp aku lupa.

Malam ni, Ustaz Don ajaq tajwid, Idqam Mislain...Mim Mati. Apa yg menarik bg aku, Ustaz muda ni capture the attention with his North slang. Pastu cara dia ajaq sempoi ja...siap ada sebutan gerak perlahan. Mengaji Quran perlu berguru berdepan...sbb nk kena tgk gerak mulut Tok Guru.

Rancangan ni ada setiap Isnin sampai Khamis...so layannnn....

So, lepas abes siaran Ustaz Don...aku google la pasai dia...antara yg aku jumpak...aku kopipes dr sini ya....



Biasanya orang duk letak biodata artis-artis kan... Aku pun ada jugak sebelum nie letak biodata artis.... Kali nie aku letak biodata ustaz la pulak..... Ye la.... kalau takde latar belakang.... nanti ada pulak yang nak tabur fitnah macam-macam kan.... Sebelum nie aku ada bagi biodata ustaz Azhar idrus di SINI (link). Kali nie aku bagi biodata ustaz Don Daniyal pulak.... 

Ustaz Don Daniyal nie sekarang popular di TV AL-HIJRAH.... Ada rancangan khas bersama ustaz... Aku folo jugak rancangan nie.... Ye la.... Rancangan realiti boleh folo...takkan rancangan macam nie takleh folo kan... he he he... Rancangan dia ada slot tajwid...hukum asas... dan lain-lain... Inilah sedikit sebanyak biodata ustaz Don Daniyal..

BIODATA USTAZ DON DANIYAL
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir: 
14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang (Kalau lepas nie dah kahwin...kira kahwin la tu... berubah mengikut perkembangan..hehe)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)
Blogger Yang Diminati: Bro Wacana [Pergh.... kalau la betul....hehe]

Itulah sedikit sebanyak biodata Ustaz Don.... Cara penyampaian Ustaz Don ada kelainan.... Bagi sesiapa ayng suka penyampaian yang lebih direct dan santai...Boleh la mendengar celoteh dari Ustaz Don nie... Ni satu video dari Ustaz Don... Semoga kusyuk mendengar dan menonton video itu....:)


P/S: Ustaz masih bujang tu..he he....:)


XOXO



Quote for today - Feb 15, 2012








XOXO



Just to share few cute pic found in Google

Mode : Dalam Hati Ada Taman....hahahaha










copy from here

XOXO



Order...

Aku tau ramai yg heran pasai apa aku tolak order untuk minggu ni. Minta maaf sgt2, aku x amik order baru sejak dr minggu lepas untuk jangka masa terdekat ni. Semua order yg aku buat semuanya dah ditempah awai lagi.





Bukan aku nk tutup kedai teruih...insya-Allah aku belum nk berenti baking lagi. Cuma la ni, mungkin dengan musim demam...aku pun terjangkit sama. Badan agak x berapa sihat, so x berani nk amik order sbb takut over commit. Daripada aku deliver something yg aku x puas ati, lebih baik depa order drp orang lain. Kesian dgn kastemer dan aku x puas ati dgn performance.

Insya-Allah bila dah btoi2 sembuh, 110% sihat...aku akan kembali on track. Doakan aku kembali sihat, x mo demam2 lagi dah.

Tapi untuk order doorgift, wedding cake ataupun order yg lambat2 lagi nk amik...masih boleh contact aku. Insya-Allah...kita bole runding....hehehehe.

Aku dah mula dpt order doorgift untuk kenduri bulan 6....so la ni dah bole mula ricky ya bakal2 pengantin baru.

Come and drop me email or call for quotation

Phone : 0195676761
email : nmohdr@gmail.com

Reference : H2H Choc and Cakes



XOXO