You're Beautiful... ♥♥♥

Aku rasa aku antara Korean Drama's Addict. Tapi dah lama aku tinggaikan drama korea ni lepas bersalin sbb rasanya cbuk dgn anak dan life.

Tapi kali ni aku terjebak lagi....Kat 8TV nama dia He's Beautiful tp original dia You're Beautiful... crita ni sweet sgt2...I loikkeee...selagi x abes...selagi tu ketagih...sbb tu aku x mau terjebak dgn drama korea dah... huhuhu...





XOXO



Sharing is caring...


XOXO



Awan Nano Nano Nano Nano You know I dont know...

Semalam ingatkan nak layan Journey 2 The Mysterious Island...kalo x dak tiket igt nk layan Bujang Terlajak belum Terlanjur kat VM. Layan trailer je la....



Tapi bila ayah panggil balik sbb ada org nk order wedding cake...panggilan bisnes perlulah diutamakan. Dah alang2 balik umah mak ayah...layan la AJL sbb adik dok layan AJL dgn mak. Aku tgk dr persembahan Alyah....muahahaha... Remy Ishak tu.

Aku mmg sukakan lagu Awan Nano...sempoi gila Hafiz nyanyi pakai tshirt dgn track suit adidas ja...kaki ayam lagi....hehehehe...terbaeekkk...


Awan Nano versi Johan pun syok gak...hahahaha


XOXO



Yogo Goyo

Last Friday, kami 3 pi pekena aiskrim mahai...sampai skim lunch....hehehe

3 ja sbb watty pi cuti2 malaysia sambil makan kenduri...hehehehe
Suasana dan tempat dia mmg cozy gila. Kalo nk lepak2 la mmg cun la...

Layaaannnn....









Lupa lak....10gram= RM0.51....silalah berwaspada bila nk boh ya....sbb dia mcm tutti frutti...layan diri....

XOXO



Jumpa nenek ♥ dan Aku mahu terbang

Semalam hubby mai amik dr umah mak dalam koi 5 ptg. Hubby sampai sblm aku balik berjimba dgn mak dan adik...hehehe.

Smlm bwk adik pi AdilCap...nk tukaq institut memandu ke JV Cergas. Tp x le...sbb kena buat urusan dgn PakDin dulu. SO aku ckp la...aku x mau jumpak PakDin...sbb PakDin bapak kawan aku since primary skool. PakDin jugak baik dengan aku...aku x mau ruin relationship berpuluh tahun dgn family depa just sbb adik takut dgn PakDin....hehehehe. Sbb apa alasan yg hang nk bg pada PakDin...sbb PakDin dah ckp dia akan mai amik dan hantaq balik setiap kali. No excuse then...for me la.

Dr AdilCap ke CS sbb dia nk repair webcam. Pi STarmax, dia soh pi yg kat Patani Jaya sbb tech ramai kat sana. Pi sana lak...masa dah la limited...try macam ni x boleh...mcm nu x boleh...br aku tringatan kedai yg aku slalu pi kat Pekan Baru. Tapi kedai tu kena pi pg sabtu la sbb sabtu half day dan ahad tutup. Kedai tu murah sket dan supplier Acer.

Sblm kluaq pekena nasik dgn Saiful kat umah mak. Terbaeeek lah. Mak goreng lokan dgn sambai ikan daun kari. Sengkak kami 2 beradik makan....hehehe...sbb tu la kot bdn kami dua bak juara dlm family. Mak masak apa pun sebat sampai tersandaq...eheheh.

Dari umah mak kami teruih balik kota. Dah lama x jumpak tok dan anak pun bising lama x jumpak nenek. Kat umah tok ada Harizah, anak maknjang..temankan tok. Adik Ida balik umah mak la sbb ada org umah tok..hehehe.

Kami ajak tok pi makan mi udang.Tp tok x mau...nk masak nasik jugak...tok...tok...
Sblm makan nasik, aku kena serawa labu dulu..mmg dah lama lapaq serawa labu. Cax sampai sebelum kami makan malam...ok la...meriah sket...tambah2 bila Abraar bukak speaker...hahahaha.

Lepas mkn, layan cerekarama lak.

Aku suka sgt cerekarama smlm...AKU MAHU TERBANG...terbaek....dan lain drp yg lain...sapa x tgk...boleh try donload kat sini..tp sinopsis dia agak lari dr crita sbb mak dgn abang dia meninggal eksiden bukan kebakaran.

Aku sukakan friendship anak Rezki dgn Busran...susah nk jumpak friendship mcm tu dlm dunia la ni. ^_^



XOXO



Lalalalala ♥

Semalam balik keja agak lewat. Dekat koi  mlm br gerak dr opis....x mau bertangguh sbb senayan keja lagi banyak....letih oooo....

Sampai umah makndak, kena tunggu anak lak. Dia baru balik dr funfair dan ajak Fizan pi beli aiskrim pulak. Langsung x tidoq siang...otw balikterus gol....hahaha.

Balik umah dinner dgn hubby, hubby beli laksa dgn doyan...yummy...hahaha. Layan laksa dgn doyan sambil layan Raja Lawak 6. Ok gak la Raja Lawak kali ni...ada la yg boleh layan.

Lepas layan Raja Lawak baru la masuk dapur buat pavlova dgn apom dot2. Sudahnya koi 4 pg br
lena...hehehe...

Hari ni balik umah mak lak...hubby hantar... ^_^

So la....masa untuk berjimba dgn mak, adik dan anak...hehehehe

XOXO



Sekadar berkongsi sesuatu yg indah....

[Image: 1_848306803l.jpg]







XOXO



Sharing is caring...Kelebihan dan keutamaan Solat Witir

Artikel asal dari sini...


Solat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas solat isyak sehingga terbit fajar saddiq iaitu sebelum masuk waktu subuh, lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir. Ia boleh dilakukan setiap malam, tidak hanya pada bulan ramadan sahaja.
Solat Witir adalah solat yang unik kerana dikerjakan pada jumlah rakaat yang ganjil jumlahnya iaitu sekurang-kurangnya satu rakaat, selebihnya 11 rakaat. Paling afdal ialah 3 rakaat iaitu dimulai dengan solat witir dua rakaat satu salam dan disambung dengan solat witir satu rakaat satu salam. Kerana ianya unik, Solat witir mesti dilakukan dengan rakaat yang ganjil sebagai penyudah.
Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“SESUNGGUHNYA ALLAH ITU WITIR (GANJIL), DAN DIA MENYUKAI WITIR, MAKA LAZIMKANLAH SOLAT WITIR, WAHAI AHLI AL-QURAN.”

Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

“SESIAPA YANG MENGERJAKAN SEMBAHYANG DHUHA, BERPUASA TIGA HARI DARIPADA SEBULAN DAN TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SEMBAHYANG WITIR SAMA ADA DALAM PELAYARAN DAN BERMUQIM, DICATAT BAGINYA PAHALA ORANG SYAHID.”

Hadis riwayat at-Thabran

“WITIR ITU HAK (BENAR). BARANGSIAPA YANG TIDAK BERWITIR IA BUKAN DARI GOLONGAN KITA! WITIR ITU HAK MAKA BARANG SIAPA YANG TIDAK MENGERJAKANNYA IA BUKAN DARI GOLONGAN KITA! WITIR ITU HAK, BARANGSIAPA YAANG TIDAK MENGERJAKANNYA MAKA IA BUKAN DARI GOLONGAN KITA!”

Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Kelebihan Solat Witir
Rasulullah saw bersabda:

“SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN (HADIAHKAN) KEPADA KAMU SATU SOLAT, YANG MANA IANYA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA UNTA-UNTA YANG TERBAIK. IAITULAH SOLAT WITIR.

Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah
Oleh yang demikian janganlah ditinggalkan solat witir, kerjakanlah walaupun hanya sedikit bilangan rakaatnya tetapi berterusan. Amalan yang berterusan tetapi sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah swt.
Sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra yang bermaksud

“DITANYA NABI MUHAMMAD SAW TENTANG AMALAN-AMALAN YANG DISUKAI OLEH ALLAH. BAGINDA BERSABDA: “AMALAN YANG BERTERUSAN WALAUPUN SEDIKIT.”

Hadis riwayat Bukhari

“SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TELAH MENAMBAHKAN KEPADA KAMU SATU SOLAT, IAITU SOLAT WITIR. MAKA SEMBAHYANGLAH ANTARA SOLAT ISYAK DAN SOLAT SUBUH.

HR Ahmad

SABDA NABI S.A.W.: “BILA SUDAH MENJELANG PAGI, DAN SALAH SEORANG DARIPADA KAMU MASIH BELUM MELAKUKAN (SOLAT) WITIR, MAKA BERWITIRLAH (QADHA).

HR Baihaqi & al-Hakim

“WAHAI AHLI AL-QURAN, KERJAKANLAH SOLAT WITIR, SEBAB ALLAH ITU WITIR ( MAHA ESA) DAN SUKA SEKALI KEPADA YANG WITIR.

HR Ahmad

“SESUNGGUHNYA ALLAH ITU WITIR (GANJIL), DAN DIA MENYUKAI WITIR, MAKA LAZIMKANLAH SOLAT WITIR, WAHAI AHLI AL-QURAN.”

HR Abud Dawud dan Tirmizi.

“WITIR ADALAH KEWAJIBAN, BARANGSIAPA TIDAK MELAKSANAKAN WITIR, MAKA IA TIDAK TERMASUK GOLONGAN KAMI”

HR Ahmad dan Abu Daud
Berdasarkan mazhab As-Syafie boleh buat 2 kali witir dalam satu malam. Mazhab lain tidak boleh berdasarkan satu hadis yang mengatakan fardhu tidak boleh lebih dari 2 kali. Pada permulaan Islam dibenarkan solat fardhu berulang kali sekiranya solat yang kedua lebih baik dari solat yang pertama (contoh jemaah lebih ramai). Akhirnya Rasulullah larang solat fardhu 2 kali.

HR Abu Dawud, Nasa’i, Tirmizi
Witir itu di akhir solat malam.

IBNU UMAR R.A. BERKATA: BERSABDA NABI SAW, “JADIKAN PENGHABISAN (AKHIR) SHALATMU PADA WAKTU MALAM DENGAN SHALAT WITIR.”

HR Bukhari dan Muslim
Solat malam disini maksudnya Isya’. Ada 2 jenis solat witir nabi iaitu sejurus selepas Isya’ dan tengah malam lepas tahajjud.

SABDA NABI S.A.W.: “SESIAPA YANG BIMBANG TIDAK BANGUN PADA AKHIR MALAM, MAKA BERWITIRLAH PADA AWAL MALAM, DAN SESIAPA YANG INGIN BANGUN PADA AKHIR MALAM, MAKA BERWITIRLAH PADA AKHIR MALAM.

HR Muslim
Sayyidina Umar solat witir diawal malam, selepas solat Isya’. Rasulullah kata jangan solat witir seperti maghrib.

“JANGANLAH KAMU SERUPAKAN SOLAT ITU DGN SOLAT MAGHRIB..”

HR oleh Daruqutni
Beza witir dan maghrib ialah:-
Witir 3 rakaat baca surah, maghrib 2 sahaja
Witir 3 rakaat baca nyaring, maghrib 2 sahaja
Witir boleh jemaah bulan Ramadhan sahaja
Dalam 3 rakaat solat witir Nabi baca:-
1. Sabbihis (surah A’la)
2. Qulya (Al-Kafirun)
3. Qulhuwallah (Al-Ikhlas)
Di dalam riwayat hadis yang diceritakan oleh Aisyah yang bermaksud:

“RASULULLAH DI DALAM SOLAT WITIR MEMBACA SURAH AL-A’LA PADA RAKAAT PERTAMA, SURAH AL-KAFIRUN PADA RAKAAT KEDUA, SEDANG DALAM RAKAAT KETIGA BAGINDA MEMBACA SURAH AL-IKHLAS SERTA DUA SURAH MUAWWADZAH IAITU SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AN-NAS.”



Dari Abu Hurairah Nabi bersabda:
مَنْ خَشِيَ أَنْ لَا يَسْتَيْقِظَ آخِرَ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَسْتَيْقِظَ آخِرَهُ . فَلْيُوتِرْ آخِرَهُ فَإِنَّ صَلَاةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ
Artinya: siapa saja yang takut tidak dapat bangun di akhir malam (untuk shalat tahajjud) maka hendaklah mendirikan shalat witir di awal malam. Dan siapa saja yang memilki semangat untuk bangun diakhir waktu maka hendaklah dia melaksanakan shalat witir di akhir malam. Sesungguhnya shalat di akhir malam disaksikan (para malaikat) dan shalat sunah yang paling utama (HR Muslim, Nailul authar 5/165).

XOXO