SERANGAN PENGGANAS DI MASJID AL-NOUR & MASJID LENWOOD, NEW ZEALAND: Part 1


SERANGAN PENGGANAS DI MASJID AL-NOUR & MASJID LENWOOD, NEW ZEALAND: Dua Rakyat Malaysia Cedera.

Brenton Tarrant (nama FB), pengganas berasal dari Australia merupakan penyerang yang melakukan tembakan bersasar di Masjid Al-Nour, Christchurch, New Zealand pada pagi tadi.

Brenton telah memuat naik siaran langsung proses serangan yang dibuatnya menggunakan kamera GoPro yang diletakkan di kepalanya. Brenton telah menyiarkan siaran tersebut di akaun facebooknya, socialstream, streamable dan banyak lagi saluran.

Tidak diketahui apakah motif dan tujuan serangan, Brenton telah dilihat menaiki sebuah kenderaan Subaru menuju ke Masjid Al-Nour dalam keadaan memakai seragam lengkap 'full gear' siap berbaju kalis peluru dan membawa 2 buah senapang, shotgun dan mp4.

Difahamkan di Masjid Al-Nour sahaja seramai lebih kurang 27 orang telah dilaporkan maut dan puluhan lagi cedera akibat serangan tersebut. Kesemua mangsa adalah umat Islam yang jumlah keseluruhannya tak sampai 1.5% pun di New Zealand dan kesemua mereka baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Jumaat pada pagi tadi (waktu Malaysia).

Difahamkan juga ahli kumpulan yang dianggotai oleh Brenton telah melakukan 3 lagi serangan sama di 3 lokasi berbeza iaitu di Masjid Lenwood, Hospital Christchurch dan juga di Strickland Street. Kesemua 4 lokasi tembakan bersasar adalah di bandar Christchurch, New Zealand.

Dilaporkan juga, dua orang warganegara Malaysia telah disahkan menjadi mangsa dan salah seorang (ayah) sedang dirawat di salah sebuah Hospital di sana. Walaubagaimanapun, anak kepada mangsa masih belum ditemui dan tiada sebarang laporan di keluarkan.

Jumlah keseluruhan mangsa yang maut masih belum dikenalpasti. Namun jumlah mangsa yang cedera telah meningkat melebihi angka 20 orang. Majoritinya adalah orang Islam kerana serangan bersasar ini telah menyerang 2 buah masjid di sana.

Difahamkan juga, Brenton dan rakan-rakan kongsinya adalah pemegang passport warganegara Australia. Pihak Polis dan Counter-terrorism New Zealand telah mengaktifkan darurat di Christchurch akibat "active shooter" yang sedang berlaku di sana.

Pihak CTW mereka juga telah mengaktifkan Join-Counter-terrorism dengan pihak berkuasa Australia bagi mengesan kesemua saspek yang masih bebas serta mengesan kesemua sel-sel tidur (sleeper cells) mereka yang mungkin berselerak di serata New Zealand.

Perdana Menteri NZ telah mengeluarkan kenyataan dan menyifatkan insiden ini sebagai "hari paling gelap buat New Zealand" sementelah negara tersebut adalah merupakan sebuah negara paling aman di dunia, namun hari ini keamanan tersebut telah dicemari dengan insiden tembakan bersasar secara serentak di 4 buah lokasi berasingan. Ini menunjukkan kegagalan unit Anti-Terrorism mereka berfungsi dengan baik.

Kini telah jelas kelihatan di mata dunia bahawa istilah 'terrorist' patut digunapakai juga terhadap bangsa berkulit putih. Ia tidak hanya mencerminkan umat Islam sahaja yang sering diklasifikasikan sebagai pengganas. Hari ini dunia bersaksi bahawa umat Islam telah menjadi mangsa keganasan bangsa berkulit putih pula.

Saya meminta dan menyeru Wisma Putera agar segera menggerakkan aset negara ke sana bagi memastikan dan menjamin keselamatan seluruh rakyat Malaysia yang berada di sana. Jika perlu dibawa pulang, bolehlah memanggil mereka pulang seketika sehingga keadaan terkawal.

Apapun, kita doakan agar kesemua warganegara Malaysia yang berada di sana dalam keadaan selamat dan dipelihara hendak-NYA. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa kejadian.

Al-Fatihah buat kesemua umat Islam di Christchurch yang terkorban akibat tembakan oleh PENGGANAS KAFIR yang telah menyerang Masjid Al-Noor pagi tadi setelah selesai solat Jumaat.

Semoga ruh mereka semua ditinggikan darjat mereka disisi ALLAH SWT dan ditempatkan di Syurga bersama para Syuhada dan orang-orang Soleh.

Syahid mereka dicemburui. Meninggal dunia pada hari Jumaat penuh barokah, setelah usai solat Jumaat dan dibunuh dalam keadaan dianiaya...

.
.
------------------------------------
BACA BERITA TERKINI DISINI:

.
[UPDATE: 2.50pm] Setakat peteang ini, seramai 4 orang saspek telah ditangkap termasuk Brenton, 3 daripadanya adalah lelaki dan seorang lagi adalah wanita. Lapor polis NZ.
.
[UPDATE: 3.10pm] Seramai 40 orang telah dilaporkan meninggal dunia akibat kesemua serangan terabit. Sejumlah lebih 50 orang dilaporkan cedera dan 2 daripadanya adalah warganegara Malaysia. Sumber Newshub NZ.
.
[UPDATE: 3.17pm] Polis NZ mendedahkan bahawa Brenton Tarrant adalah seorang lelaki berusia 28 tahun, lahir di Australia, ibu bapanya berketurunan Scottish dan Irish. Brenton juga mengganggotai kumpulan Kebab Removalist, iaitu sebuah kumpulan yang ingin menghapuskan pengaruh Islam disesebuah negara. Sumber SBS Aussie.
.
[UPDATE: 4.29pm] Seramai 49 orang telah disahkan meninggal dunia akibat serangan tembakan bersasar ini. Lapor CNN.
.
[UPDATE: 4.34pm] Sejumlah 2 buah Improvised Explosive Device (IED) atau lebih dikenai sebagai bom jangka  telah ditemui daripada salah sebuah kenderaan yang dipandu oleh teroris terbabit. IED ini tidak sempat diletupkan ketika penangkapan dibuat. Sumber kenyataan media Mike Bush, Commissioner NZ.

[UPDATE: 4.59pm] Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Wisma Putera berkaitan isu ini dan pengesahan telah dibuat bahawa 2 orang rakyat Malaysia disahan cedera. Wisma Putera juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan pengganas tersebut dan telah meminta rakyat Malaysia patuh kepada arahan pihak berkuasa, ambil perhatian kepada berita semasa dan menghubungi wakil kedutaan jika berlaku sebarang perkara tidak diingini. Nombor telefon hotline wakil kita di Wellington: 00-64-210440188 / 00-64-4385 2439 / 00-64-4801 5659
.
[UPDATE: 5.13pm] Satu daripada 4 orang saspek penembak yang ditangkap telah didakwa petang ini dibawah tuduhan membunuh secara beramai-ramai. Tiga lagi masih ditahan reman dan disiasat. Sumber, press conf PM NZ.
.
[UPDATE 5.20pm] Seorang lagi warganegara Malaysia dilaporkan hilang sejak pagi tadi, iaitu Sdr Rahimi, 30 tahun, bersama seorang anaknya berusia 11 tahun. Isterinya, Azila telah melaporkan kehilangan suaminya sejak pagi tadi. Walaubagaimanapun, menurut isteri, suami masih mempunyai telefon bersamanya. Sekiranya keadaan terkawal, diharapkan agar si isteri dapat kembali bertemu si suami. Gambar diruangan komen.
.
[UPDATE 5.46pm] Pihak polis NZ mengesahkan seramai 41 orang maut di Masjid Al-Nour, Dean Avenue St, dan baki 7 orang maut di Masjid Linwood dan seorang lagi meninggal dunia di hospital. Seramai 48 orang disahkan masih dirawat di Hospital Christchurch sehingga kini.  Seorang penyerang, Brentont Tarrant yang ditangkap tengah hari tadi telah dituduh dihadapan mahkamah atas tuduhan membunuh beramai-ramai dan akan didakwa pada pagi esok. Dua lagi tahanan masih disasat dan direman. Seorang tahanan telah dibebaskan kerana tidak terlibat dengan insiden tersebut. Pihak polis NZ masih memburu saki baki saspes yang terkait insiden ini.
.
[UPDATE 8.42pm] Sdr Rahimi Ahmad telah ditemui dan sedang dirawat di Hospital Christchurch. Beliau terkena 2 das tembakan, 1 di bahagian perut dan 1 lagi di tulang belakang. Semoga beliau dipanjangkan umur dan dipermudah urusan serta boleh kembali bersama keluarga.
.
.
----------------
Al-Fatihah buat kesemua mangsa yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga seluruh arwah dikurniaka pahala Syahid dan ditinggikan darjat mereka disisi-NYA. Al-Fatihah buat mereka semua...

.
#Terrorism
#PrayforNewZealand
#NewZealandShooter
#PrayforMuslimNewZealand

.
.
.
-bk
15 Mac 2019
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2206766319343650&id=100000309090368

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: