REVIEW FILEM: UPIN & IPIN – KERIS SIAMANG TUNGGAL (2019)
Satu perkataan, “EPIK!”
Menggunakan khidmat 3 orang pengarah, mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan, menelan belanja RM20 juta sebagai kos pembikinan, serta menggunakan sepenuhnya kepakaran animator anak tempatan..
Nah, akhirnya kau akan dapat satu naskhah terhebat di layar perak!
First of all, aku bukan peminat filem animasi.. Dan aku juga bukan peminat Upin & Ipin.. Datang nak tengok filem Upin & Ipin – Keris Siamang Tunggal ini dengan tak expect apa2 pun yang menarik..
Ternyata, sangkaan aku meleset sama sekali!
Dari awal lagi, kau akan dihidangkan dengan satu babak fight yang sangat cun! Antara seorang raja yang takhtanya ingin dirampas, dengan watak jahat yang kau tak sangka2 iaitu Raja Bersiong.. Watak villain je dah style macam ala2 Drakula tapi versi tempatan..
Apa yang best?
Jawapannya, banyak sangat yang best! Visual animasi nya tak keterlaluan untuk aku katakan sebagai sangat gempak dan tajam! Penuh warna-warni.. Pemandangan yang indah.. Dunia jadi hidup.. Dan seolah-olah, kau dah pun masuk ke alam fantasi Kerajaan Inderaloka yang ingin diselamatkan oleh Upin & Ipin itu..
Ya, jalan ceritanya ada sikit2 mengambil inspirasi dari filem The Chronicles of Narnia.. Pasal kanak2 dari dunia moden yang masuk ke dalam satu alam kerajaan yang sedang ditawan oleh watak jahat.. Dan kanak2 itu kena selamatkan alam kerajaan tersebut.. Bunyi nya macam familiar kan..
Tetapi, apa yang mengejutkan adalah olahan jalan cerita filem ini.. Bukan saja Kerajaan Inderaloka sedang ditawan oleh Raja Bersiong yang jahat.. Tapi..
Kau pun turut sama join Upin & Ipin dan kawan2 nya yang berbagai-bagai bangsa itu..
Kau akan jumpa dengan Mat Jenin yang begitu riang ria berangan di siang hari.. Kau akan terpegun dengan si cilik yang kau tak sangka2.. Bila mana dia kikis belakang kuali sebab nak buat kopi.. Nah, kau tahu yang si cilik tu adalah Belalang..
Belum lagi dengan Nujum Pak Belalang yang jadi mangsa keadaan dan sedang ketakutan di istana.. Kau akan tersenyum sebab kau tahu watak2 ni semua.. Seolah-olah satu tribute kepada filem Nujum Pak Belalang arahan Tan Sri P.Ramlee satu ketika dulu.. Genius!
Filem ni ada semuanya.. Sebuah pengembaraan yang penuh mencabar dan penuh warna-warni.. Ada masa, kau akan ketawa dan lucu dengan gelagat Upin & Ipin serta kawan2 nya yang bermacam-macam ragam itu..
Ada masa, kau akan tersentuh dengan emosi seorang ibu.. Kisah Mak Si Tanggang yang begitu kesal sebab dah sumpah anaknya Si Tanggang itu menjadi batu..
Ada masa, kau jadi kagum dengan watak Ketua Lanun yang mengingatkan kau akan filem Pirates of The Caribbean..
Dan belum lagi dengan kisah dua beradik, Bawang Merah dan Bawang Putih yang bakal meruntun hati kau..
Tak sangka Kerajaan Inderaloka ini rupa2 nya didiami oleh watak2 yang kita banyak membesar dengannya.. Watak2 dongeng tempatan yang selalu kita dengar masa kecik2 dulu2..
Yang menjadikan filem ni lagi hidup adalah soundtrack, kesan bunyi, muzik skor, dan lagu2 latar nya.. Fuhhh, lagu Keris Sakti yang dimainkan oleh Nakhoda Ragam, dengan alunan gambus, terus mengingatkan aku dengan filem2 Bollywood dan Tamil.. Siap ada tarian lagi dari kesemua watak2 ini.. Sampaikan aku boleh nampak budak2 kecik yang tengok wayang, ikut sama berjoget..
Belum lagi kau akan terbuai dengan alunan suara Ernie Zakri menyanyikan lagu Buai Laju Laju.. Tak keterlaluan aku nak katakan Les’ Copaque dah mula nak mencantas Disney, Pixar, dan Dreamworks dalam dunia animasi ini..
Nah, semua kau akan dapat.. Kisah persahabatan.. Kisah kasih sayang antara ibu dan anak.. Kisah kasih sayang antara adik-beradik.. Kisah pergelutan kuasa.. Kisah membela yang hak dan melawan yang batil..
Walaupun ia kisah fantasi yang sebenarnya nak tarik budak2 kecik untuk tengok kat wayang.. Aku jamin mak ayah atuk nenek abang akak pun boleh sama layan filem ini sebab ia ada semuanya.. Cukup rencah untuk semua usia melayan dan masuk ke dalam alam fantasi Keris Siamang Tunggal itu..
Dan jangan lupa pada plot twist nya.. Tentang kaitan antara semua watak2 yang aku sebutkan tadi di atas.. Dan apakah yang akan terjadi pada Raja Bersiong di akhir filem ini.. Itu yang akan buatkan kau tak senang duduk..
Dan tunggu juga mid-credit filem ini.. Mungkin kah akan ada sekuel atau sambungan? Dah macam Avengers dah..
At the end, ini filem yang sangat bagus.. Menghiburkan, padat dengan aksi, watak2 yang kau boleh selami, kesan visual yang memukau, kesan bunyi yang goosebumps, dan mesej moral pun sampai..
Jika di Hollywood ada 'How To Train Your Dragon', di Malaysia kau boleh bangga sebab ada 'Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal' ini.. Aku tanpa ragu2 bagi 10/10 bintang.. Tahniah kepada semua krew2 yang terlibat dalam menghasilkan karya yang begitu membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia! 💪👍
P/S: Tak sabar nak tunggu BoBoiboy The Movie 2 dan Ejen Ali The Movie.. 💪😊
#upindanpin #kerissiamangtunggal #lescopaque #gscmovies #animasi #malaysia #movie #review #filemtempatan
Review oleh:
Faiz Akmal Mfa
XOXO
Lots of loves -H3H-
0 comments:
Post a Comment