Movie Review : Captain Marvel



Wahai pengasas dan penyokong produk Jamu Berahi (iklan - iklan berbentuk testimoni yang mereka sangat - sangat memalukan & menjengjelkan), tontonlah filem Captain Marvel.

Kenapa saya minta mereka menghabiskan masa 130 minit di panggung wayang?

Meh sini teman kabor!

Berbanding kebanyakan filem - filem "female lead", lakonanan Brie Larson dalam Captain Marvel tidak langsung mengetengahkan "sexuality".

Pakaian Carol Danvers tidak terdedah tak tentu pasal seperti Wonder Woman. Pakaian watak - watak "biasa - biasa" tetapi functional. Outfit Captain Marvel kelihatan segak dan kemas.

Watak - watak lain juga takde pun yang nak menggatal tak tentu hala. Takde pula si lelaki nak pulang ke rumah 3 kali sehari untuk "bersama" pasangan mereka (bagi yang tak berapa faham, icon Jamu Berahi banyak kali berbangga memberitahu netizen bahawa suami beliau selalu pulang ke rumah di waktu rehat untuk bersama disebalik selimut).

Disamping kekuatan luar biasa Captain Marvel, filem ini juga menitik beratkan kekuatan Carol Danvers sebagai individu yang punyai jatidiri yang kuat untuk berjaya. Saya tertarik dengan satu babak di mana seorang (atau seekor, saya pun tak pasti) makhluk asing menganggap emosi Carol Danvers sebagai kelemahannya yang paling ketara (her only weakness). Tetapi Carol Danvers membuktikan bahawa ianya bukan kelemahannya, tetapi ia adalah suatu kekuatan yang mampu membawa kepada kejayaan (jika digunakan dengan betul).

Kesimpulannya, kalau mahukan inspirasi yang sesuai untuk "girl power", tontonlah filem ini. Jangan la pergi follow icon - icon Jamu Berahi. Takde gunanya. Orang tengah usahakan supaya wanita diberi ruang untuk memberi impak dan menyumbang kepada masyarakat. Mereka pula dok promosi benda bawah selimut.

Berapa bintang saya kasi?
7/10.

Kenapa tak tinggi? Sebab bagi saya, filem ini sedikit predictable. Tiada yang mengejutkan sangat. Cara Nick Fury hilang mata pun boleh agak. Yang mengejutkan adalah post credit scene kedua...kena tunggu sampai habis tau.

Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Pengkritik Filem Sambilan

From fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156090887507592&id=686007591

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: