Teknik Memahami Cemburu Wanita…

Kebanyakan lelaki berkata mereka tidak faham apa sebenarnya yang dimahukan oleh wanita yang cemburu. Menurut mereka, walau apa sekalipun yang mereka buat, isteri mereka yang cemburu tetap juga cemburu. Ditinjau daripada satu sudut, cemburu ialah manifestasi hilangnya rasa selamat dari dalam hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu, tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.

Menurut pakar-pakar pikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila dia berkahwin, dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber kepuasan wanita yang pertama ialah tingkah-laku suaminya kepadanya. Dalam erti kata yang lain, dia mendapat kepuasan daripada cara-cara suaminya melayan dirinya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara yang positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah-laku positif.

Setiap kali si suami membasuh pinggan selepas makan, maka si isteri berasa sangat puas. Ini bermakna, untuk memuaskan hati isteri, lelaki digalakkan membuat banyak perkara-perkara yang positif.Sumber kepuasan wanita yang kedua datang daripada makna yang diberikan olehnya ke atas tingkah-laku suaminya. Mana-mana perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mecipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita. Hasilnya, setiap kali seseorang suami melakukan perbuatan-perbuatan begitu, maka isterinya berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan lelaki memuji masakan isterinya diberi makna dan yang tinggi oleh si isteri. Setiap kali seseorang suami memuji masakan isterinya, maka isterinya berasa sangat puas. Ini bermakna lelaki perlu mengetahui pelbagai tingkah- laku suami yang diberi makna dan nilai tinggi oleh isterinya, dan mereka digalakkan banyak menunjukkan tingkah-laku jenis itu kepada isteri.

Suami-suami melakukan berbagai-bagai perkara. Setiap perkara yang dilakukannya diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa puas yang sangat tinggi. Begitu juga yang sebaliknya. Setiap kali suami melakukan perkara-perkara yang diberi nilai rendah oleh isterinya, maka si isteri akan berasa amat tidak puas. Sebagai contoh, perbuatan balik lambat diberi nilai yang amat rendah oleh wanita, maka setiap kali lelaki balik lambat, isterinya akan berasa amat tidak puas.

Tetapi lelaki ingin tahu, bagaimanakah wanita memberikan nilai tinggi ataupun nilai rendah ke atas perbuatan dan tingkah-laku suami? Beginilah cara wanita memberikan makna dan nilai ke atas tingkah-laku suami mereka. Sebahagian daripada apa yang dilakukan oleh lelaki, mereka hanya melakukan perkara itu dengan isteri sahaja. Sebahagiannya pula mereka tidak pernah melakukannya dengan isteri. Manakala ada pula perkara-perkara yang mereka lakukan baik dengan isteri mahupun dengan orang-orang lain.

Berikut ialah kriteria yang digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi ataupun rendah ke atas tiap-tiap tingkah-laku suami :

1. Eksklusif dengan isteri

Bagi wanita, tingkah-laku suaminya yang bersifat eksklusif, iaitu iahanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri seorang sahaja,diberi nilai yang amat tinggi oleh wanita. Contoh perbuataneksklusif yang dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja ialahseks. Jadi, semua tingkah-laku seksual si suami diberi nilai yangsangat tinggi oleh isteri selagi tingkah-laku seksual itu hanyadilakukan oleh si suami dengan si isteri sahaja. Tingkah-lakuseksual termasuklah semua perbuatan yang mengiringi nafsu seks,dengan persetubuhan sebagai perbuatan yang paling tinggi nilainya.Itulah sebabnya setiap kali suaminya melakukan perbuatan-perbuatanseksual ke atas si isteri, maka si isteri mengecapi kepuasan yangsangat tinggi.

Kajian pakar-pakar mendapati lain-lain perbuatan lelaki yangdianggap eksklusif oleh wanita ialah:

a. Bercakap-cakap dan berbual-bual mesra lama-lamaRamai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini denganwanita-wanita yang menjadi rakan-rakan rapat mereka dan lelakimenganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi, bagi wanita perbuatan ini hanya bolehdilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh denganmana-mana wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu yangkuat apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang bercakap-cakapdan berbual-bual mesra dengan wanita lain, tanpa mengira siapawanita itu kepada suaminya.

b. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawaBagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelakidengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain.Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yangamat kuat di hati wanita.

c. Mencurahkan masalah peribadiBagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalahperibadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Oleh yang demikianperbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat.Apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangateksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah-laku itu jatuhmenjunam-junam di mata si isteri. Kepada si isteri, kini tingkah-laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama sepertidulu. Itulah sebabnya, sebarang tingkah-laku seksual suaminya yangmenyebabkan perbuatan itu kini tidak lagi ekslusif dengan dirinyaseorang, ia menimbulkan reaksi cemburu yang sangat kuat daripadaisteri.

2. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki juga melakukan pelbagai perkara dengan orang-orang laintetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidakbermain bola dengan isterinya. Tingkah-laku suami yang tidak pernahdibuat dengan isterinya diberikan nilai yang rendah oleh si isteri.Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki-lelaki laintidak menimbulkan cemburu isterinya.

3. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan-perbuatan baik dengan isterinya, mahupun dengan orang-orang lain. Sebagai contoh ialahperbuatan makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik denganisterinya dan juga dengan orang-orang lain. Perbuatan jenis inidiberi nilai yang sederhana tingginya. Setiap kali si suami makanbersama isterinya, si isteri berasa sederhana puas. Jadi perbuatansuaminya duduk makan semeja dengan rakan-rakan wanita sekerjanyamenimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah-laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga olehsuaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah-laku itu turun,ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah-laku suaminya itutidak lagi memberi kepuasan kepadanya. Sebagai contoh, jikalausuaminya menciumnya, dia berasa sangat puas kerana perbuatan ituadalah eksklusif. Apabila suaminya juga mencium wanita lain, diaakan berasa sangat cemburu. Akibatnya, apabila suaminya mencium dia,ciuman suaminya itu tidak lagi memuaskannya.

Itulah sebabnya, setelah seseorang lelaki berkahwin lain, seks yangserupa tidak lagi memberi kepuasan yang serupa kepada isteri tuanya.Malah ia mungkin tidak memberikan apa-apa kepuasan lagi kepadanya,kerana kini seks bukan lagi tingkah-laku suaminya yang eksklusifdengan dirinya seorang. Kini suaminya juga melakukan tingkah-lakuseksual itu dengan wanita lain. Inilah faktor yang membuat nafsuseks isteri tua menurun ataupun hilang sama sekali apabila diamengetahui bahawa suaminya melakukan hubungan seks dengan mana-manawanita lain. Jadi, walaupun seseorang lelaki masih memberikan seksyang serupa kepada isterinya, si isteri tidak lagi mengecapi nikmatyang sama, kerana kini nilai tingkah-laku seksual suaminya sudahturun amat rendah, ataupun hapus sama sekali.

Tetapi apakah faktor yang sebenarnya menurunkan ataupun menghapuskannilai tingkah-laku si suami?

1. Perubahan tafsiran

Nilai itu turun kerana setelah suaminya melakukan seks dengan wanitalain, kini si isteri memberikan tafsiran yang berbeza kepada semuatingkah-laku suaminya. Perubahan tafsiran itulah yang menurunkannilai tersebut.Kalau dulu si suami membelikan kain batik untuk si isteri danpemberian itu ditafsirkan oleh si isteri sebagai “Tanda kasihsuaminya kepada dirinya”, tetapi setelah suaminya kahwin lain, kinisi isteri mengatakan “Dia belikan kain batik sebab dia hendakmenutup rasa bersalahnya.” Tafsiran seperti itulah yang menyebabkansi isteri tidak lagi mendapat kepuasan yang sama daripada kain batikitu.

2. Perubahan penilaian

Kepuasan wanita juga hilang disebabkan cara-cara bagaimana dia kinimenilai hubungannya dengan suaminya. Nilai itu berubah apabila diatahu bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dulu siisteri berasa puas dengan apa yang dinikmati dalam perkahwinannya.Dulu dia puas kerana sebelum suaminya curang kepadanya, dia menilaimutu hubungannya tanpa membandingkan dengan hubungan lain. Kini, diapercaya hubungan suaminya dengan dirinya tidak sebaik hubungansuaminya dengan wanita lain itu. Akibat perbandingan itu, si isteripercaya dia tidak menikmati hubungan yang sebaik apa yang dinikmatioleh suaminya dengan wanita tersebut. Dia percaya kini suaminyamenikmati lebih banyak kepuasan dengan wanita itu, manakala diasendiri berasa dia tidak sepuas suaminya. Dia juga percaya suaminyatidak berapa puas dengan dirinya dan suaminya lebih puas denganwanita itu.

3. Ramalan negatif

Dengan persepsi seperti itu, si isteri yakin suaminya akan melaburlebih banyak ke dalam hubungannya dengan wanita lain itu. Malah diapercaya ada kemungkinan suaminya akan meninggalkan dirinya samasekali. Itulah sebabnya kini dia tidak lagi menikmati rasa puasdengan hubungannya dengan suaminya, walaupun suaminya masihmemberikan layanan yang sama seperti dulu.

4. Perubahan persepsi

Rasa tidak puas juga datang daripada persepsinya bahawa kini kasihsayang suaminya sudah berkurangan, walaupun suaminya beria-iamengatakan itu tidak benar. Rasa tidak puas hati itu datang daripadaperasaan bahawa dirinya kini sudah tersisih dan terkeluar daripadasebahagian aktiviti suaminya. Dalam lain perkataan, dia kini tahubahawa ada kalanya suaminya melakukan aktiviti-aktiviti di mana diatidak diberi tempat sama sekali, seperti apabila suaminya beradabersama-sama dengan wanita lain itu.Dia juga juga membayangkan bahawa di dalam aktiviti-aktivititertentu, suaminya mendapat lebih banyak keseronokan apabilaaktiviti itu dilakukan bersama wanita itu. Seterusnya, dia jugatidak puas hati lagi dengan apa-apa yang diterima daripada suaminyakerana kini perkara-perkara itu tidak lagi eksklusif baginyaseorang.

harap artikel ni dpt membantu kowang dgn memahami pasangan masing-masing dengan baik..(terima kasih kpd penulis asal)

http://idhamlim.blogspot.com/2009/03/teknik-memahami-cemburu-wanita.html

0 comments: