Happy 4th Anniversary...Hijriah-Hidayad


Selamat Maulidur Rasul dan Selamat Ulangtahun Perkahwinan H2H yang ke-4...itulah ucapan mak kepada aku hari ni.


Alhamdulillah, sudah 4 thn mengikut kalendar Islam...kami ber2 melayari rumahtangga. Syukur nikmat ke atas rahmat-Nya kepada kami. Tiada pergaduhan besar yang pernah terjadi setakat ini dan mintak2 tiadalah masalah yang kusut di antara kami.

Tahun ini lebih spesel dr tahun sebelum2 nya. Tahun lepas kami masih sambut ulangtahun berdua kerana aku sedang menghitung hari untuk melahirkan putera kebanggaan kami, Muhammad Rayyan Hiwayat... dan tahun ini kami sambut ber3.


Tiada majlis istimewa sebab rancangan kami untuk bercuti (upacara tahunan sempena menyambut anniversary) terpaksa ditunda sebab kesibukan kami suami isteri dengan kerja.

Kami cuma pi makan dan shopping bedsheet dan comferter set. Lepas tu cr barang2 anak. Habis shopping kami balik umah mak hubby kat sg layaq. Rezeki kami, mak masak laksa...sedapnya. Mak mertua aku memang expert dalam masak memasak ni.

Lepas maghrib aku, anak dengan mak pi pasar malam kononnya nk cari baju upin dengan ipin kat anak...tapi x dak size. Paling kecik untuk budak 2 tahun...anak br nk masuk setahun. Sudahnya ibu dia yg shopping baju, 2 lai. Tapi bila balik umah, hubby approve selai ja...jumaat ni dia kena bawak balik selai tu untuk tukaq amik yg lain...hehehehe

Lepas Isya' kami sekeluarga suma keluaq makan luaq...sj x bg mak masak. Ingat nk kena ikan bakaq kat dataran tp malangnya tutup. Try kat pekan baru pun tutup jugak. Plan nk pi kedai Kak Ja (kakak iparku a.k.a kakak hubby), tutup jugak...tutkang masak balik pattani cop border pas.

Sudahnya pi makan kat kedai Rafi kat umah kami...hahahaha...
Anak punya syok main sampai x mo lena...dah la siang x lena...

Balik umah ja, kena susu terus tergolek...hahahahaha

Happy tp sedih...sbb hubby x tunaikan wish aku...
Aku nk bunga....huhuhuhu....

Apapun doa kami berdua, moga kami bahagia bersama hingga ke akhir hayat...tanpa wujudnya sebarang pengkhiatan...moga rumahtangga kami sentiasa diberkati Allah...Amin

2 comments:

Mama Adriana said...

Happy anniversary..Pasni kita celebrate besday anak2 kita lak..hehe

hijriah-hidayad-hiwayat said...

makasih...
sat ja setahun berlalu.