1. Jika doktor tanya dah berapa lama anda sakit, tak usah jawab begini:
◾"Sejak balik umrah hari tu."
Doktor tak tahu bila awak pergi umrah, dan bila awak balik umrah. Kalau haji, boleh juga agak.
◾"Lepas lahir anak kedua."
Doktor tak kenal pun anak kedua awak, jauh sekali tahu doktor bila anak awak tu lahir.
◾"Dah lamaaaaa dah."
Berapa lama? Seminggu? Sebulan? Setahun? Seabad? Sejak lahir? Dari dalam kandungan?
◾"Cuba tengok dalam rekod."
Ya, ada dalam rekod, tapi doktor nak tahu sama ada apa yang cakap tu selari tak dengan rekod.
Doktor tanya tentang durasi(tempoh) sakit untuk anggar penyakit itu akut atau kronik, fasa penyakit, atau keparahan penyakit.
Soalan itu hendaklah dijawab secara objektif: Jam 1 pagi, 1 jam, 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun, dan sebagainya(dsb).
2. Jika doktor tanya berapa kali awak muntah/cirit, tak usah jawab begini:
◾"Setiap kali makan atau minum."
Doktor tak tahu berapa kali awak makan dan minum sepanjang hari tu.
◾"Banyak kali dah."
Banyak tu sesuatu yang subjektif. 5 kali pun banyak, 10 kali pun banyak, malah 100 kali pun banyak.
◾"Tak terkira."
Doktor tak tahu sampai nombor apa awak pandai kira. Jika tak kira, anggaran pun boleh.
◾"Sampai tak larat dah ni."
Setiap orang berbeza tahap ketahanan. Ada orang kata tak larat, tapi ke klinik siap solek bagai.
Doktor tanya tentang kekerapan untuk anggar keparahan penyakit, keperluan beri rawatan lanjut, keperluan buat rujukan hospital, dsb.
Soalan itu hendaklah dijawab secara objektif: 2 kali, 5 kali, 10 kali. Lebih elok jika jawab dengan format "5 kali dalam masa 24 jam."
3. Jika doktor tanya "Apa khabar?", tak usah jawab begini:
◾"Tak baik. Kalau baik, tak datang sini."
Jika tak sihat. Beritahu sahajalah khabar tak baik itu apa. Sakit apa,masalah apa, dsb.
◾"Saya rasa saya kena epididymitis lah."
Diagnos penyakit ni kerja doktor. Kerja awak beritahu simptom apa, melainkan awak nak beritahu penyakit yang awak sedia ada (yang didiagnos doktor).
◾"Pagi tadi saya tak larat pergi kerja."
Kalau ya pun nak MC, tak usahlah terang-terangan dan gopoh sangat. Rileks, kalau layak doktor beri.
◾"Saya rasa tak sihat."
Rasa tak sihat tu bagaimana? Lemah? Demam? Lenguh otot? Pening? Gigil?
Tak semua orang ke klinik kerana tak sihat. Ada datang untuk pemeriksaan kesihatan untuk lesen memandu/penempatan kerja, pengesahan kehamilan, dsb.
Soalan itu hendaklah dijawab dengan memberitahu simptom: sakit kepala, muntah, batuk, selsema, atau sebab-sebab lain seperti vaksinasi, dsb.
⚠️Ingat! Lebih objektif anda jawab, lebih sedikit soalan doktor, lebih tepat dan cepat konsultasi.
OK! Semoga bermanfaat! Follow saya untuk dapatkan nota kesihatan yang santai!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Komuniti Anda!
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157155331833351&id=505988350
XOXO
Lots of loves -H3H-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment