Perangai orang kita
Apabila melihat agama Islam semakin luas berkembang di seluruh dunia, tentulah aku merasa amat bangga di atas berkat kejayaan para saudara pendakwah seluruh dunia yang kerja depa siang malam mendekati dan menerangi masyarakat mengenai apa sebenarnya agama Islam.
Tapi lain pula ceritanya di Malaysia sebuah Negara Islam. Semakin hari, masyarakat bukan Islam semakin tidak ngam dengan masyarakat Islam. Tiap hari ada je isu yang berkaitan dengan Islam yang dibangkitkan mereka. Lebih parah lagi bila sebahagian umat Islam yang berfikiran cetek bangkit melatah, melabel malah memaki hamun bukan Islam, kononnya di atas nama "memelihara maruah Islam dari dicalar oleh kafir dan talibarut yahudi dan DAP".
Punca segala masalah ni datang dari kecetekan ilmu mengenai Islam di kalangan umat bukan Islam. Tapi macam mana diorang nak kenal Islam dengan lebih dekat kalau masjid, tempat bercambahnya ilmu Islam itu sendiri amat sukar untuk mereka dekati? Nak masuk bukan senang, kena lalui macam2 tapisan. Dah la depa bukan ada apa-apa kepentingan sangat nak ke masjid pun.
"Tapi, kita kena tegas di dalam memelihara kesucian masjid! Mana boleh bagi depa pi mai pi mai dalam masjid berpakaian tak senonoh!"
Okay, kat sini fokus aku BUKAN nak mengutuk orang yang mengenakan peraturan-peraturan tertentu ke atas masyarakat bukan Islam yang ingin berkunjung ke masjid, tapi fokus aku adalah untuk menegur sikap sebahagian orang kita yang tidak pandai menyusun keutamaan di dalam berdakwah.
Kita kena bawa imej Islam itu sebagai agama yang mudah, terbuka, tidak mengongkong, dan cintakan keamanan. Bayangkan, jika dari awal-awal lagi ko dah tetapkan pelbagai peraturan yang bermacam-macam, ko rasa ramai ke yang akan berminat dengan agama kita ni? Jadi UTAMAKAN dahulu kesenangan mereka di dalam mendekati Islam melalui masjid itu sendiri sebagai permulaan. Tahan la dulu rasa amarah nak tegur betapa tak senonohnya pemakaian depa. Yang penting sekarang ni MEREKA SANGGUP DATANG MASJID SEBAB NAK FAHAM ISLAM. Jadi, JANGAN KITA MENYUSAHKAN MEREKA dengan peraturan yang sepatutnya dilaksanakan SELEPAS mereka memahami Islam itu sendiri.
Tutup aurat itu berkait rapat dengan akidah. Jika akidah itu kita tak cambahkan dalam hati mereka, mana mungkin mereka boleh menerima kewarasan menutup aurat itu sendiri, kan?
Berhikmah di dalam berdakwah. #POK
(Posting ini mungkin akan dikemaskini dari masa ke semasa)
#kopipes
https://m.facebook.com/komiksarkazam/photos/a.890654784362861/914047002023639/?type=3
XOXO Lots of loves -H3H-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment