Travelog : Bukit Gambang Water Park (April 13, 2013)

Pagi2 Sabtu, kami dah siap turun breakfast sebelum check out untuk ke Bukit Gambang Water Park (BGWP). Isi perut kejap2...nk main nanti senang...x yah pk lapaq sangat hehehe.

Pilihan breakfast mmg banyak. Macam2 jenis makanan ada, dari nasik lemak, cereal, american breakfast, soto, sweets dan macam2 la. Memang puaih la makan. Taste dia pun OK, just nice.

Selesai breakfast, kami balik ke bilik untuk kemas2 dan check out. Ye la...kalo x check out lg, xkan tgh2 main nk mai balik bilik dan check out? Apa punya gheja tu? Hehehehe.

Koi 10.30 pg dah siap check out dan sampai BGWP. x jauh pun, jalan kaki pun bole sampai....tp berpeluh la jugak kot...tengah2 panaih ni...heheheh.

Sementara dok tunggu semua sampai dan parking keta, dan lagi kami tangkap gambaq tgh panaih lit lit tu. Tp x cukup korum la pulak. Hajat hati nk tangkap pulak ramai2 waktu balik nanti, tp hm....*sigh*


Pakcik dengan hero2 junior

Anak2 memang sakan main. Anak aku, main dari koi 10.30pg sampai la aku temberang dia BGWP dah nk tutup koi 4.30ptg...hahahaha.

Sebabkan kami dah amik pakej sebelum ni, kami kena beli 1 ja tiket lg sbb x cukup 1 ja tiket.


Aku cuma ikut je si awang kecik ni ke sana ke sini. Aku suka dgn BGWP sbb banyak tempat budak2 bole main. X macam kat Carnival kat SP sbb ada 1 tempat ja untuk anak2. BGWP provide 4 tempat untuk anak2 main dgn pelbagai jenis slide.

Dalam BGWP ni semua pasai scan ja. Nk beli makan pun pakai scan ja. X cukup nilai, sila la top up kat kaunter. Kdg2 agak menyusahkan tp ada jugak part yg memudahkan sbb x payah usung duit pi sana sini waktu mandi.

Kami sewa cabana untuk mak ayah berehat dan jugak sebagai tempat simpan barang2. Sewa cabana ni RM55, siap dgn kusyen baring untuk 2 orang. Selesa for my parents to watch and relax.

Nila rupa cabana tu, tp yg ni aku cilok dr website BGWP.
Adik Aniq menikmati nasik ayam, ok jugak sbb ayam br goreng...panas2




tempat favourite anak.

Anak ada jugak paksa aku naik benda kat atas tu, aku ikut jugak la naik 2 kali. Dia ajak aku naik slide yg paling tinggi. Aku tatau la mcmana anak aku bole naik. Aku naik 2 kali, mcm nk tercabut jantung. Rasa nak tercampak keluaq dari slide tu, padahai perasaan ja. Huhuhu. Bila kali ke2 aku peluk dia kuat2...sampai ja bawah anak aku kata, "Ibu x payah naik dah la, abang naik sorang." Hahahaha....

My sister and her small family. Complete

Anak ikut Along 4 beranak main Coco Beach

Coco Beach ni ok gak la. Bila mai time wave...memang kuat wave dia but really enjoy it.



Masa main Coco Beach, ujan lebat la pulak. Something make me laugh....some of people main ayaq tp bila ujan lari dok bawah cabana atau bawah bumbung. Hahaha

Koi 4 ptg, aku dah serender, tak larat dah. Kakak 4 beranak masih excited lagi. Tapi bila semua orang dah x larat dan changed, depa pun ikut sama la. Hehehe. Suka tgk depa 4 beranak enjoy...hehehe

Plan nk tangkap gambaq family kat tempat mai td kan? Tinggai harapan je la, anak2 lena...penat... heheheh

Anak2 muka mmg terbakaq la. Muka aku pun. Dah la x brapa nk cerah, teruih itam dah...hehehehe.

Dari BGWP, kami gerak ke Kuantan untuk Baiti Homestay yg kami dah booking earlier. Murah ja Homestay ni, RM100 semlm.

Tapi aku agak frust sbb dlm website dan owner x bgtau homestay ni 2 tingkat. Bilik tidoq kat atas, 1 bilik ja kat bawah. So agak menyusahkan org tua kalo nk dok atas...dah la tangga dia curam la pulak. Kami amik 2 bijik, sbb 1 bijik ada 3 bilik. Sebelah menyebelah je la.

Kami dok umah ijau dgn mak ayah dan acu. Kakak, Pak Lang dan Pakcik dok umah kuning. Umah hijau mmg agak lama dan sangat x berpuas hati dgn TV, peti ais, bilik air atas. Tp sib baik ekon dia ok. Sbb bilik utama yg ada ekon kat atas, mak pulak x larat nak naik turun dgn tangga yg curam macam tu.

Mak ayah tidoq bilik bawah, katil bujang ja. So seorang mesti kena tidoq kat bawah. Ada la depa bg toto 1. Mana la nk cukup dgn toto yg nipis tu. Aku dgn Pakcik amik kusyen panjang dari sofa dua2 rumah dan combine kan jad tilam. Nasib baik la kusyen tu jenis panjang, bukan jenis satu satu.

Kipas dinding bilik mak ayah pun dah mcm bertahun x cuci. Itu pakcik punya keja....berkilat dia kejakan kipas bilik mak ayah. Hehehehe...

Rumah kuning ok sket. Nampak pun baru sket. Nampak lebih bersih. Kalo ikutkan mmg save la dok situ. Cuma tuan Baiti Homestay, silalah maintain homestay anda. Kawasan pun ok, mudah nak cari makan dan mcm2 ada sekitarnya cuma pastikan kemudahan yg anda sediakan selesa untuk penginap walopun murah.

Kalo sesiapa yg x kisah dgn homestay 2 tingkat, dan nak cari yg murah...bole la.

Tak mo pk banyak, semua pun dah letih seharian...redha ja...janji ada tempat berteduh dan berehat.

p/s : Lupa nk snap pic kat Baiti Homestay. *sigh*

XOXO

0 comments: