Travelog 2013 - Langkawi Day 2 (Jan 25, 2013) - Air Hangat

Selepas solat Jumaat, kami teruskan perjalanan kami cari kedai makan nk lunch dan jugak perjalanan ke Skycab. Kebetulan kami lalu epan telaga ayaq hangat, so hubby pun lencong la masuk. Previous Langkawi visit kami x singgah telaga ayaq hangat ni. Tatau pasai apa. Hubby said, dia pernah pi masa rombongan sekolah darjah 6 dulu. Humang aih...it was 20 years back. Tudia....gila lama.

Honestly, tempat ni mmg cantik dan free pulak tu. Tp sayangnya, sangat kurang seri...tatau pasai apa. Persekitaran cantik dan terjaga elok tp mcm takdak tarikan untuk pengunjung. Gerai2 pun suram ja.

Kami ada tanya Pakcik Polis yg jaga, dia kata dulu ada plan nk buat spa kt situ tp tatau pasai pa, x jd. Selalunya tempat2 pelancongan ni toilet dia mana cantik, ni even toilet pun superb...aku rasa mcm dok umah org kata lak. Cantik dan sgt selesa. Tu br toilet....hahahaha.

PakCik polis tu ckp, situ ada jakuzi....dalam bilik2 la...ada 3 jakuzi yg bole digunakan. Tp sbb kami kelaparan, kami x pi jenguk pun la jakuzi tu....hehehehe.

Hopefully, nnt akan ada inisiatif utk majukan tempat yg dah sedia cantik.










Ini lah saja telaga asai...dulu ada 3 bijik, tp sebijik dah kambus pasai terlalu bahaya katanya. Te;aga yg hubby letak tangan tu pun dalamnya 4m kata pakcik polis.




rumah belakang aku tu kosong terkunci...bagi aku yg sgt suka muzium ni.... rumah hitam tu sgt2 la sesuai utk jadik muzium...at least muzium kraf ka??? sayang....sgt2


cantik kan?

Aku kopipes ja tau sejarah dan mitos Ayaq Hangat ni.

Telaga Air Hangat juga wujud akibat pergaduhan dua gergasi yang sama. Diantara pinggan mangkuk serta periuk belanga yang pecah terdapat beberapa bekas yang digunakan untuk memasak air panas. Tempat dimana tumpahnya air panas tersebut mengasilkan telaga air panas yang wujud sekarang. Terletak dikawasan Telaga Air Panas seluas 4 ekar, terbina kompleks moden yang didalamnya terdapat 3 tingkat pancutan air panas, mural lukisan tangan diatas batu sungai sepanjang 18 meter yang menceritakan lagenda disebalik kewujudan tempat ini, demostrasi harian tentang kraftangan tempatan dan tarian kebudayaan serta kedai-kedai yang menjual kraftangan. Terdapat juga kemudahan kedai makanan dan minuman yang menyediakan juadah tempatan disini. Kompleks ini terletak hanya 14 kilometer dari pekan Kuah.

XOXO




0 comments: