Gempa dahsyat dalam 30 tahun

Geologis dakwa bencana enam kali lebih lama daripada kejadian di Padang


SINGAPURA: Satu gempa bumi dahsyat mungkin melanda pulau Sumatera, Indonesia dalam tempoh 30 tahun, mencetuskan satu tsunami yang akan menjadikan kejadian gempa bumi bulan lalu dilihat amat kecil sebagai perbandingan.

Pengarah Pemantauan Bumi Singapura, Kerry Sieh, berkata gempa bumi kuat seterusnya akan mempunyai berlaku enam kali lebih lama daripada gempa 7.6 yang melanda barat Sumatera pada 30 September lalu yang memusnahkan Padang.

"Kami menjangka ia kira-kira 8.8 pada skala Richter, mungkin kurang lebih 0.1," kata seorang profesor Universiti Teknologi Nanyang.

Katanya, gempa bumi Sumatera lalu berlaku selama kira-kira 45 saat.

"Ini mungkin akan berlaku kira-kira lima minit," kata Sieh. "Gempa 7.6 ini amat amat kecil berbanding gempa bumi kuat berkenaan."

Angka kematian rasmi akibat kejadian itu mencecah 1,115 kelmarin, tetapi lebih ramai dikhuatiri mati apabila beberapa perkampungan bertukar menjadi kawasan perkuburan. 100,000 rumah dianggarkan musnah menyebabkan lebih setengah juta hilang tempat tinggal.

Berdasarkan aliran sejarah gempa bumi dari analisis geologi di kawasan terbabit, gempa bumi bulan lalu adalah satu permulaan, kata Sieh. Katanya, gempa baru-baru ini mempunyai kesan disifatkan amat kecil. � AFP

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20091016002836/Article/

0 comments: