Dan rakyat tetap bodoh memihak kepada depa yg menyusahkan rakyat.
Harga petrol di pam berasas harga pasaran selepas penstrukturan tahun depan
KUALA LUMPUR: Harga petrol di pam kemungkinan akan berasaskan harga pasaran atau tanpa subsidi apabila sistem pengurusan subsidi dilaksanakan pada tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
Menerusi kaedah itu, katanya, pemberian subsidi mungkin akan lebih tersasar kepada kumpulan yang layak bagi menikmati harga petrol bersubsidi.
"Harga petrol mungkin akan ditetapkan pada kadar pasaran tetapi individu yang disasarkan akan dapat subsidi. Harga petrol tidak ada subsidi, kecuali kepada golongan sasaran."
"Sistem pengurusan itu sedang dibina dan akan dimulakan dengan petrol. Ia akan dilaksanakan antara suku pertama dan kedua," katanya selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2009 di sini, hari ini.
Kumpulan sasar itu kelak mungkin membabitkan golongan berpendapatan rendah atau berada pada paras gaji tertentu.
Mykad juga mungkin menjadi salah satu mekanisma bagi pemberian subsidi, katanya.
Dalam pembentangan Bajet 2010 Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sistem pengurusan subsidi akan dilaksanakan pada awal 2010 menggunakan MyKad dan infrastruktur sedia ada.
Ia bagi memastikan manfaat subsidi dinikmati oleh kumpulan sasaran dan pendekatan kumpulan sasaran itu juga akan digunakan dalam komoditi lain.
Dalam sistem sedia ada, Ahmad Husni berkata, subsidi dinikmati oleh semua pihak, dari golongan berpendapatan tinggi hinggalah kepada rakyat asing yang memasuki negara ini.
"Oleh itu, kita perlu ada satu sistem yang adil dan kita percaya langkah ini nanti akan sampai kepada golongan yang disasarkan. Mereka yang sepatutnya tidak dapat, mereka tidak akan menerimanya," katanya.
Pelaksanaan itu kelak, katanya, akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi subsidi dan penjimatan itu akan salurkan kepada aktiviti yang produktif.
Kerajaan memperuntukkan subsidi bahan api berjumlah kira-kira RM10 bilion di bawah Bajet 2010.
Mengulas kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Ahmad Husni berkata, hasil kajian kesan sosial yang dilakukan kemungkinan akan diketahui pada hujung tahun ini.
Beliau memberi jaminan sekiranya dilaksanakan ia tidak akan membebankan rakyat dan peratusannya pasti lebih rendah berbanding kadar cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang ada sekarang.
"Perlu ditekankan, GST bukan satu sistem cukai baru. Kita akan gantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang mengenakan caj antara lima hingga 10 peratus ketika ini."
Dalam pembentangan Bajet baru-baru ini, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata tujuan kajian itu ialah untuk menentukan jika GST patut dilaksanakan untuk menstabilkan kewangan kerajaan dan tidak membebankan rakyat. - Bernama
2 comments:
apa bodoh pulak... bijak la... hahahha... Minyak bukan gomen yg kontrol, Amerika yg kontrol. Sapa jadi gomen pon minyak tetap akan naik punya. Selagi minyak dibayar dgn US dolar, selagi tu minyak akan naik, naik dan terus naik. Jgn mimpi la minyak nak turun.
ye la...subsidi myk x bole bg sbb nk buat team F1 1Malaysia kan? Rakyat kebulur pun x pa...kan fazry kan
Post a Comment