Berbuka posa dengan family

Hari aku happy sgt2. Sebabnya? Sebab aku balik bukak posa dengan family aku...the whole happy family. Kakak aku masih dalam pantang, so dia ada kat umah. BIL aku pun balik sini minggu ni sbb cuti 3 hari, MERDEKA. Aku yg chef lak cuti hari ni, so ni lah first time kami berbuka complete family tahun ni, selalunya dekat2 raya ja...atau pun malam raya. Tupun selalunya pakcik (chef) x dak...sebab kerja.

Mak tunaikan permintaan aku nk makan kanji (bubur lambuk) dengan sambal ikan bilis kering. Hubby beli ayam golek, abang (adik aku) beli ikan siakap...mak buat masak 3 rasa.Baie (BIL) beli sate. Aku lak buat puding laici dangdut (kidnap dr dapur kak Ummi) untuk desert.

Meriah sgt...x sempat nk snap pic untuk menu sbb suma sibuk nk berbuka...

Pakcik kena mengasuh sebab ibu sibuk tolong maktok masak.

3 cucuk sate anak belasah.

Semuanya sibuk berbuka. Nampak sedap dak?

Hubby pun sibuk memenuhkan perut jugak.

Inilah rupa Puding Laici Dangdut tu. Tapi laici tergolek...nampak lobangnya.
I wish this happiness never end. I love my family. I love u all...

Berbuka posa dengan family

Hari ni aku happy sgt sbb balik bukak posa umah family aku. Yang paling besh...suma ada. Walopun kakak masih pantang, tp kira ada la jugak. The whole family is here. My big family is complete...waa...besh tau.


Menu lak...aku request nk makan kanji (bubur lambuk) dengan sambal ikan bilis. Mak tunaikan. Aku beli tambah ayam golek, abang (adik aku) beli siakap 2 ekoq...mak buat masak 3 rasa, baie (BIL) beli sate dan mak buat cucuq udang dengan kuah kacang. Penuh meja. Ops... lupa lak....untuk desert aku buat Puding Laici Dangdut (cilok dr kak Ummi/Kak Hanieliza).


Anak aku lak mmg sibuk nk bukak posa sama. Pilihan dia? Semestinya sate ayam. 3 cucuk langsai dikerjakan si kecik ni.

Pakcik mengasuh anak sebab ibu sibuk tolong maktok masak untuk berbuka

Sedapnya ibu sate ni. Anak nk lagi tau.


Semuanya berselera berbuka. X sempat nk snap menu hidangan sebelum berbuka sbb suma dah terkam.


Hubby tengah pulun nasi dengan siakap 3 rasa.


Anak masih dengan satenya....


Selalunya berkumpul macam ni hanya waktu raya. Tapi sebab kakak tengah berpantang, sumanya boleh berkumpul. Best....

Sedapnya Koko Crunch


Sedapnya koko krunch nie...nanti ibu beli lagi ya...anak nk macam2 rasa.
"Ok...nanti ibu beli. Tak mau makan kopok tau."

APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM???

sumber : email fwd drp Ahmad Faedy

Renung2kanlah,

'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita .. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada
bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang
Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad

2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang
dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai
tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah Kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad .. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan
arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan .. .. ..

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa
didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin
timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi .. .. semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya .. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9
bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk.Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu
..
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu
disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital , Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab bf Hartina ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2
tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si isteri datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya..

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si isteri ni. Heran sungguh. Bila si isteri ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si isteri ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan
perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah
Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa
Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.'

Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu..Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas
kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad' .. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada
kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati.

Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?

Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang
rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh .. . semuanya satu demi satu ..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY .

Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya
ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita.

Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan
ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.

Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya.
Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat
Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati .. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak .. . Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme.

Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita
kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.


Akhir sekali,

email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja .. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita
bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan

email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa
beringat kepada Allah.

Customer Relationship Management Training

Yesterday, team had Customer Relationship Management training thru Webex by Trevor Baumel.

Mmg interesting topicnya dan cara Trevor present pun ok...cuma timingnya kureng ok. Koi 4-5p.m in fasting month and plus ujan lebat...pergh...inilah hasilnya....hahahahah

Syoknya Faiz lena...Penat jaga anak ka mlm2 Faiz?

Bee Choo pun tumbang? Posa jugak ka???

MJ (makhluk tuhan paling seksi) pun K.O...isk...isk...

Ha...ni br nampak concentrate skit...(yaka?)

2 org team leader yg nk enterprem....
kak ros and rinda

Sian depa kena dok bawah, bersila lagi....kerusi x cukup....sib baik karpet

Wani tu jaga ka lena?
Nana main game ek?

Faiz lena aksi kedua...dok tegak tu igt bole tipu ka? Mata pejam rapat....hahahahah

Jangan marah ya kengkawan...sapa suruh lena time training...aku nasib baik jg chair of the training kalo dak...lena jugak rasanya...heheheh

Good Advise












Kaji kesan terapi wuduk untuk tangani H1N1

Sebagai umat Islam, kita diajar bahawa solat itu tiang agama. Dalam penghuraian lebih panjang, para ulama dan tok-tok guru menyebutkan bahawa sebagai tiang, maka sesiapa mendirikan solat bererti dia mendirikan agama. Sebaliknya, jika ia meninggalkan solat seolah-olah dia meruntuhkan agamanya.

Huraian itu sebenarnya bersandarkan sebuah hadis Nabi Besar Muhammad s.a.w. Ia dipetik sebahagian besar ulama dan diletakkan sebagai hujah paling kuat memastikan solat dikerjakan umat Islam.

Kita juga sering dibacakan petikan ayat-ayat al-Quran yang memperihalkan kelebihan-kelebihan lain dari ibadat solat. Antaranya yang paling masyhur ialah janji Allah di dalam al-Quran bahawa solat itu mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar (baca Surah al-Ankabut 29:45).

Malangnya, tidak semua yang mengamalkan ibadat rukun Islam itu berupaya mendapat hasil seperti disebutkan. Sebegitu ramai yang bersolat, tetapi dalam kehidupan seharian mereka gagal mempamerkan tindakan sebagai seorang yang bebas dari melakukan kekejian dan kemungkaran.

Begitu juga dengan janji Allah menerusi firmanNya yang mengaitkan zikrullah sebagai terapi menenang dan mententeramkan hati (baca Surah ar-Ra�d 13:28). Sekali lagi, di antara ibadat yang disarati zikrullah adalah solat. Maka secara logiknya, seseorang yang menyempurnakan solatnya akan memperolehi suatu tahap ketenangan hati.

Malang lagi, kita tidak perlu bersusah-payah membuktikan hakikat betapa sebegitu ramai umat Islam yang bersolat tetapi tidak menzahirkan tindakan atau amalan hidup sebagai seorang yang tenang dan tenteram hatinya.

Kita berhak mempersoalkan di mana silapnya. Namun ia tidak sepatutnya melarat kepada mempersoalkan kebenaran janji-janji Allah tadi. Maha Suci Dia dari segala kelemahan dan Dia juga Maha Menepati janjiNya.

Cuma, dalam dunia sains dan teknologi kini, hampir segala dakwaan tentang kebaikan sesuatu menuntut pembuktian secara saintifik atau berfakta. Maka mungkin wajar ada pihak melakukan kajian terperinci dan menyeluruh tentang kesan positif solat terhadap tabiat dan perlakuan umat Islam.

Alhamdulillah, setakat ini sudah ada pengkaji menemui bukti kukuh secara saintifik bahawa amalan solat dapat menjadi terapi menyembuhkan penyakit yang dihidapi seseorang.

Akhbar harian pada 6 Ogos lalu memuatkan laporan mengenai penemuan saintifik bahawa masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.

Khabar yang membanggakan umat Islam itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Professor Madya Dr Fatimah Ibrahim. Menurutnya, selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya, dua lelaki menghidap masalah mati pucuk berjaya menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang memiliki masalah berkenaan perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu. Mengambil kira gabungan amalan solat-solat fardhu dan sunat yang disyariatkan Islam, keperluan itu tidak sukar dipenuhi.

"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zohor untuk tujuan terapi itu,"jelasnya.

Difahamkan kajian itu adalah sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik universiti berkenaan mengenai kesan biologikal solat kepada tubuh badan manusia. Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.

Terapi solat, sembuh penyakit

Kajian tersebut telah mengesahkan bahawa setiap pergerakan dalam solat merangsang otot lantai pelvik.

�Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik, tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik,� akui Dr Fatimah lagi.

Menurutnya, dua pesakit yang dimaksudkan telah berjaya mengurangkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan menunjukkan sedikit reaksi ketegangan zakar.

Tidak syak lagi penemuan saintifik ini adalah sesuatu yang membanggakan umat Islam. Tepat sepertimana disebutkan Dr Fatimah, "ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda".

Kini terhidang di hadapan kita satu lagi kejadian yang sepatutnya mendorong para pengkaji menggali kesan-kesan positif satu lagi ibadat Islam, iaitu wuduk. Sebegitu banyak hadis dan ayat al-Quran menyuruh kita mengambil wuduk. Matlamat utama perbuatan itu ialah untuk menyucikan diri, sama ada dari kekotoran lahiriah mahu pun batiniah.

Sebegitu banyak juga hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan fadhilat atau kelebihan wuduk. Antaranya disebutkan tentang cahaya dari muka orang yang berwuduk itu akan menerangi hidupnya di alam barzakh. Titisan air wuduk dari anggota yang dibasuh pula dikaitkan dengan penyucian dosa.

Wuduk juga dikaitkan dengan amalan yang mendorong kesihatan kepada pengamalnya. Apatah lagi ia merupakan salah satu di antara perbuatan bersuci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk akan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan bersih, paling tidak pada anggota wajib wuduk, iaitu tangan, muka dan kakinya.

Sebab itu apabila dinilai syor badan kesihatan dunia dalam menangani penularan wabak selsema babi (H1N1) kini, beberapa langkah disebutkan itu tidak lari dari perbuatan utama dalam berwuduk. Antaranya ialah membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung.

Selain tiga pancaindera ini merupakan sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk, Islam juga mensyariatkan membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan juga orang berwuduk itu berkumur-kumur dan melakukan istinsyak, yakni menyedut air ke hidung dan menghembuskannya kembali (untuk menyucikan rongga hidung), selain memulakan wuduk dengan membasuh pergelangan tangan.

Selain ketika berwuduk, Rasulullah s.a.w. turut mengesyorkan umat Islam (amalan sunat) membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung sebelum melakukan apa-apa yang lain sebaik bangkit dari tidur. Ada hadis menyebutkan "kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa tidur", dan "hidung sebagai tempat tidur syaitan tatkala kamu tidur".

Kesan positif ajaran dan amal ibadat dalam Islam terhadap manusia memang sudah dijangkakan. Sebagai umat Islam kita diyakinkan menerusi sebegitu banyak firman Allah dan sabda Junjungan Muhammad s.a.w. yang menegaskan kelebihan dan manfaat setiap ibadat yang kita laksanakan.

Sememangnya bagi seorang yang benar imannya terhadap Allah, dia tidak memerlukan bukti kajian saintifik atas sesuatu ibadat atau amalan Islam sebelum melakukannya. Cukuplah ia diterima sebagai perintah Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. yang mesti dipatuhi untuk mereka yakini bahawa kesemua perintah itu mengandungi segala macam hikmah dan manfaat yang tidak semestinya tergapai oleh pengkajian akal manusia.

Bagaimana pun, tidak salah bagi pakar perubatan dan ilmuan Islam kita mengambil kesempatan atas penularan wabak selsema babi kini untuk kita buktikan secara saintifik betapa amalan berwuduk yang diwajibkan Islam pada ketika tertentu dan disunatkan pada setiap masa itu sebenarnya terapi atau langkah preventif terbaik yang menepati ciri-ciri langkah pencegahan H1N1 disyorkan badan kesihatan dunia kini.

HarakahDaily.Net/-

Inilah dia rahsia 13 rukun Solat

Oleh : Zamri Keciks

Assalamua'laikum wr wb......... ...

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

sumber : http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/inilah-dia-rahsia-13-rukun-solat.html

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan, selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

Macam tahun2 lepas, bulan puasa bakal menjadi bulan sibuk buat aku. Sibuk apa? Sibuk balik rumah mak dan MIL...hahahahah...

Alhamdulillah, ini tahun kelima aku berpuasa bersama hubby.

First year puasa, mmg tiap2 hari balik bukak posa umah MIL (i can say without miss), balik umah cuma lepas terawih. Sahur aku masak kat umah. Weekend baru balik umah mak dan tidoq umah mak untuk sahur sama2. Bila ada can, kami berkumpul rumah tok untuk bukak posa ramai2, x kisah kat kota (belah hubby) ka atau kat sg lalang.

Second year pun sama mcm first year sbb kami masih berdua.

Third year, aku tengah pregnant kat lil' hero. Alah memang teruk, posa pun banyak yg tinggai sbb dah lembik. Sepatutnya aku kena admit to hospital sbb doc nk drip. Tapi aku x pi...hahahaha sbb sian kat hubby nanti nk posa sorang2. Bukak posa, weekdays kami bukak posa kat umah ja..berdua sbb x larat nk ulang alik sana sini. Weekend ja br balik umah mak atau MIL. Sahurnya lak, kalo aku larat aku masak...tp banyaknya hubby tapau siap2...hehehhe...Terawih lak tenggelam timbul...ish...ish....

Fourth year, si lil' hero br umur 5 bulan. Terawih mmg kim salam la...huhuhuhu. Bukak posa dengan sahur byknya kat umah (waktu ni dah masuk umah sendiri...wa wi junior jus). Mulanya mmg aku masak, tp bila tgh masak ja...anak nangis....sudahnya hubby kena sambung masak. Sudahnya...dia tapaw siap2 untuk sahur...wakakakaka

Fifth year, Alhamdulillah...ini tahun ke-5 kami. Br hari ke3. Sahur hari pertama dan kedua di rumah MIL. Bukak posa hari pertama juga di rumah MIL. Lepas sahur hr ke2, kami balik umah dan aku settelkan kerja2 umah yg melambak. Lepas hubby balik kerja, kami balik umah mak ayah. Bukak posa sesama dan jugak sahur pagi tadi. Si lil' hero lak koi 2 pagu br lena...ish...ish... sudahnya ibu yg weng.

Anak dok makan coq udang dgn wan (FIL)

Tengok la cucu bertuah tu...ayaq wan pun dia balas...hehehehe

Sedapnya...ayaq ais...ibu x bagi minum ais ni...tp wan bg....suka...suka....
ish...ish...ish

Atok kata, atok ada 4 org anak dan jaga sorang cucu jantan. Tp x pernah sorang pun amik tong beras atok main sorong2 sampai depan.

Lari bila abah buat roadblock...nak amik balik tong beras....lagi cepat dia cabut.

Thanks to Jeri and Nuli untuk cookies2 yg comel2 untuk bukak posa.

Jangan Memihak Ketika Anak Bergaduh

oleh Hafizah Iszahanid

"Mak, tengok abang ni, main tolak-tolak," atau anda akan kedengaran, "Abang dulu, abang dulu, tepi.. tepi."


Sebagai ibu bapa anda tentu sudah biasa mendengar ayat berkenaan. Pergaduhan antara adik beradik memang sebahagian daripada proses pembesaran mereka. Selalunya, pergaduhan atau bibit-bibit cemburu dimulakan oleh anak yang tua. Misalnya anak sulung yang cemburukan kelahiran adik atau anak tengah yang cemburu pada adik baru.


Bagaimanapun, ada juga di kalangan kanak-kanak ini akhirnya mampu bersahabat baik dengan adik beradik sendiri dan saling mempercayai.

"Letihlah tengok budak-budak ni, asyik bergaduh saja." Anda juga biasa mendengar luahan seperti ini dari rakan anda. Mengapa kanak-kanak bergaduh?


Sebenarnya banyak perkara boleh menyebabkan kanak-kanak bergaduh. Walaupun ada kalanya sebagai ibu bapa, kita merasakan ia perkara remeh temeh, namun bagi mereka itu adalah soal besar. Apatah lagi di kalangan si abang atau kakak, rasa cemburu atau ingin bersaing sentiasa ada dalam diri mereka.


Pergaduhan adakalanya bermula di meja makan.

Perkara Universal

Namun, pergaduhan antara adik beradik adalah perkara universal dan normal. Malah, ramai yang berpendapat ia tanda keluarga yang sihat. Kehidupan orang dewasa atau kehidupan sebenar di dunia ini juga penuh pertelingkahan dan pertikaian.

Bagaimanapun, itu tidak bermaksud anda perlu membiarkan saja mereka bergaduh terutama apabila mungkin membabitkan kecederaan fizikal, caci mencaci atau penggunaan kata-kata kesat. Anda sebagai ibu bapa harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati kedua-dua anak anda.

Mengapa Mereka Bergaduh?

# Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain.

# Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain.


# Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.

# Mereka inginkan perhatian ibu bapa atau kakak atau abang.


Ajar anak bertolak ansur, saling menghormati dan berkongsi barangan secara adil.

Bagaimana Anda Menangani Pergaduhan Anak-anak?


* Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri.

Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.

* Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat.

* Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.

* Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian.

* Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya berkhemah atau melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.

* Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan.

* Bantu anak anda membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil.

* Apabila mereka bergaduh anda cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh.

* Paling utama, jika anda kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku anda mudah ditiru anak.

sumber : http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2009/07/jangan-memihak-ketika-anak-bergaduh.html

Bina jati diri anak


Oleh : mohd naim mohd zain

MENJADI tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak secara seimbang sama ada dari segi jasmani mahupun rohani.

Ini kerana anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT yang tiada galang-gantinya kepada pasangan yang bergelar ibu dan bapa.

Sememangnya menjadi impian ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menjadi manusia yang terbilang di dunia dan juga di akhirat.

Langkah awal ke arah itu sudah pastinyalah ialah dengan mencurah perhatian dan kasih sayang tanpa berbelah-bagi.

Ketua Subunit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan berkata, anak yang mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya akan membesar sebagai insan mempunyai jati diri yang teguh.

Dalam memberi kasih sayang apa yang penting ibu bapa harus bersikap adil kepada setiap anak tanpa tanpa ada perasaan beza membeza. .

Malah kata Dr. Hamizah, Rasulullah SAW pernah bersabda yang antara lain berbunyi: "Berlaku adillah kamu di antara anak-anak kamu dalam memberi hadiah sebagaimana kamu suka mereka berlaku adil di antara kamu dalam kasih sayang." Hadis riwayat at-Tabrani.

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah katanya, dalam mendidik anak ibu bapa mesti menjauhi sifat yang membawa kepada wujudnya rasa berbeza dan tidak adil kepada anak -anak.

"Membeza-bezakan kasih sayang hanya akan menyebabkan anak-anak berasa kecil hati dan boleh membuahkan sifat dendam yang mendalam di kemudian hari.

''Sebaiknya dalam kehidupan seharian, penuhilah dengan suasana senda gurau dengan anak-anak bagi merapatkan hubungan baik dalam keluarga,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya dalam siri Seminar Keibubapaan anjuran LPPKN di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu Dr. Hamizah juga menyarankan agar ibu bapa menggunakan kaedah piskologi dalam mendidik anak-anak terutama yang menginjak ke usia remaja.

''Seperti juga anak kecil, anak remaja turut memerlukan perhatian, masa, kasih sayang dan panduan daripada ibu bapa,'' ujarnya.

Menurutnya, pada peringkat usia tersebut anak-anak sudah mempunyai perasaan malu dan tindakan ibu bapa misalnya menggenakan hukuman rotan jika mereka melakukan kesalahan dirasakan kurang bijak..

"Sebaiknya cuba gunakan psikologi seperti berbincang dengan anak atau mendapatkan bantuan daripada kawan -kawan rapatnya .

"Kehidupan zaman remaja ibarat waktu emas yang sangat berharga. Ia juga merupakan zaman peralihan antara kanak-kanak kepada lebih dewasa.

''Pada peringkat usia ini mereka biasanya mahukan kebebasan dan tidak suka dikawal. Di sinilah peranan ibu bapa untuk mengawal tingkah laku anak-anak dan pada masa sama memberi sedikit kebebasan agar anak-anak tidak berasa diri mereka dikongkong sehingga menimbulkan perasaan ingin memberontak.

"Usia remaja merupakan tempoh yang kritikal kerana mereka lazimnya cenderung bertindak mengikut perasaan tanpa berfikir panjang.

''Mereka seperti layang-layang yang mana talinya perlu sentiasa dijaga agar tidak terputus dan hilang kawalan.

"Pada peringakat ini juga kebanyakan remaja akan dilanda konflik dalaman. Pelbagai persoalan hidup dan perubahan fizikal serta mental akan wujud pada diri mereka.

''Kadang kala timbul krisis identiti diri, perasaan tertekan, mudah kecewa dan tidak dapat mengawal kemarahan. Pada masa sama timbul desakan-desakan dalam diri untuk mencuba sesuatu yang baru,'' katanya yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kauseling.

Beliau menambah, pelbagai konflik tersebut jika tidak ditangani dengan bijak melalui tunjuk ajar dan bimbingan ibu bapa dikhuatiri akan menjadi punca anak-anak remaja terjebak dalam pelbagai gejala sosial.

Tambahnya, dalam berdepan dengan situasi tersebut ibu bapa seharusnya berbincang dan berkongsi secara terbuka dengan anak-anak.

''Ini termasuklah dalam isu berkaitan pendidikan seks. Hal ini penting bagi memberi gambaran sebenar kepada anak, malah jika diberi keterangan secara terbuka ia akan memberi kefahaman meluas kepada anak-anak.

''Kita perlu sedar bagaimana kita boleh mengatur langkah untuk menjana jati diri remaja agar apabila dewasa kita boleh memungut hasilnya sebagai anak yang bukan sahaja cemerlang di dunia tetapi juga di akhirat.

sumber : http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/bina-jati-diri-anak.html

The Most Sensible Advice About H1N1!

forwarded email from a friend : Zohri

How to prevent H1N1 – An eMail forward is reproduced below:

Friends,

Thanks to media hype about H1N1, several people who trust me have either approached or called me to advice. The hype in media about the utility of face masks and N95 respirators as a tool for general protection against H1N1 can't be deplored enough.

Yesterday, a friend who listened wanted me to write down briefly what I advised so that he could tell others in similar words. Hence this short email to friends whom I have advised recently (and others whom I haven't yet).

Please realize that this is not an official advice, especially the one about face masks or N95. Most N95 respirators are designed to filter 95% particulates of 0.3µ, while the size of H1N1 virus is about 0.1µ. Hence, dependence on N95 to protect against H1N1 is like protecting against rain with an umbrella made of mosquito net.

Tamiflu does not kill but prevents H1N1 from further proliferation till the virus limits itself in about 1-2 weeks (its natural cycle). H1N1, like other Influenza A viruses, only infects the upper respiratory tract and proliferates (only) there. The only portals of entry are the nostrils and mouth/ throat. In a global epidemic of this nature, it's almost impossible not coming into contact with H1N1 in spite of all precautions.

Contact with H1N1 is not so much of a problem as proliferation is. While you are still healthy and not showing any symptoms of H1N1 infection, in order to prevent proliferation, aggravation of symptoms and development of secondary infections, some very simple steps - not fully highlighted in most official communications - can be practiced (instead of focusing on how to stock N95 or Tamiflu):

  1. Frequent hand-washing (well highlighted in all official communications).
  2. "Hands-off-the-face" approach. Resist all temptations to touch any part of face (unless you want to eat or bathe).
  3. Gargle twice a day with warm salt water (use Listerine if you don't trust salt). H1N1 takes 2-3 days after initial infection in the throat/ nasal cavity to proliferate and show characteristic symptoms. Simple gargling prevents proliferation. In a way, gargling with salt water has the same effect on a healthy individual that Tamiflu has on an infected one. Don't underestimate this simple, inexpensive and powerful preventative method.
  4. Similar to 3 above, clean your nostrils at least once every day with warm salt water. Not everybody may be good at Jala Neti or Sutra Neti (very good Yoga asanas to clean nasal cavities), but blowing the nose hard once a day and swabbing both nostrils with cotton buds dipped in warm salt water is very effective in bringing down viral population.
  5. Boost your natural immunity with foods that are rich in Vitamin C (Amla and other citrus fruits). If you have to supplement with Vitamin C tablets, make sure that it also has Zinc to boost absorption.
  6. Drink as much of warm liquids as you can. Drinking warm liquids has the same effect as gargling, but in the reverse direction. They wash off proliferating viruses from the throat into the stomach where they cannot survive, proliferate or do any harm.
  7. All these are simple ways to prevent, within means of most households, and certainly much less painful than to wait in long queues outside public hospitals.

Happy breathing!

Best regards,
Dr.Ashutosh Mundkur

I'm working

I'm still working at this hour...on the weekend.

=(

Poor me. But, whatever it takes...I still need to complete my job.
Wish me luck.

I love makan koay teaw udang

Semlm, balik kerja dan sampai umah koi 8.30 malam. Hujan lebat gak semalam. Merap kat hubby nk makanan yang panas2. Saja la merap nk makan koay teaw udang Pulau Sayak (konon2nya nanti dah posa, susah nk makan dah). x sangka lak hubby tunaikan walopun dah lewat (love u).

Sampai Pulau Sayak pun dah koi 9.30 mlm. Sana baru nk ujan, angin pantai bukan main sejuk lagi. Sib baik bg anak pakai baju sejuk dan hubby siap pakai jaket lagi. Me? Maintain ayu dengan jubah pakai pi keja (hahahaha, x sempat tukaq dah sbb dah lewat)

Dah sampai Pulau Sayak, demand lak...nk udang byk. Slalunya mintak yg special ja (200g dlm 6 ekor udang besar), tp smlm nk lagi special. So jadi la...super special (300g udang bushar sorang), kalo super duper special 400g udang sorang. Rasanya kalo super duper, melampau la sgt.

Inipun, bayangkan...sekati udang makan berdua ja....huhuhuhu...buruk lantak btoi...tapi mana nk dapat sepinggan RM15 utk supeu special...udang bushar tu...lebey kurang 10 ekor udang sorang.


Terliur dak? Kalo sapa yg x terliur tgk udang dok bersusun mcm tu mmg tipu ah

Kasi close up sikit...hehehehe

Inilah koay teaw kuah udang super special...1 pinggan 300g udang busar ooooo

Apa2pun, perah limau....bg tambah kick...

Anak abah tgh telan ayaq lioq...tgk abah dok baham udang bushar


Sedap ni....ish...ish...kena tunggu turn la plak nk makan

Memandangkan kengkawan dok jeles, ni sila tgk map utk sesapa yg x pernah pi Pulau Sayak dan jugak panduan jalan...ala...senang ja...ikut ja signboard.

http://maps.google.com.my/maps/mpl?ie=UTF8&moduleurl=http://maps.google.com.my/help/maps/local_search/mapplet.html&mapclient=google&f=q&hl=en&utm_campaign=en_US&utm_medium=ha&utm_source=en_US-ha-apac-my-bk-gm&utm_term=google%20map

1. Head northeast on Jalan Bukit Awi toward Jalan Pondok Labu (0.1 km)
2. Continue on Jalan Pondok Labu (2.0 km)
3. Turn right at K812 (4.0 km)
4. Turn left at Jalan Lunas (3.2 km)
5. Continue on K118 (0.9 km)
6. Continue on P118 (1.5 km)
7. Turn right at P119 (0.3 km)
8. Turn left at P116 (5.0 km)
9. Slight left at Jalan Arumugam Pillai (2.2 km)
10. Turn right to stay on Jalan Arumugam Pillai (2.1 km)
11. Continue on Jalan Pongsu Seribu (3.6 km)
12. Continue on Jalan Permatang Bogak (3.5 km)
13. Continue on Jalan Permatang Rambai (3.7 km)
14. Jalan Permatang Rambai turns slightly left and becomes Jalan Haji Hashim (0.3 km)
15. Turn right at P1 (6.0 km)
16. Turn left at P100 (0.2 km)
17. Turn right toward K14 (1.0 km)
18. Slight left to merge onto K14 (0.4 km)
19. Turn right at K177 (88 m)
20. Continue on K172 (7.6 km)
21. Turn left at K638 (2.2 km)
22. Slight right at K639 (0.8 km)