Harta Pusaka vs Hukum Faraid

Firstly in the morning, Alhamdulillah keta aku dah siap. Bukan aku x suka bawak keta makcik, tp aku x biasa bwk keta sedan. Almaklumlah...bertahun2 bawak keta comel tu.

Hari ni aku nk sentuh sikit tentang harta pusaka dan hukum faraid. Aku bukanlah sorang yang mahir tentang ni sebenarnya tp dr hari ke hari orang makin lupakan hukum faraid dalam pembahagian harta pusaka dan akhirnya menganiaya anak yatim, mungkin inilah yang dikatakan dunia akhir zaman sehingga kan ada org yg berilmu agama sanggup menidakkan hak anak yatim.

Dalam merungkai kes ini, kami ada bertanyakan orang yang arif dalam pembahagian harta pusaka secara faraid tentang hak anak yatim apabila bapa mereka meninggal dahulu drp datuk dan nenek mereka. Apakah hak anak2 yatim ini apabila datuk dan nek mereka meninggalkan sejumlah tanah pusaka dan sebahagian tanah pusaka itu pula pernah dikerjakan oleh arwah bapa mereka. Orang Melayu mengatakan apabila anak meninggal dahulu drp ibu bapa, maka anak2 yatim (anak arwah) hilang hak mempusakai harta drp datuk dan nenek mereka. Ini bertentangan dengan hukum agama, jika ini benar maka teraniayalah anak yatim. Tp inilah yang berlaku dewasa ini.

Bapa saudara (ipar) yang menduduki tanah pusaka tidak mengagihkan pampasan ratusan ribu ringgit secara adil kepada semua waris, kakak iparnya hanya diberikan rm10k sedangkan rumah barunya dibuat dengan harga ratusan ringgit. Anak-anak yatim td pula dikatakan kalo orang bg kira org simpati la...sedangkan isterinya sendiri berhak lebih daripada rm10k yang diberi. Tiada istilah simpati di sini, yang ada hanyalah HAK!!!

Akhirnya untuk tidak mengeruhkan lagi suasana, akhirnya anak-anak yatim ini berkeputusan...MAKANLAH HAK KAMI DI DUNIA....KAMI AKAN TUNTUT DI AKHIRAT!!!

Aku berdoa siang malam, janganlah kami sekeluarga terjebak di dalam kesilapan ini di masa hadapan. Dan kepada yang membaca moga kita sama2 sentiasa berjaga2 dengan apa yang dikatakan rezeki terpijak. Jangan kerana berpuluh tahun kita duduk di rumah pusaka, kita menyangka kita berhak sepenuhnya kepada harta itu. Jangan lupa kepada adik beradik yang lain walaupun mereka telah meninggal dunia. Walaupun adik beradik kita telah tiada, mereka masih punya waris yang berhak.

Jika kita tidak arif, sebaiknya rujuk la kepada yang arif dalam bidang faraid. Ilmu ini makin hilang, tanda ilmu semakin di angkat Allah ke langit.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

0 comments: