New Norm - Online Classes

Bertambah pening bila homework koi banyak on topic2 yg blom dipelajari. Ni yg point mak tenggelam dengan anak sekali tenggelam 😅. Some of cikgu hanya bg homework tanpa online Kelas mcm dijadualkan.
Ada cikgu yg buat video untuk rujukan anak2 bila perlu dan post di Google classroom. Senang nk refer balik. 👍🏼👏🏽
Masing2 ada limitations atau kekangan. Tapi semua orang jugak sedang berusaha. Pray for the best untuk anak2.
Kagum dgn kegigihan cikgu yang terus online tanpa jemu walopun setiap kali yg attend hanya ⅓ dr Jumlah anak murid dlm Kelas.
To my boy yg bakal tinggalkan sekolah rendah ke sekolah menengah... Sygnya... Mungkin tiada kenangan graduasi mcm student2 darjah 6 thn lepas.


Author :

 

Musim PKP, ibubapa kena turunkan sedikit kadar harapan atau jangkaan (expectations) sebanyak mana anak-anak perlu belajar di rumah. Ibubapa tidak boleh mengharapkan anak-anak belajar di rumah sama macam di sekolah. Saya menerima keluhan daripada ibubapa yang "menyaksikan" dengan mata kepala mereka sendiri (bukan mata kepala orang lain ni ya😂) betapa anak-anak mereka menuju ke arah "kegagalan". Ramai ibubapa yang merasakan mereka sudah gagal melaksanakan tugas sebagai guru kepada anak-anak mereka sendiri. Saya nak bagitau, kalian memang bukan guru pun. Guru-guru ni belajar bertahun-tahun untuk belajar cara-cara mengajar😘.
Belajar di rumah tak sama macam belajar di sekolah. Di rumah:
1-Tiada jadual. Memang ramai pun yang tak membuat jadual. Jadual yang guru-guru berikan, dan pun tenggelam di dalam beribu messages sejak 18 Mac yang lalu.
2-Ibubapa masih ramai yang kekal bekerja. Ada yang bekerja jauh lebih lama di musim PKP ini. Rakan-rakan saya mengeluh, buat audit sampai 2 pagi. Majikan beranggapan, PKP ni ko tak ke mana, jangan bagi alasan tak ada masa nak buat zoom meeting ya.
3-Di rumah tak ada rakan-rakan sebaya. Di sekolah ada. Dorongan rakan-rakan sebaya sangat penting untuk anak-anak remaja kita ya. Pengaruh rakan-rakan sebaya, sangat hebat. Buat homework memang gigih, kalau tak siap, kat sekolah kena marah dengan cikgu, malu weh. Di sekolah, rakan-rakan tempat mengadu, eh, ko pun tak boleh buat jugak ya homework tu, kita sama-sama bodoh ropanya... Kikiki... Seronok. Ramai-ramai mereka meraikan kelemahan mereka dan sama-sama cuba mengatasinya. Dalam hati malas nak buat, tengok kawan boleh buat dan steady saja, mereka bangun gigih turut serta. Sebahagian besar anak-anak kita, rindukan rakan-rakan mereka.
4-point yang atas tu, memang ramai ibubapa yang tiada kemahiran mengajar pun. Tak pernah ambik bidang pedagogy. Bidang kalian kejuruteraan, akauntan, perubatan, kejururawatan, masak masak, jahitan, dll. Kena pulak anak-anak ambik Bahasa Arab dan Usuluddin, Shariah dalam Bahasa Arab, paling canggih tunjuk ajar saya ialah, eh, fokus. Kena fokus🤣🤣🤣. Kena add math, jauh ke lautan dalam mak dengan anak sekali tenggelam 😆.
5-Di rumah mereka tidak mendapat maklum balas apa yang mereka pelajari secara langsung daripada guru-guru mereka. Mereka masih belum matang untuk meneroka secara berdikari. Bukan pelajar universiti lagi. Masih memerlukan bimbingan yang berterusan. Anak-anak saya mentelah. Bila ada pertanyaan, saya sendiri tak dapat memberi jawapan. Bukan satu subjek ya. 10 subjek ni. Untuk SPM, ada lagi banyak subjek utk Program Dinni aliran Sains.
6- Pembelajaran secara maya banyak kelemahan. Pihak sekolah tak sempat menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti. Medium pengajaran secara online ini, bukan sahaja menyukarkan para pelajar, ianya juga sukar untuk para guru dan ibubapa. Saya ada lima anak yang bersekolah di menengah dan rendah, setiap anak ada 10 subjek, setiap subjek ada 35 rakan-rakan sekelas, ada subjek yang buat di google classroom, ada yang buat di whatsapp, ada yang buat di telegram, ada yang satu subjek buat kat tiga-tiga medium tadi. Kena pulak 20 orang kawan ucap Selamat Hari Guru, Selamat Ramadhan, dan Selamat Hari Raya, dan 20 orang lagi respon 👍👍👍👍😬😬😬😬😎😎😎, okay cikgu, orait cikgu, jem dah minda anak-anak kita. Memang jem. Tak masuk lagi kawan-kawan yang mengorat budak kelas sebelah yang kelasnya dicantumkan sebab cikgu yang mengajarnya adalah cikgu yang sama. Nak cari balik arahan buat assignment tadi, nun jauh kena skrol. Ya tak ya, meh ibu yang skrol. Saya skrol weh. Kerja ibu sepanjang hari, delete delete delete delete, ah, dah jumpa dah homeworknya, yay😂😂😂. Ada beberapa kelas, saya lihat cikgu kata, siapa yang attend kelas, sila tulis nama (dalam whatsapp), makanya messages dalam whatsapp tu penuh dengan nota attendance. Saya tolong delete delete delete sampai saya jumpa anak saya🤣.
7-Tiada kemudahan IT yang mencukupi. Saya ada tujuh komputer. Tiga daripadanya ada isu teknikal, saya baru tahu musim PKP ni. Saya perasan yang anak-anak suka berebut komputer yang sama, rupanya komputer yang tiga ni, ada isu teknikal. Duitnya ada, kedai tutup untuk diperbaiki. Itu yg ada komputer, ramai yang tak ada komputer di rumah. Prasarana internet kita tak sebaik di negara lain. Jangan sebutlah isu kawasan pendalaman ini. Lagi teruk.
Panjang sangat dah ni. Nanti sambung lagi ya. Nak siram pokok tomato hari ni.
Rakan-rakan ibubapa,
Kalian okkah? Stay strong ya💕💕💕.
Untuk para guru, tahniah. Stay strong juga ya Cikgu. Terima kasih kerana tak pernah jemu mendidik anak-anak bangsa♥️♥️♥️.

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: