Covid-19 Talk

Cartoon Style People Wearing Surgical Masks - Download Free ...

Author : Syahr Musafir

Cuti hari ini, saya keluar beli barang agak lewat. Semestinya tak dilupa saya dengar juga perutusan Perdana Menteri bersempena Perintah Kawalan Pergerakan #PKP Fasa 4 dan Hari Pekerja. Entah kenapa, rasa ralat dan entahlah, mungkin kecewa, mungkin risau. Tak pasti perasaan sendiri.
Yang pasti, perasaan itu bukan perasaan gembira. Fasa 4 ini sepatutnya bukan fasa bergembira. Belum lagi ke tahap itu.
Jam 11.40, saya tiba di supermarket berdekatan rumah. Nampak barisan panjang orang beratur untuk masuk. Selesai parking, saya keluar dari kereta. Sebelah kereta saya, sebuah keluarga baru selesai membeli-belah. Empat orang datang sekeluarga; ayah, ibu dan dua remaja perempuan. Hanya si ibu pakai topeng muka. Mereka masuk ke kereta dan bergerak pergi, saya pula berjalan ke kedai roti sebelah supermarket, dengan memakai topeng muka dan ready sebotol hand sanitizer dalam poket seluar.
Selesai beli roti, saya kembali ke kereta, untuk letak roti dalam kereta. Saya berjalan semula menuju supermarket. Barisan tadi sudah tidak teratur, nampak orang mulai berpecah. Pelik. Saya pergi ke situ dan bertanya, mereka kata sudah tidak dibenarkan masuk. Jam baru 11.55, lebih kurang. Saya tanya pak cik jaga, jawabnya lebih kurang begini, "Ramai sangat orang datang. Kita tak boleh benarkan orang masuk dah. Lagi pun jam 12.30 waktu rehat, kita tutup. Kesian pekerja nak clear-kan ramai pelanggan yang sudah pun berada dalam supermarket. Nanti datang jam 2.30 ye, baru buka semula. Tak tahulah kenapa, ramai sangat orang. Biasa tak ramai macam ni pun."
Hampa, saya berjalan semula ke kereta. Depan saya ada seorang lelaki, seorang wanita saya jangka isterinya dan seorang remaja perempuan, mereka bertiga berjalan bersama dekat-dekat, sambil membawa beg-beg plastik berisi barang-barang yang dibeli. Lelaki ini tak pakai topeng muka. Satu keluarga ke ni?
Sebelah kiri ada 3 orang juga, 2 lelaki dewasa bersama 1 wanita dewasa, berjalan bersama dekat-dekat, sambil tangan si lelaki itu menolak troli berisi barang-barang yang dibeli. Ketiga-tiganya tak pakai topeng muka pun. Satu keluarga ke?
Ya, kedua-dua kumpulan ini datang bersama, logiknya sekeluarga. Masuk ke dua buah kereta dekat dengan tempat saya parking. Langsung muka tu tak menunjukkan rasa serba-salah ke apa ke.
Yang tadi sekeluarga datang 4 orang, yang ini datang 3 orang, yang itu datang 3 orang, semua masuk ke kedai atau supermarket, memanglah ramaiiiii dan penuh orang dalam kedai tu, walaupun sebesar mana pun supermarket tu. Persoalannya bukan pasal supermarket itu kecil atau besar, tetapi dah kenapa datang sampai 3 hingga 4 orang bagai? Kerana mereka ini datang beramai-ramai sekeluarga, wakil keluarga lain macam saya yang datang seorang diri ini tidak berpeluang masuk ke supermarket. Saya datang seorang diri je tau. Eh, macam geram pulak rasa 🥺😣😔
Saya masuk ke kereta, tengok jam dan sebagainya, dalam kepala dah rancang nak ke sebuah mini market. Tak mahulah balik rumah nanti petang kena keluar semula. Kalau tak silap, mini market itu tutup 12.45 sebab hari ini Jumaat. Bergegas saya ke sana.
Sampai di mini market jam 12.20, Alhamdulillah masih dibuka. Tetapi ramaiiiiinya orang. Nak masuk ke tak ni?
Saya memilih untuk masuk. Bukan nak kata apa, tetapi jarak sosial 1 meter tu memang tak terjaga. Aduhhhhh. Memang masuk atas risiko sendiri. Pandai-pandailah jaga diri sendiri 😬
Ambil itu ambil ini yang perlu, saya berbaris di kaunter bayaran. Masih berbaris tetapi disebabkan ramai, penjarakan sosial tak terjaga pun. Orang yang datang pun ramai yang berpasangan, berdiri bersama dekat-dekat je mereka tu.
Belakang saya ada pasangan ayah dan anak, si anak berusia lebih kurang 8 tahun kot. Si ayah mungkin tua sikit je daripada saya ni. Ayah tak pakai topeng muka, dan anak pun tak pakai topeng muka. Confirm mereka itu anak dan ayah, sebab si anak itu minta ayahnya yang dipanggil daddy itu untuk beli coklat dan aiskrim, bla bla bla. Aduhhhhh.
Dah la ramai orang dalam kedai berhawa dingin ni, dah kenapa bawa anak sekali? Topeng muka mana? Eh, macam geram pulak rasa 🥺😔😣
Masa saya nak keluar, nampak pulak mak cik usia lebih 60-an berjalan masuk ke mini market bersama seorang wanita muda yang memimpin tangannya. Aduhhhh. Dah si anak boleh datang kedai, mak cik patut duduk rumah je.
Apa nak jadi ni.
Ingat. Warga tua, golongan berpenyakit seperti diabetes, asma, darah tinggi dan seumpamanya, dan golongan anak-anak adalah paling berisiko. Vulnerable. Dan orang sihat, remaja dan dewasa, tiada siapa pun kebal daripada jangkitan. Semuanya berpotensi.
Memanglah PKP Fasa 4 ini dibenarkan keluar berdua orang, tetapi BUKAN bermaksud wajib keluar berdua. Apatah lagi bertiga berempat. Why, oh, why?
Kita dah berjaya duduk dalam rumah sepanjang 3 fasa PKP ini, hingga berjaya mendatarkan graf / to flatten the curve. Tetapi BUKAN bermaksud kita sudah berjaya menghapuskan wabak virus Covid19 ini. The war to fight Covid19 is far from over. Tak perlu seronok sangat sampai nak keluar ramai-ramai sekeluarga weyyyyyy...
PM dah umumkan hari ini, ramai dah boleh mula kerja bermula 4 Mei, walaupun Fasa 4 PKP berakhir 12 Mei. Saya tak mahu komen apa pun pasal ini, kita boleh faham keperluan ekonomi, bla bla bla. Namun orang ramai dibenarkan makan di kedai makan, why oh why? Tak boleh ke kekalkan sistem bungkus atau tapaw tu? ☹️
Panjang pulak bebel ni. Seriuslah, kita tak mampu nak ubah apa-apa tetapi kita boleh sama-sama jaga diri kita. Kekalkan keluar seorang wakil keluarga ke kedai, jaga jarak sosial 1 meter, pakai topeng muka, jaga kebersihan tangan dan seumpamanya, semua ini masih wajib dibuat. Bukan ditinggalkan, dilupakan atau dibakulsampahkan.
I am worried. 
"Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman..." (Hadis sahih Muslim)
Hari ini selemah-lemah iman, maaf. Saya rasa lepas ni saya akan tegur je. Demi kebaikan bersama.
Kasihanilah barisan hadapan kita, our frontliners, saban hari bekerja, bertungkus-lumus berusaha, tak sempat nak rehat pun, masuk Fasa 4 ini dengan situasi sebegini, tak pelik jika muncul gelombang ketiga. Kalau gelombang ketiga macam biasa, kira OK. Cuba bayangkan gelombang ketiga itu dahsyat, besar dan mengerikan, apa akan jadi...
Spanish Flu akibat Coronavirus masa tahun 1918 itu ambil masa 2 tahun untuk tamat dan hapus tau. Kita ni baru berapa bulan. Vaksin pun tak ada. Jangan joget lenggang kangkung beramai-ramai macam tak ada apa-apa. Tolonglah.
Kena ingat, kita hampir nak menang tetapi kita belum menang. Belum menang. Jaga diri dan orang sekeliling, tiada siapa pun terkecuali.

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: