Tanggungjawab ❤️
Takde dalam islam lepas kawin anak perempuan tak wajib bertanggungjawab ke atas ibu bapa. Selagi nama anak, selagi tu kena bertanggungjawab kepada ibubapa. Jangan gunakan alasan taat suami lepas tu abaikan ibu bapa. Islam tak ajar macam tu. Kalau korang anggap begitu pergi la masuk sekolah balik. Kecik2 ustazah dah ajar apa tanggungjawab anak. Kalau ibu miskin, orang susah, kita sebagai anak perempuan wajiblah kerja bantu ibu bapa. Cukupkan keperluan ibu bapa. Kalau suami tak izin berkerja, tanggungjawab membantu ibu bapa sudah jatuh ke tangan suami. Menantu lelaki pun ada tanggungjawab kepada mertua. Lagi lagi mertua yg miskin. Jangan cakap ibu bapa mertua tu bukan tanggungjawab. Menantu lelaki perlu anggap mertua sama level dgn mak ayah kandung sendiri.
Sedihnya ramai isteri harini lepas diri drpd tanggungjawab seorang anak kerana anggap lepas kawin kena taat suami. Kalau macam tu, siapa yg lahirkan korang? Siapa yg mengandungkan korang? Siapa yg sekolahkan korang? Siapa yg daftar korang dekat universiti, beli laptop bagi duit belanja..siapa?siapa yg banyak berkorban utk melihat korang jadi anak yg berguna? Dah besar jadi takguna pula, lebih sampah drpd sampah.
Jangan lah kita jadi anak tak kenang budi, anak derhaka dan tak kenang jasa ibu bapa. Ingatlah hari ini hari dia, esok esok hari kita. Hukum karma itu berulang ulang. Maybe suatu hari hari nanti anak kita pula abaikan tanggungjawab kepada kita.
Kenapa ibu bapa yg besarkan kita dgn kudrat dan kesusahan dan bila besar, suamilah segalanya. Suami tu esok2 boleh cerai kita, kawen lain. Kita terkapai kapai takde tempat bergantung and at the end balik ke pangkuan ibu bapa tempat mengadu.
Aku bukanlah baik tapi aku xpernah cakap ibu bapa aku bukan tanggungjawab aku. Ibu bapa aku besarkan aku, sekolahkan aku, suruh aku jadi cikgu, dan walaupun ibuku lagi kaya daripadaku, nafkah ibu bapa tak pernah miss..apa lagi kalau ibu bapa orang susah. Suami aku tak dengar cakap ibu bapa aku? Aku marah lagi dia, aku pesan pada dia anggap dan hormati ibu bapaku sebagai mana kau hormati ibu bapamu.
kalau tiada wang ringgit, kita masih ada kudrat dan tenaga untuk bantu ibu.bagilah apa yg termampu. Tak senang hidup, dan selamanya hidup miskin kalau terlampau berkira dengan ibu bapa.
suami yg baik tentu menyuruh isteri berbakti kepada ibu bapa. Suami yg jahil anggap isteri miliknya seorang dan semestinya tidak ada adab dgn ibu bapa...
I love mak ❤️
I love ayah💓
#copypaste
XOXO Lots of loves -H3H-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment