Kehidupan sebelum, baru, dan selepas berkahwin. 😂


Tahun ni dah masuk 13 tahun dah kawen. Alhamdulillah.

Mesej2...kadang2 ada jugak macam contoh ke3 tu. Tapi masih banyak mesej mcm contoh kedua.

Dulu sebelum kawen, mak selalu cakap... Lepas ada anak... Jangan lupa jadi isteri.

Masa tu, aku tak paham.
Tapi, lepas 6 bulan jadi ibu baru aku paham. Sebab, aku dah lupa prioriti. Aku lebih kan masa untuk anak.

3 tahun aku jadi isteri...aku jadi ibu. Aku lebih kan anak. Suami merajuk. Hihihihi. Jenuh jugak nak pikiaq pasai pa. Rupanya, aku dah lupa jadi isteri dan kekasih.

Alhamdulillah. Sampai sekarang aku ingat. Suami tetap suami dan kekasih.... Sampai Bila2. Jangan sibuk jadi ibu sampai lupa suami. Tapi... Suami jugak kena tolong isteri dengan jadi bapak. Kalo dak... Jenuh la nak handle semua.

Antara tiang paling penting dalam rumah tangga ialah... Toleransi dan Saling bantu membantu. ☺️✌🏼


XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: