Change for good

Sebagai manusia, banyak kesilapan yang kita buat dalam sedar atau diluar sedar. So, bermakna aku jugak sama mcm manusia2 lain.


Tapi x salahkan kalo kita amik initiative untuk cuba berubah. Little by little. Sebagai contoh, mmg dah bertahun aku bertudung...tp apakah tudung yang aku pakai menepati piawaian? Apakah sekadar berhijab bermakna aku sudah menutup aurat? Baju jarang walopun memakai inner (sbb inner mengikut bentuk badan), tudung yang jarang sehingga menampakkan tengkuk, seluar ketat yang menampakkan bentuk kaki walopun baju labuh menutupi punggung, kaki tanpa stoking, lengan baju kadang2 melurut sehingga ke siku....macam2 lagi. Tu hanya zahir pada diri sendiri.



So, since few months back aku berazam untuk mengubah imej. Aku mulakan dengan sarung tangan walopun baju yg aku pakai ada cekaknya sbb kadang2 tanpa sedar...apabila bergerak...cekak tangan tertaik hingga hampir ke siku. Aku mula berstokin dan memilih tudung yg menutupi bawah dagu jugak. Kerana aurat wanita meliputi bawah dagu.

Mulanya, aku menerima pandangan aneh org sekeliling esp apabila melihat tudung yg aku pakai. Mungkin sbb aku bukan tergolong dlm golongan yg warak atau alim. Aku biasa2 saja... Dan mulanya...aku sendiri berasa rimas mengenakan sarung tangan esp bila cuaca panas. Tapi, insya-Allah...bila kita cuba kembali kepada fitrah....Alhamdulillah...terasa x lengkap keluar rumah tanpa sarung tangan dan sarung kaki.


Even if aku keluar sorang atau berdua dgn anak, semakin kurang pandangan2 yg kurang menyenangkan atau menakutkan.
For example, semalam aku ada audit dgn customer. Normally apabila customer lelaki which is non Muslim especially and of course not from Malaysia, mereka akan suakan tangan untuk bersalam whenever they meet you. But, yesterday when they meet me...they smile and bend their body a little as a greet. Alhamdulillah, they respect me. Aku dah siapkan skrip dah dlm kepala untuk xmo bersalam dgn depa. Dulu, ya...aku terlalu jahil atau lemah untuk menolak because they are customer. Aku yakin Allah mempermudahkannya sebab aku pasakkan dalam hati semalam, Allah lebih besar drp customer2 tu. Alhamdulillah. Syukur.


Mungkin apa yg aku buat ni cumalah sesuatu yg kecik pada sesetengah org, tapi inilah jihad bg aku sebagai wanita Muslim. Aku tak mau mengheret ayah dan suami aku ke neraka kerana aku tak menutup aurat aku sebaiknya, kerana aku lalai solat, kerana aku jahil menjaga pergaulan. Semoga Allah mempermudahkan perubahan ku, dan semoga aku terus istiqamah dgn perubahan yang cuba aku lakukan.

Aku cuba tanamkan dalam diri, kalo aku boleh bertahan selama 4 bulan...insya-Allah...aku akan terus berusaha untuk menjadi lebih baik. Semoga esok akan lebih baik dr hari ni. Insya-Allah.

yg pasti aku blom sampai ke tahap bner niqab....terlalu jauh rasanya untuk sampai ke situ.
Aku menulis bukan utk menunjukkan aku baik, cuma sbg ingatan kpd diri sendiri...aku pernah bercakap mengenainya. Jika aku kembali kepada mcm sblmnya, aku harus malu membaca kembali tulisan ini. Ingatan agar aku terus kembali kepada fitrah sbg seorg muslimah. Insya-Allah.

XOXO



0 comments: