CASH is the King...bukan Beras & Maggi



Ujian Semakin Perit...

Tertiba teringat suatu kisah disebuah surau di USJ Subang Jaya, beberapa waktu yang lepas..

Terdengar perbualan seorang pemandu teksi dan AJK Surau selepas selesai solat Subuh..

"Saya nak minta bantuan pihak Surau bantu saya bayarkan bil api saya dah tertunggak..

"TNB dah bagi warning akan potong letrik kalau tak bayar dalam masa 3 hari, saya mohon bantuan RM75 tuan"..pohon seorang pakcik dalam pakaian seragam putihnya...

"Ohh SOP Surau ni tak boleh bagi cash sebab dah banyak kes penipuan" jawap AJK dalam keadaan acuh tak acuh..

"Cuba Pakcik ke Masjid kat sana tu, mungkin mereka boleh bagi cash sebab kutipan mereka banyak"...sambung AJK 

"Saya dah pergi Tuan, tapi mereka kata kena isi borang & tunggu kelulusan AJK katanya"

"Itu pun kena bagi banyak maklumat & kena tunggu seminggu baru dapat jawapan.Dan bukan semua diluluskan sebab mereka akan buat pemeriksaan dulu" keluh pakcik tu...

"Saya terpaksa datang kesini sebab dah putus usaha & bekalan tunai.

Minyak teksi saya pun dah kuning" rayu pakcik tu ..

"Maaf Pakcik memang SOP kita tak boleh bagi tunai...Tapi kalau nak bantu makanan saya boleh bagi..

"Pakcik boleh pergi ambik kat Kaunter Asnaf kat depan sana tu.Ambik yang dalam beg Jakel warna oren tu.."

Tapi dengan syarat Pakcik memang tak mampu & ambik satu kampit aje tau...takut nanti terambik hak orang lain pula" syarah AJK dengan nada seorang penceramah...

"Takpa la Tuan, terima kasih, bekalan beras kat rumah saya masih ada lagi . Biar golongan Asnaf saja yang ambik hak mereka tu" jawap pakcik dengan perasaan kecewa sambil menuju kearah teksinya Proton Saga yang sudah uzur..

Sebelum sempat beliau berlalu, bangkit seorang jemaah bekas pegawai Tentera terus bersuara lantang menegur AJK Surau..

Kau ni tak habis-habis dengan SOP SOP...

SOP kau ni, Suruh Orang Pergi" syarahnya sambil menjeling kearah AJK tadi..

Kemudian beliau membentangkan sejadahnya serta membuat suatu pengumuman yang cukup berkesan ...

Sebijik aku pernah dengar dari Guru ku Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki ketika membicarakan Kitab Sairus Salikin.

"Kalau telinga Tuan-Tuan dengar orang yang meminta sedekah secara terang-terangan "wajib" kita menghulurkan bantuan walaupun sepuluh sen sebab dia dah jual maruah diri nya"

"Kita kena bantu saudara kita ini supaya maruahnya dapat dikembalikan dengan cara terhormat bukan menolaknya dengan alasan yang remeh...

Tersentak hati ku dengan hujah Kolonel yang amat dalam tu.. 

Selang beberapa saat kemudian menderu jemaah lain termasuk AJK yang masih terpinga dengan teguran Kolonel bersara tu meletakkan beberapa helai wang kertas termasuk beberapa keping wang RM50 keatas sejadah...

Aku hanya memandang dengan seribu penyesalan....

Tanpa mengira jumlah dikutip Kolonel & beberapa jemaah menyerahkan wang tersebut sambil memeluk erat pakcik yang tampak sangat terharu dengan rezeki yang tidak terduga...

Banyak pengajaran yang ku dapati dari insiden ini..

Lebih berkesan dari ceramah-ceramah Subuh sebelum era PKP...

- Bawa lah dompet duit bila ke Surau....

- Hanya suatu usaha yang kecil dapat memberikan kebaikan yang besar pada mereka yg amat memerlukannya.

- CASH is the King...bukan beras & maggi

- Bersangka baik pada yang meminta terutama pada mereka yang baru cuba untuk meminta kerana bukan mudah nak jual maruah diri untuk menagih simpati orang..

Subuh 20 Disember 2020.

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: