Ada budak request ibu masak utk lunch hari2... Sebab dah tak larat makan makanan kedai 🤪
Isnin... Tertunda sbb gas abih dan abah cuti ganti. So kita lunch kat luaq la 😆
Menu isnin bawak ke selasa... OK la lagi... Ayam masak kicap ja.
Tup Tup Tup... Menu hari ni dia demand ayam rendang? 😰😰... 4 kali tanya... 4 kali dia jawab nak ayam rendang... Gulp. Dah lama ibu tak merendang anak oiiii... Raya pun x buat 😅.
So... This is for record. Kali ni guna resepi from kak @aziekitchen. Biasa rendang mmg guna resepi kak Azie atau CMG.
Resepi utk sekoq... Aku buat setengah ja. Komen anak... Sedap... Tp len kali ibu bg pedas sikit ya. Ibu pulak tak berapa suka rendang pedas. Tera ni... Ibu suka dah 😅.
Rendang Ayam Mudah dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 kilo santan - guna 1 santan kotak
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak untuk menumis
Garam
Gula/gula merah
Asam keping
Bahan kisar:
20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
6-8 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras
Cara-cara:
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.
Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.
https://www.aziekitchen.com/2015/09/rendang-ayam-mudah-dan-sedap.html?m=1
p/s : super happy bila bole petik daun kunyit, serai dan halia dr kebun ja. 😝😝😝
#bilaibubelajarmasak
#bilaiburayyanmasukdapur
#ibudananakpunyamoment
#ibusayangrayyanhiwayat
0 comments:
Post a Comment