Pilihanraya negeri #PRN terpaksa dibuat disebabkan ada orang politik lompat parti atau bubar DUN. Walaupun keadaan wabak tak mengizinkan, tetap orang politik nak adakan pilihanraya.
Orang politik tetap buat kempen-kempen PRN di sana sini. Macam pesta la. Orang politik yang dari Semenanjung pun sibuk pergi Sabah.
Nasihat? Pakar perubatan sudah beri nasihat dan rakyat sudah marah. Tetapi orang politik tak ikut pun. Orang politik kan guna kuasa yang mereka ada.
Selesai PRN, orang politik tak kuarantinkan diri pun. Ada orang politik yang salahkan pihak kesihatan apabila diri disahkan positif setelah ke sana sini. Senang cerita, punca peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 sampai 260 kes pada hari ini ada berpunca daripada orang politik.
Kalau benar akan ada Perintah Kawalan Pergerakan #PKP kali kedua, rakyatlah yang susah. Rakyatlah yang tanggung kesukaran hidup, sedangkan orang politik bersenang-lenang.
Saya cadangkan nanti ada vaksin, suntikkan kepada orang politik lalu dedahkan kepada virus secara terang. Kalau orang politik survive barulah vaksin diberi kepada rakyat. Biar orang politik jadi frontliners uji keberkesanan vaksin atau ubat Covid.
Saya cadangkan rakyat saman orang politik kerana mengadakan pilihanraya ketika situasi wabak Covid19 masih 'panas'. Jangan berlapang dada tak tentu pasal, ini bukan kali pertama orang politik menyusahkan rakyat.
Dan saya cadangkan orang politik berhentilah jadi orang politik. Tolonglah jadi manusia normal pula.
Saya garang ni, saya marah ni.
#RakyatJagaRakyat #KitaJagaKita FB
Syahr Musafir
01/10/2020XOXO
Lots of loves -H3H-
0 comments:
Post a Comment