Feeling lain macam kan...bila nak buat sayoq mai kluaq petik ja. Macam hari ni dan semalam...buat sayoq guna pakchoy ni. Sekali guna....petik sepokok. Syukur nikmat. Rasa bahagia sangat.
Ini hikmah PKP bg aku.
Minggu ni, try semai benih ketumbar, timun, terung dan tembikai.
Doa2kan hidup subur dan berbuah ya.
Petang ni, sedikit gigih dan pulun, sebabnya....sikit bertukang untuk extend kebunan sayur aku. Dengan harapan dan cita2...bila semaian 4 jenis benih tadi dah menjadi...bole dipindahkan ke tapak ni.
Bole la...kebun kecik2 ja
Dok pikiaq2....serai ni nak pindah ke tanah ke...nak biarkan dalam pasu ja?
Pokok daun kari kat bawah ni...ingatkan nak mati dah hari tu, lepas semua daun gugur. Syukur...alhamdulillah...x pi cabut buang masa semua daun dia gugur. Saja biar dlm pasu tu sebab batang pokok masih hijau. Masih menarik harapan sebenarnya.
This is another love...tunas baru dari pokok bunga ros yang aku pacak sendiri .
Tak sabaqrnya...excited nak tunggu membesar dan berbunga...i love roses. Hahahha
Tools yang ada...asas saja. Hat husband punya yang canggih mangih tu...takut nak guna.
Laki serba boleh...tp sibuk selalu. Gayanya macam bini ja nak kena jd MacGyver ni...hahahaha
0 comments:
Post a Comment