#mentalhealthawareness - Nobita & Doraemon



Nobita dan mental illness. Bagi peminat cerita Doraemon pastinya sedih jika memahami apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kisah hidup Nobita. Kisah ini betul atau tidak. Percaya atau tidak. Tetapi harapnya ada sesuatu yang kita boleh belajar.

Kita tahu mental illness disebabkan oleh banyak faktor. Antara faktor yang utama ialah life events. Seperti dalam cerita Doraemon itu sendiri kita dapat tahu Nobita dibuli dan sering dipukul di sekolah. Giant dan Suneo semestinya. Di rumah pula, ibunya pula sering menjerit-jerit memarahi dan memukul Nobita.

Di dalam kelas, dialah yang selalu dimalukan kerana bodoh dalam pelajaran. Begitu juga dalam permainan baseball yang mana Nobita ialah seorang yang sering ditertawakan kerana tidak pandai bermain. Belum lagi kita ikuti kisah cintanya dengan Shizuka yang bertepuk sebelah tangan. 
Ayahnya pula jarang-jarang berada di rumah, menjadikan dia seorang anak tunggal yang sentiasa hidup kesunyian. Kurang mendapat perhatian dari ibu bapa, membuatkan dia membesar dalam keadaan yang sangat tertekan.

Mengikut satu sumber bacaan aku, katanya cerita Doraemon ialah satu kisah adaptasi dari kisah benar. Iaitu seorang pesakit Schizophrenia di Jepun yang bernama Nobita. Pesakit ini membayangkan kewujudan Doraemon dalam hidupnya bagi mengisi ruang yang sentiasa kosong dalam dirinya. Menjadikan Doraemon sebagai teman dan kawan imaginasi yang sentiasa boleh membantu pada bila-bila masa.

Nobita ini, akhirnya bunuh diri pada usia 16 tahun. Apabila psikiatri memberitahunya bahawa Doraemon itu tidak wujud, hanyalah ilusi yang dicipta mindanya. Setelah mendengar kisah Nobita yang menyedihkan ini, Fujiko menulis sebuah kisah dan membuat siri anime manga sebagai penghormatan kepada Nobita.

p/s : Negara Jepun ialah sebuah negara yang mempunyai kadar bunuh diri yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain.

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: