Mental health Awareness : Kanak2 Bunuh diri
Mengikuti kisah kanak-kanak berusia 10 tahun yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung tali pada pemegang tangga membuatkan aku teringat satu kisah.
Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi atas kematian kanak-kanak ini, cuma saya teringat satu kisah ketika program tahun lepas.
"Apa yang dah berlaku pada awak dik?"
Pertanyaan ini aku aku ajukan kepada setiap orang pelajar yang datang ke depan. Masing-masing confess pernah menjadi mangsa buli.
Sehinggalah giliran seorang budak perempuan.
"Kawan-kawan pulaukan saya. Dah dekat setahun." Jawabnya sambil mengalirkan air mata.
Darjah 6 budak ini, 12 tahun.
"Pernah tak adik menangis di rumah sebab benda ni?"
Beliau jawab selalu.
"Pernah tak rasa nak bunuh diri?"
Beliau menundukkan wajah, lalu mengangguk perlahan. Air mata semakin deras mengalir.
"Mak ayah tahu tak apa yang dah jadi?"
Beliau gelengkan kepala. 😭
Ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan hal semacam ini. Murid mengadu diejek, dihina paras rupa, jadi mangsa body shaming dan lain-lain.
Mereka tiada tempat untuk mengadu. Mahu berjumpa kaunselor di bilik kaunseling takut dicop pelajar yang bermasalah. Inilah persepsi rata-rata pelajar di sekolah.
Itu belum lagi share masalah dengan seorang cikgu atas dasar percaya, tetapi akhirnya guru itu sebarkan kepada rakan-rakannya yang lain.
Pernah je pelajar luahkan di depan yang cikgunya berulang kali menyebut, badan je besar, tapi otak kecil. Saya yakin majoriti guru tidak bersetuju dengan sikap segelintir guru sebegini.
Mahu dikongsi kepada mak ayah, mak bapak tak anggap ia satu masalah. Mereka merasakan ia benda biasa. Paling kuat, mak akan kata sabarlah.
Itu belum lagi lagi murid mengadu dalam program yang mereka stress, dibandingkan pencapaian akademik dengan adik beradik oleh mak ayah, parents tekan belajar setiap hari, rasa tidak dihargai, alami anxiety, kelar tangan dengan pisau dan paling ditakutkan sudah ada niat nak bunuh diri.
Siapa mereka?
Rata-rata masih bersekolah rendah. 10 tahun, 11 tahun, 12 tahun. Maka tak pelik andai form 1 sudah ada murid yang didiagnosis alami depression.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Pernah satu ketika saya berkongsi masalah murid-murid hari ini di facebook.
Maka, datanglah entah siapa memberi komen sebegini,
"Alah budak sekarang. Manja."
"Stress apanya. Dapat handphone, main game elok je aku tengok."
"Alasan semua tu. Dah nama pelajar, belajarlah."
Ego betul orang dewasa!
Ada mak bapak yang tak mahu tahu realiti kehidupan anak pada zaman kini.
Mereka tiada tempat untuk meluahkan perasaan. Mak bapak sibuk bekerja.
Bila nak diluahkan, mak bapak hanya diamkan diri atau memberi option yang tak membantu anak-anak. Anggap ia hanya sementara. Nanti okeylah tu.
Emosi anak perlu dijaga. Tangki emosi mereka perlu diisi dengan kasih sayang. Jangan sampai ia pecah dek menakung 'air' yang tidak sepatutnya.
Persoalan lebih besar yang kita kena jawab adalah, kenapa seawal usia sekolah rendah anak-anak sudah ada idea untuk bunuh diri?
Jawapan mudahnya adalah zaman sudah berubah. Anak-anak pada hari memiliki idea ini dari apa yang ditonton di youtube, netflix, iflix. Ada youtubers yang menjadikan bunuh diri ini satu bahan lawak seperti kes Paul Logan tahun lepas.
Mereka stress. Mahu release stress dengan game, instagram, tonton video, tetapi akhirnya ia tak hilangkan stress. Kita dulu senanglah, stress macam mana pun balik sekolah panjat pokok, mandi paya, main layang-layang. Anak-anak hari ini?
Cubalah fahami anak kita. Mereka perlukan kita sebenarnya.
Salam takziah buat adik 10 tahun yang meninggal dunia hari ini. Moga keluarganya tabah hadapi dugaan besar ini.
Biarlah kes ini pertama kali dan terakhir terjadi di Malaysia.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah
Jadual ceramah saya, bit.ly/JadualAkhiFairuz2020
XOXO Lots of loves -H3H-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment