Kita dan kematian

Semalam aku dikejutkan dengan kematian FIL Natrah dan petangnya dengan pemergian Allahyarham Mat Zin.

Aku x kenal FIL Nat, hanya tau ceritanya saja yang dah lama sakit.

Tp aku kenal Allahyarham Mat Zin selepas aku kahwin lebih 4 tahun yg lepas dan kami (me&hubby) agak baik kerana Allahyarham pernah bekerja di Loji sebelum ditukarkan ke Pejabat Kolam Air dan beliau juga merupakan orang pertama yang menyewa khemah kami (3x) sebaik sahaja dilancarkan operasinya Jun lalu.

Pemergiannya amat mengejutkan. Kata hubby Allahyarham meninggal kerana sakit jantung dan dalam perjalanan (atas motorsikal, berhenti di traffic light sambil berbual dgn sorang rakan) ke pejabat untuk memulakan tugas. Beliau rebah di atas sahabatnya.

I'm speechless...

Kematian dan kita bagaikan kembar, tp kita langsung x terduga bila masa kita akan sampai. Ketaq lutut aku seketika, sudah cukupkah bekal aku untuk kembali ke sana? Sebagaimana Allahyarham ketika meninggal, ada 8k cash dalam poketnya...untuk apa? Huallahualam, sbb Allahyarham seorang pengusaha katering.

Aku sendiri, kita bekerja bagaikan lupa dunia. Sedangkan dunia x pernah janjikan apa2 untuk kita. Kita bakal tinggalkan segala-galanya dan kembali kepada yang mencintakan.

Apa bekal aku? Apa persediaan aku? Apakah anak yang aku akan tinggalkan mampu untuk menerangi hidup aku di sana?

Semua persoalan2 tu tak terjawab dek aku sendiri...

Semoga Allah mencucurkan rahmant-Nya kepada mereka dan juga muslimin dan muslimat yg lain.

Al-Fatihah...

2 comments:

Anonymous said...

kematian adalah pasti....kebahagiaan adalah suatu yang perlu dicari....selagi nafas kiter bersatu dengan alam....segala khayalan kita boleh jadi kenyataan....selagi hayat kita masih di dunia ini....selagi itulah kematian akan memburu kita.......apa yang perlu.....pikirkan kenmatian yang pasti....tpi jangan dilupakan duniawi kita......

hijriah-hidayad-hiwayat said...

terima kasih utk ingatan ni.