Kari Ayam tanpa santan


Hari ni aku dengan anak kena tinggai kat umah. Hubby ada problem kat loji. So suma plan terpaksalah kansel...termasuklah plan nk pi kenduri kat Kampung Bendang Raja dan plan nk pi melawat baby kak Ani.

So ni je la yang termampu aku buat dengan anak yang tengah lasak... Resepi aku amik dr dapur kak Ummi. Thanks kak Ummi. Saya copy paste je la resepi kak Ummi ni...hehehe

Resepi kak Ummi untuk daging, tapi kami dua kureng sikit dengan daging...bergantilah daging dengan ayam.

Bahan:-
  • 1/2 kg. daging cincang - digantikan dengan ayam
  • 1/2 cawan tomato puree - replaced it with 1 tin (small) tomato puree
  • 1 paket kecil serbuk kari daging
  • sedikit air (jika terlalu pekat)
  • bawang goreng dan daun bawang untuk ditabur

Bahan tumis:-

  • 8 ulas bawang merah - tumbuk
  • 5 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 cm halia - tumbuk (*ummi tambah ni) - ikut ja...wangi nih...
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum cengkih
  • 1 inci kayu manis - (*ummi tambah ni) - ikut ja...wangi nih...
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis rempah biji serta bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan biarkan rempah masak sambil dikacau.
  3. Tuangkan tomato puree dan masukkan daging cincang.
  4. Masukkan sedikit air dan masak daging hingga empuk.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Reneh hingga kuah agak pekat
  7. Taburkan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.
Try it...x nyesal

0 comments: