Sparkle Run Part 1

Good times + Crazy friends = The best memories

Our fruitful Sunday morning 🦄🦄🦄🦄🦄🦄

Sebelum lari...kita posing dulu.

 








 

 
 


























 

#Sparklerun
#GBMrun
#GBMintutuandafro
#sistersbonding
#GBMsisters

XOXO Lots of loves -H3H-

Buli


Sumber : Dr Siti Mariah

Ramai mangsa buli takut untuk buat aduan kerana takut akan diapa-apakan lagi teruk. Laporlah kepada pihak berwajib.

Bertindak awal kerana gejala buli mempengaruhi kesihatan mental mangsa buli seperti kemurungan.

Paling tragis buli hingga membawa kepada kematian!

XOXO Lots of loves -H3H-

Boba tak sihat



Fakta.

Ada 40 ribu pesakit dialisis di Malaysia sebab rosak buah pinggang. Tahun 2020, jumlah pesakit dialisis dijangka akan naik ke 50 ribu orang. Mereka kena buat rawatan dialisis sebab ada kerosakan buah pinggang tahap paling teruk sekali.

Dalam 60% pesakit dialisis, kerosakan buah pinggang disebabkan oleh Diabetes yang tidak dikawal.

20% rakyat Malaysia ada Diabetes.

Tekanan darah tinggi tidak dikawal juga merosakkan buah pinggang. Satu dalam tiga masyarakat dewasa Malaysia ada masalah tekanan darah tinggi.

Jika masalah obesiti terus meningkat seperti peningkatan yang kita lihat sekarang, jangkaannya ialah pada tahun 2025, 31% rakyat Malaysia akan ada Diabetes. Ini ialah hampir 1 dalam 3 rakyat Malaysia.

Hentikan epidemic gemuk dan Diabetes dari sekarang. Ubahlah ke gaya hidup yang cergas & pemakanan yang sihat untuk seumur hidup.

Jangan fikir pantang 44 hari je lepas bersalin badan anda boleh pakai lama dan sihat sampai tua jika pada hakikatnya anda ada obesiti dan ada risiko tinggi mendapat Diabetes dan tekanan darah tinggi.

Apa yang penting ialah:
1) Pantang merokok. Orang yang merokok, walaupun kurus dan tak ada Diabetes, risiko penyakit jantung dan kanser adalah tinggi.

2) Pantang makan berlebihan untuk seumur hidup. Jangan lupa pinggan suku-suku-separuh bermakna hanya suku pinggan nasi.

3) Pantang sesuatu yang berlebihan. Bersederhanalah dan amalkan pemakanan seimbang dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan protin.

4) Pantang tambah gula dalam makanan dan minuman untuk seumur hidup. Saranan untuk orang dewasa ialah menghadkan pengambilan gula tidak melebihi 6 sudu kecil sehari. Minum air ais sihat untuk anda jika anda memilih minum air kosong ais, bukan pilih bubble tea. Jangan salahkan ais jika anda perut buncit, salahkan gula yang di tambah ke dalam minuman berais.

5) Pantang tambah garam dalam makanan melebihi satu sudu kecil sehari untuk seorang dewasa, kecuali anda ahli sukan yang sangat aktif bersukan dan perlu menambahkan garam setelah kehilangan garam dari peluh yang banyak.

6) Pantang membiarkan badan jadi obese. Belajarlah dari ORANG TUA YANG SIHAT, bukan dengar kata sesiapa saja yang tua. Orang tua yang sampai ke usia 90 tahun dan masih sihat, kebanyakan mereka tiada masalah obesiti.

7) Pantang malas. Bersenamlah dengan kerap. Bersenam boleh mencegah obesiti, Diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang, penyakit jantung, masalah kepadatan tulang, masalah sejuk-sejuk badan sebab metabolisma yang rendah, mengurangkan masalah kehilangan daya ingatan bila tua dan mengurangkan risiko 13 jenis kanser. Sauna dan bertunku saja membuat anda berpeluh dah kehilangan air, bukan menghilangkan lemak badan. Tanpa kehidupan cergas, memang susah nak mencegah penyakit.

Sebab itulah saya selalu bagi nasihat, tak payah ikut pantang cara lama 44 hari selepas bersalin pun anda akan sihat, jika anda ada ilmu pengetahuan apakah sebenarnya punca-puncanya orang mendapat penyakit dan apakah caranya untuk mencegah penyakit. Ilmu pengetahuan kesihatan itu penting.

Semoga masyarakat Malaysia bertambah sihat.
Rakyat sihat, negara maju.

From : Dr Imelda Bachin

XOXO Lots of loves -H3H-

Sparkle Run - Race Kit collection

Jauh ke juru sebab benda ni lah 😅

7 of us in GBM will join this run on Sunday. So, aku dgn Jan la mangsa keadaan yg kena pi pick up race kit ni 😝

Tak sabaq sebenarnya... Sbb nk tgk mcmana yg dikatakan fairytale and wonderland created for this sparkle run.


Race kit come with tutu or afro hair

This is must wear bangle. No bangle no finishers medal

They testing it 😅




XOXO Lots of loves -H3H-

It's Friday






You’re a work of art. Not everyone will understand you, but the ones who do, will never forget about you.



A flower does not think of competing to the flower next to it. It just blooms.

Actually, today... Kami dua pi pick up race kit untuk run ahad ni. Dah malas nk pk makan apa... Alang2 Park dpn Starbucks... Mkn Starbucks set lunch je la... Senang 😂




Sepatutnya kami nk mkn kat Seoul Garden... Tp... Kesuntukan masa 😭😭😭
#quoteoftheday
#positivevibes
#conqueryourhappiness
#sistersbonding XOXO Lots of loves -H3H-

KERANA SEBUAH LAPTOP, NYAWA TERGADAI


Sejak mula Law Attachment Programme di sebuah firma guaman, saya berpeluang untuk mengikuti kes Zulfarhan Osman, membaca keterangan-keterangan saksi, melihat gambar mangsa, membaca hujahan pendakwa raya dan peguam bela dll.

Well, what can I say is that the 6 main culprit are all sick bastards. A reasonable man tak akan tergamak untuk mencucuh iron ke atas badan manusia. For god's sake, kita tersentuh iron sikit pun dah melatah. Inikan pula cucuh ke atas badan. Laporan bedah siasat mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya 90 kesan lecur dan terbakar di badan mangsa. I've read the report and I've seen those pictures.

IT. WAS. HORRIBLE.

Pagi tadi mahkamah memutuskan bahawa ada prima facie, menandakan pihak pendakwaan berjaya meyakinkan pihak mahkamah bahawa terdapat elemen-elemen dalam seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh OKT. Now the burden has been shifted to the defence lawyers untuk membuktikan terdapat keraguan yang munasabah bahawa perbuatan membunuh itu benar-benar dilakukan oleh those 6 sick bastards.

Sudah dua tahun berlalu sejak kes ini bermula, now it might take another more years until 6 OKT itu dibuktikan benar-benar bersalah atau dibebaskan. Semoga keadilan tertegak buat keluarga si mangsa.

Rage yang sebenarnya patut ditujukan kepada UPNM yang culas dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Akmal Akif, salah seorang OKT yang dibebaskan daripada pertuduhan, adalah whistleblower yang menghantar surat layang kepada pihak atasan supaya menyiasat kes pukul Zulfarhan Osman. (Boleh baca isi kandungan surat itu di portal-portal berita online)

Guess what? Pegawai yang menerima surat tersebut telah share surat tersebut di whatsapp group sehingga menyebabkan 6 bastards itu tau dan segera memindahkan mangsa keluar dari UPNM, dan menyorokkan mangsa di Bangi.

UPNM is a military institution for god's sake. Setiap malam mesti ada roll call. Selama 10 hari Zulfarhan terlantar sengsara di bilik dormnya, tak akan tak ada seorang pun pegawai yang perasan kehilangan beliau dari perbarisan? Mengapa? Mengapa?

Dan selama 2 hari Zulfarhan dipukul, tak akan tak ada seorang pun dalam blok asrama yang mendengar jeritan kesakitan mangsa dan membuat aduan?

"Biasalah tu, asrama ada ragging-ragging. Kau ni lembik la."

Well, screw you. Institutionalized bullying/ragging is a total bullshit.

Now this sickening mindset has already cost us a life.

Semoga mangsa dan keluarga arwah mendapat keadilan yang sebenar-benarnya.

Sumber


XOXO Lots of loves -H3H-

Live. Laugh. Love



Always find a reason to laugh. It may not add years to your life, but will surely add life to your years.

Love every moment,
Laugh every day,
Live beyond words.

Have a great and wonderful day, all 😊😁😉

#quoteoftheday
#positivevibes
#conqueryourhappiness

XOXO Lots of loves -H3H-