Covid-19 : Jodoh Pilihan



Copied from here

Petang semalam semasa PM memberi perutusan khas saya tak sempat nak tengok kerana tengah busy. Cuma big boss yang roger beritahu PKP bersambung lagi dua minggu.

Maka sementara menanti masuknya waktu subuh pagi tadi, saya pun menyelongkar YouTube mencari ucapan PM. Nak dengar juga apa pesanan tuan PM.

Aduh..
Di hening subuh yang sunyi terasa syahdunya bicara PM.
Lembut memujuk memberitahu PKP harus bersambung lagi.
Laksana pujukan seorang ayah kepada anak2nya.

Benarlah PM kita kali ini umpama jodoh pilihan orang tua.
Tak kenal sangat pun..
Minat pun tidak.
Suka pun tiada.
Cinta jauh sekali.
Yang pasti itu bukan calon di hati.

Kita suka pada yang lain.
Dah berjanji sehidup semati.
Tapi dia yang tak serius.
Sepanjang bercinta dia main2.
Semua janji dia mungkiri.

Akhirnya kita pasrah.
Kita ikut cakap orang tua.
Kita pun berkahwin tanpa rasa.
tanpa cinta.
tanpa percaya.
Biarlah apa nak jadi.
Kita sudah pasrah akibat terlalu kecewa.

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan..
Tiba2 kita bagai tersentak daripada mimpi yang panjang.
Kita baru tersedar.
Ohhh rupa2nya calon bukan pilihan ini sangat mengambil berat.
Sangat mengasihi.
Sangat menghargai.
Sangat menyantuni.

Rupa2nya juga,
karisma itu ada selama ini.
Cuma ia tertutup dengan sifat merendah diri.

Maka berbahagialah kita dengan pilihan kedua "orang tua" yang lebih mengerti.
"Orang tua" yang bersemayam di balai rong seri.
Terima kasih tuanku berdua atas pilihan ini.

Bekas kekasih lama bagaimana?
ohhh dia masih terkejut sendiri.
Setiap hari menuduh kita dirampas calon bukan pilihan hati.
Hakikatnya peluang sudah diberi.
Tetapi dia sendiri yang tidak tahu menghargai.

Buat PM,
Doa kami semoga tuan sihat sentiasa. Dan doa kami juga semoga tuan terus menjadi ayahanda kami bagi seluruh rakyat Malaysia.
Untuk yang kluster kayangan tak payah jadi PM atau ayahanda untuk mereka.
They don't deserve it!

Semoga rantaian covid 19 segera putus dan Malaysia akan lebih makmur dari sebelumnya. Insyaallah.

XOXO Lots of loves -H3H-

0 comments: