Should you wear a mask?
From here
Isteri saya bekerja di sebuah Farmasi Komuniti. 3-4 hari ini jumlah pelanggan yang datang ke farmasi melebihi 100 orang sehari.
Majoritinya ingin beli face mask dan hand sanitizer. Ya, memang ramai yang sedang risau dengan penularan corona virus wuhan sekarang.
Tapi, kadang-kadang, tindakan pelanggan hampir jadi tidak rasional. Face mask dan hand sanitizer dibeli berkotak-kotak seorang. Sampai ada yang minta untuk beli semua stok yang ada dalam farmasi.
Akhirnya terpaksa limitkan sebuah keluarga hanya boleh beli 2 kotak face mask dan beberapa botol hand sanitizer. Itu pun ramai yang marah-marah.
Ya, betul. Face mask dapat membantu dalam mengurangkan risiko dijangkiti dan menjangkiti orang lain. Tapi sebenarnya, buat masa ini, bukan semua orang perlu pakai face mask. Jika anda sihat, pakailah bila mengunjungi tempat awam yang ramai pengunjung sahaja jika anda risau.
Apa yang lebih penting sebenarnya penjagaan kebersihan. Cuci tangan dengan sabun dan air sekerap mungkin. Sanitizer hanya digunakan jika anda di luar rumah dan tiada air dan sabun untuk mencuci tangan.
Jom jaga kesihatan kita dengan tertib. Jangan pentingkan diri. Orang lain pun nak beli face mask juga 🤣
XOXO Lots of loves -H3H-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment